Berita
sedih apabila hajat pelakon dan pengarah, Pierre Andre untuk menimang
cahaya mata pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya
terpaksa digugurkan menurut nasihat doktor yang bertanggungjawab.
Walaupun
sedih dengan berita tersebut, namun pengarah berusia 29 tahun itu bersyukur
isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.
Doktor
terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana
terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang
masih muda ini, kami percaya dengan rezeki
Sebelum
ini, isterinya, Siti Nurhidayah Hashim, 26, disahkan mengandung anak sulung
mereka pada September lalu selepas diijabkabulkan pada 21 Jun tahun lepas.
No comments:
Post a Comment