Pages

Saturday, January 25, 2014

[GOSIP]: Yana Samsudin Tunggu Lamaran Adik Farid Kamil?


Pelakon Yana Samsudin, 29, yang kini dikatakan bercinta dengan adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari berkata meskipun perancangan untuk berkahwin pada tahun ini sudah ada, namun dia tetap berserah kepada jodoh.


Kalau nak ikutkan, memang saya pernah terfikir untuk berkahwin pada tahun ini, memandang usia saya pun sudah semakin lanjut. Mengenai hubungan dengan Fadzli, sebenarnya apa yang saya boleh katakan kami hanya berkawan dan hubungan kami sudah terjalin sejak 4 tahun lalu. Malah keluarga kedua belah pihak pun sudah saling mengenali.

Namun bila cakap pasal jodoh dengan dia, saya sendiri tidak berani untuk beritahu apa lagi. Saya hanya seorang wanita dan apa-apa pun perlu tunggu pihak lelaki yang datang melamar. Kalau benar dia sukakan saya sudah tentu dia sendiri yang akan datang meminang saya

Yana memberitahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh MIG bukan penghalangnya untuk berumahtangga.

Sebenarnya David Teo selalu mendoakan jodoh saya. Saya rasa mungkin dia sudah semakin terbuka selepas melihat sudah ramai artis MIG yangberkahwin. Malah, saya tak rasa bila berkahwin nanti akan menjejaskan karier saya sebagai pelakon kerana saya lihat peminat saya tidak pernah mencampurkan aduk peribadi dan kerjaya saya


Luahan Isteri Tertekan Bersuamikan GAY


AYER KEROH : Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis. Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.


Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.


Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini. Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu. Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007”

Menceritakan sepanjang detik perkahwinannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

"Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja”  

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011. Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.


[GOSIP]: Peminat Lamar Jepp Melalui Laman Sosial


PELAWAK Jepp daripada kumpulan Sepahtu menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami. Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.




Kalau saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang nak jadikan saya sebagai suami mereka. Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun

Kalau diikutkan, lelaki seperti Jepp inilah yang digilai wanita di Malaysia. Mungkin kerana perwatakannya yang disenangi dan memang tak pernah dengar kontroversi Jepp dengan mana-mana wanita ataupun melihatnya di kelab malam. Dikira Jepp ini adalah dalam kategori calon suami soleh. Tak gitu?


Bekas Isteri Ac Mizal, Shafnie Menang Kes Tuntutan Nafkah Anaknya?


Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.


Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.



Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuat kuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.


Semoga semua pihak yang terbabit berpuas hati dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Ingatlah bahawa anak ialah tanggungjawab kita


Cinta 7 Tahun, Kahwin Setahun Dicerai Talak Tiga Akibat Dicemburui Mertua


Johor Bahru : “Mungkin ada yang menganggap ia aneh dan sukar diterima akal, tapi percayalah saya diceraikan talak tiga disebabkan ibu mentua cemburukan saya.” Itu kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 35, antara ribuan pasangan suami isteri yang rumah tangga mereka runtuh disebabkan campur tangan keluarga, terutama mentua.


Nurul Huda yang bekerja sebagai doktor di sebuah klinik swasta, di sini berkata, dia cukup kecewa kerana selepas menjalin cinta selama tujuh tahun sebelum berkahwin, rumah tangga mereka hanya bertahan kurang setahun.

Menurut Nurul Huda, dia mula menyedari sikap cemburu mentuanya itu selepas dua bulan berkahwin dengan bekas suaminya dikenali sebagai Aziz yang bertugas sebagai jurutera. Katanya, campur tangan ibu mentua dalam perkahwinannya berlaku buat kali pertama ketika suaminya merancang untuk berbulan madu ke Australia.


Ibu Bapa Dengan Anak Demam Menanti Berjam-Jam, MA Hospital Serdang Sibuk Makan Kerepek!


Coretan ini adalah pengalaman salah seorang bapa yang membawa anaknya yang berusia 9 bulan di wad kecemasan Hospital Serdang malam Isnin (dan berlanjutan ke Selasa pagi) lalu. Bukan tujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kakitangan awam yang cuai dan mengambil mudah amanah yang diberikan harus ditegur serta diambil tindakan tegas.

Bapa berkenaan tiba di hospital itu pukul 9.30 malam dan perkara pertama yang dibuatnya mendaftar anaknya selepas itu melalui proses saringan. Semua itu berjalan lancar dan pantas… hanya 10 minit…


Namun, dari 9.40 beliau menanti sehingga pukul 3.45 pagi untuk anaknya yang sedang demam mendapat rawatan.



Itu pun bukannya sebab nombornya sudah dipanggil, tetapi sebab sudah tidak bertahan maka beliau masuk ke bilik rawatan. Kalau beliau masih menunggu dengan badan anaknya yang sedang panas membara… entah pukul berapa lagi baru anaknya akan mendapat rawatan.

Apa yang dilihatnya sebaik masuk bilik rawatan…. dua kakitangan yang merupakan pembantu kesiahatan (MA) sedang rancak berborak sambil makan kerepek. Dua orang duk makan kerepek… apa yang anda dapat rumuskan? Sudah semestinya tidak ada kecemasan kan? Kalau ada takkan dekat pukul 4 pagi boleh duduk makan kerepek sambil bersembang.

“Oh… kami baru nak panggil nombor ini” respon yang diberikan salah seorang daripada dua HA itu…. lebih pada nak cover line.

Oh yea… bukan bertujuan racist… tetapi andai la kalau Pengarah Hospital Serdang rasa nak buat kerja dan perbaiki mutu kerja kakitanganya, maka kedua kakitangan itu adalah perempuan India muda. Tujuan kami letak untuk narrow down siapa yang kami maksudkan itu.

