Pages

Monday, January 27, 2014

[PANAS]: Rozita Che Wan Kena Tipu Dengan Seorang Lelaki Yang Menyamar Dirinya?


Kecoh apabila pelakon terkenal Rozita Che Wan membuat laporan polis apabila beliau mendapati dirinya menjadi mangsa penipuan oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadinya. Che Ta yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Kata Afeeq selaku pengurus Che Ta,

Penipuan ini terjadi sejak Disember tahun lalu, namun pihak kami baru sahaja dimaklumkan dengan perkara ini hari ini. Lelaki tersebut bertindak menipu dengan menyamar sebagai pembantu peribadi Che Ta 

Menurut Afeeq, tindakan tidak bertanggungjawab lelaki terbabit didedahkan oleh seorang wanita yang merupakan adik kepada ibu angkat penyamar terbabit

Wanita ini telah meninggalkan komen di laman sosial Instagram milik Che Ta. Menurut wanita yang merupakan seorang peniaga sebuah kedai pakaian itu, dia telah berkomunikasi dengan Che Ta melalui ‘facebook chat’ yang dipercayai akaun Facebook palsu menggunakan nama Che Ta. Dalam perbualan atas talian itu, ‘Che Ta palsu’ telah menempah 70 pasang baju yang kononnya untuk digunakan ketika majlis resepsi Che Ta di Kedah.




Tidak menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan, wanita terbabit telah membuat tempahan baju yang dikehendaki di Jakarta. Selepas urusan tempahan selesai, wanita itu cuba menghubungi lelaki terbabit untuk mendapatkan bayaran berjumlah kira-kira RM19,000. Namun, tidak berjaya kerana akaunnya telah disekat. Penyamar menuduh mengatakan bahawa saya merupakan dalang di sebalik penipuan ini

Jelas Afeeq lagi, perbincangan telah dibuat apabila wanita terbabit tampil berserta bukti kepada Che Ta dan Afeeq. Menurut Afeeq, kini pihak mereka menyerahkan segala tindakan kepada pihak berwajib dan segalanya masih di bawah siasatan pihak polis.


No comments:

Post a Comment