Pelakon
Yana Samsudin, 29, yang kini dikatakan bercinta dengan adik kepada
pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari berkata meskipun
perancangan untuk berkahwin pada tahun ini sudah ada, namun dia tetap berserah
kepada jodoh.
Kalau
nak ikutkan, memang saya pernah terfikir untuk berkahwin pada tahun ini,
memandang usia saya pun sudah semakin lanjut. Mengenai
hubungan dengan Fadzli, sebenarnya apa yang saya boleh katakan kami hanya
berkawan dan hubungan kami sudah terjalin sejak 4 tahun lalu. Malah keluarga
kedua belah pihak pun sudah saling mengenali.
Namun
bila cakap pasal jodoh dengan dia, saya sendiri tidak berani untuk beritahu apa
lagi. Saya hanya seorang wanita dan apa-apa pun perlu tunggu pihak lelaki yang
datang melamar. Kalau benar dia sukakan saya sudah tentu dia sendiri yang akan
datang meminang saya
Yana
memberitahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh MIG bukan penghalangnya untuk
berumahtangga.
Sebenarnya
David Teo selalu mendoakan jodoh saya. Saya rasa mungkin dia sudah semakin
terbuka selepas melihat sudah ramai artis MIG yangberkahwin. Malah,
saya tak rasa bila berkahwin nanti akan menjejaskan karier saya sebagai pelakon
kerana saya lihat peminat saya tidak pernah mencampurkan aduk peribadi dan
kerjaya saya
No comments:
Post a Comment