Terkejut juga admin bila mengetahui penyanyi Ziana Zain dinasihati
oleh anak sulung supaya bertudung. Tinggi sungguh kesedaran anak sulung Ziana
yang bernama Aiman ini walaupun baru berusia 14 tahun.
Aiman yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah
Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan
memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka.
Kata Ziana Zain menerusi portal GUA :-
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila
Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi,
saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah
ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun
sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat.
Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian
sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya
kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana.
Mudah-mudahan terbuka pintu hati Ziana untuk bertudung. Baguslah
jika anak diajar dengan baik. Sesungguhnya anak yang baik sentiasa mendoakan
kesejahteraan ibu bapanya.
No comments:
Post a Comment