Pages

Tuesday, January 28, 2014

[PANAS]: Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram, Hanez Mahu Berbincang?


Nampaknya hubungan dingin di antara Fazura dan Hanez Suraya masih lagi berlarutan. Isu ini timbul apabila peminat mengatakan Nur Fazura menyindir Hanez Suraya meniru fesyen beliau. Terbaru menerusi Berita Harian Hanez Suraya sendiri mendedahkan yang beliau kini sudah tidak dapat mengakses akaun Instagram Nur Fazura.


Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada sana, dia akan pertahan dan perbetulkan saya


Selama ini pun kami saling mengikuti di laman Instagram (IG), cuma baru-baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu. Kalau ada masalah antara kami, boleh bawa berbincang atau ditegur secara baik. Apa puncanya hingga jadi begitu andai benar kenyataannya itu memang menyindir saya.




Hanez Suraya menambah yang sebelum ini beliau & Fazura memang ada berjumpa malah pernah bergambar sama dan kali terakhir bertemu beberapa bulan lalu dalam satu acara.

Dia pun gemar memanggil saya sebagai adik. Tak pernah terdetik di hati saya untuk tiru gaya dan fesyennya tapi satu fakta yang tak boleh diubah — dia memang cantik — saya suka tengok cara dia. Tak manis rasanya berperang dingin sebegini. Kalau nak selesaikan masalah ini, kedua-dua selebriti ini perlu bertentang mata dan berbincang dengan baik.



No comments:

Post a Comment