Pages

Thursday, January 30, 2014

[PANAS]: Hafiz Suip Kurus Kerana Buatan Orang ?



Susuk tubuhnya yang agak berisi serta gaya rambut kerinting kembang menjadikan Hafiz Suip mudah dikenali dan disapa oleh para peminat. Namun kehadiran peraih Vokal Lelaki Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) di sidang pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA baru-baru ini nyata menarik perhatian dengan penampilan tubuh badan yang susut.


Menafikan dirinya kurus kerana sakit terkena buatan orang (ilmu hitam), Hafiz bagaimanapun mengakui dirinya baru sembuh daripada demam yang dihidapi sejak dua minggu lalu.

Jangan risau, saya tidak sakit kerana terkena sihir buatan orang, Alhamdulillah semuanya itu tidak berlaku pada saya. Mungkin salah satu faktor saya kurus adalah saya baru sembuh daripada demam teruk sejak dua minggu lalu. Sakit tahun baru katakan 

Sebenarnya saya memang sedang giat ke gimnasium untuk menguruskan badan bagi menyingkirkan lemak dan menambahkan lagi stamina. Maklumlah tugas saya memerlukan saya sentiasa bertenaga dan kekal sihat sentiasa. Bila badan dah makin susut saya rasa ringan dan lebih berkeyakinan.


No comments:

Post a Comment