Pages

Thursday, January 30, 2014

Shila Amzah Nafi Berpendapatan RM2.5 Juta Setahun


Penyanyi popular, Shila Amzah menyangkal laporan sebuah akhbar tempatan kononnya dia berpendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Terkejut juga apabila keluar berita seperti itu. Entah daripada mana sumber-sumber yang mereka peroleh mengesahkan saya seorang jutawan pun saya tidak tahu. Mungkin pihak yang membuat laporan tersebut salah faham. Memang benar selepas menang sebagai juara pada pertandingan Asian Wave di China tahun lalu, saya mendapat dana sebanyak RM5 juta untuk mengembangkan karier nyanyian di negara itu.



Bukannya dapat RM5 juta secara tunai sekaligus tetapi ia termasuk nilai kontrak dan perkara-perkara lain. Kalau macam itu, seronoklah saya kalau dapat wang tunai RM5 juta.

Sementara itu, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata, laporan tersebut membuatkan dirinya risau dan bimbang akan keselamatannya yang berkemungkinan boleh diganggu oleh pihak berniat jahat.



No comments:

Post a Comment