Pages

Monday, January 27, 2014

Keranda Pelik Untuk mayat Masyarakat Ghana


Kita mungkin menyangka, kematian orang tersayang dianggap satu detik sedih di seluruh dunia. Namun di Ghana, terdapat suku bangsa Ga yang menganggap kematian bukan sesuatu yang  perlu diiringi dengan perasaan berkabung  kerana bagi mereka kematian adalah permulaan perjalanan baru yang menggembirakan.


Justeru, upacara pengebumian insan yang disayangi akan diadakan dalam suasana gembira dan meriah.


Ia turut ditunjukkan menerusi adat menempatkan mayat dalam keranda buatan khas yang melambangkan barangan kesayangan atau kesukaan si mati ketika hayatnya. Antaranya termasuklah kasut, telefon bimbit, kapal terbang, minuman berkarbonat, binatang tertentu dan sebagainya.


Keranda direka dan dibuat dengan kemas serta teliti bagi menghormati si mati, meskipun akhirnya ia akan ditanam dalam tanah. Tradisi keranda khas ini begitu popular di Ghana, hingga terdapat ramai pembuat keranda yang mencari rezeki dengan membuat keranda di sana.


Apatah lagi harga dikenakan bagi setiap keranda agak mahal. Sesetengahnya mencecah USD400 yang menyamai kira-kira pendapatan setahun kebanyakan penduduk sana. Keranda di Ghana ini turut dijadikan tarikan pelancong yang mengunjungi negara terbabit. Rata-rata pelancong luar mengakui ia tradisi yang agak aneh tapi unik.





No comments:

Post a Comment