Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Hanis Zalikha
menyatakan sekiranya dia ingin berkahwin, suaminya itu bukanlah dari
pilihan keluarga.
Saya lebih suka pilih sendiri dari keluarga yang pilihkan calon suami
saya. Tetapi saya akan mendapatkan restu keluarga dahulu sebelum
mendirikan rumah tangga. Restu ibu bapa sangat penting, dan kalau dalam sejarah keluarga saya, restu memang perkara nombor satu
Dalam pada itu, pelakon berusia 24 tahun itu yang dikaitkan dengan aktor
Hairul Azreen menjelaskan bahawa Hairul adalah lelaki yang rapat
dengannya sekarang ini.
Saya tak nafikan dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang. Saya
selesa berkawan dengan dia kerana kami sekepala. Malah, kami juga suka
lakukan aktiviti lasak. Tapi buat masa ini saya belum bawa dia berjumpa keluarga lagi, namun
ibu mengetahui saya berkawan dengan dia. Masih terlalu awal untuk
bercakap lebih serius mengenai hubungan ini.
Dalam perkembangan lain, Hanis bakal menjalani penggambaran drama
bersiri "Jodoh 2" tidak lama lagi dan bakal mengendalikan acara karpet
merah Anugerah Meletop Era (AME) yang akan berlangsung pada 8 Februari
depan.
No comments:
Post a Comment