Ok… sekarang berbalik dari tempoh 9.40 malam (selepas saringan) hingga terpaksa menebalkan muka masuk ke bilik rawatan untuk anak dapat perhatian…apa yang dilihat bapa berkenaan? Antaranya… budak-budak di bawah umur setahun ada yang menangis sampai sejam tanpa ada pegawai perubatan yang kisah. Ada ibu-bapa yang tak larat menunggu sehingga terpaksa pulang (mungkin berkerja pada esok hari), ada yang terpaksa berbaring di kerusi hospital kerana terlalu lama menunggu.

Sepatutnya keutamaan diberikan kepada anak-anak kecil tetapi itu tidak berlaku. Hospital Serdang sudah bagus polisinya apabila 3 bilik rawatan dibuka pada malam itu… namun semua bilik macam hendak tak nak aje memberikan rawatan.

Hanya satu bilik menerima pesakit satu masa dan dua bilik diam. Seolah-olah ada persefahaman antara yang berkerja untuk bergilir-gilir melayan pesakit dan bukannya secara serentak. Satu bilik kerja, dua bilik relax berjam-jam. Bilik yang berkerja tu pun hanya akan panggil dua tiga nombor sebelum pesakit terpaksa menunggu terlalu lama bagi nombor seterusnya. Lepas tu bilik lain pulak buat kerja sikit.

Dan tentu dengan cara itu kakitangan yang sepatutnya berkerja boleh gilir-gilir tidur kan… Akhirnya nanti semua bilik rawatan nampak macam berkerja dan melayan pesakit tetapi ia dibuat dengan bergilir-gilir sebenarnya. Pandai-pandai buat sistem kerja sendiri… Sangat licik taktik seperti itu bukan.

APA NI? Lawak jenaka ke dalam melayan pesakit? Kerajaan membelanjakan bilion ringgit setiap tahun untuk perubatan percuma, polisi semua sudah diatur, tatakerja sudah diperjelaskan, piagam pelangan terpampang di dinding hospital… namun kakitangan hospital yang BIJAK PANDAI membuat sistem kerja sendiri seperti hanya satu bilik melayan pesakit dan dua lagi berehat.

Akibatnnya sampai kena tunggu dekat 6 atau 7 jam sebelum dilayan… Penulis yakin semua itu sengaja dibuat dan kelemahan pemantauan hospital adalah punca terjadinya sikap seumpama itu. Bapa berkenaan bukan mahu komplen tetapi itu sahaja pilihan hospital yang dia ada waktu itu… namun kakitanganya pula memilih untuk makan kerepek sambil bersembang sesama sendiri. – 


Friday, January 24, 2014

Emma Maembong: Bergurau, Bukan Bercumbu


Masih lagi dengan gosip bercumbu Zizan Razak dan Emma Maembong. Selepas Zizan tampil memberi kenyataan sebelum ini, kini giliran Emma pula yang turut menafikan khabar angin tersebut dan meluahkan rasa kecewa kerana ia mengaibkan namanya dan keluarga.


Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik. Mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

Selagi tiada sebarang ikatan, Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu). Walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.

Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan nama keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini

Emma turut memberitahu dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita tersebut sekembalinya dia daripada bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pemilik nama sebenar Che Fatimah Rohani Ismail ini turut menjelaskan sepanjang perjalanan ke Los Angeles yang mengambil masa lebih 12 jam itu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan. 

Malah kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka, tetapi tidak pula keluar cerita.

Menurut Emma, 22, dia duduk bersebelahan dengan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka Azraff dan pengurus Wireframe Entertainment, Marina Juki. Walaupun sedih dilanda gosip sedemikian, Emma bersyukur kerana keluarganya memahami dan menyokongnya selepas dia menjelaskan cerita sebenar. 


[PANAS]: Isu Bercumbu - Zizan Razak Enggan Ulas


Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mendakwa dia bercumbuan dengan aktres jelita Emma Maembong dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dipetik daripada laporan mStar, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak memberitahu dia masih belum membaca laporan akhbar tempatan berkenaan dan akan mengulas selepas mengetahui cerita sebenar.


Maaf, saya baru sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini. Apabila sudah mengetahui situasi sebenar nanti saya akan komen

Terdahulu sebuah akhbar mingguan melaporkan Zizan, 30, dan Emma, 21, telah bercumbuan dalam kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi tersebut.

Zizan dan Emma berada di Los Angeles untuk bercuti bersama penyanyi Kaka Azraff dan juga pihak pengurusan Wireframe Entertainment. Sebelum ini pasangan ini digosipkan menjalin hubungan cinta, tetapi perkara tersebut telah dinafikan oleh mereka.


[GEMPAR]: Perogol Paling Muda Negara! Budak Lelaki 11 Tahun Rogal Budak Perempuan 6 Tahun


GEMPAR! Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di rumah pengasuh kanak-kanak itu. Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 November lalu dan laporan perubatan yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan selaput dara kanak-kanak itu koyak.


Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia. Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu:

“Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

“Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama. Maka jiran tersebut memasuki rumah melalui pintu belakang dan pergi untuk menyiasat. Secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan berkenaan keluar dari bilik dengan tergesa-gesa dengan ketika itu tidak berpakaian sepenuhnya."

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, jiran yang kemudian menelefon ibu gadis itu , 35, dan menceritakan kejadian itu. Apabila ibu meminta anaknya menceritakan apa yang terjadi, dia menjawab bahawa budak itu telah baring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat pada kemaluannya.

Ibu kanak-kanak perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama. Polis kini sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kanak-kanak perempuan itu, merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, telah dihantar ke rumah pengasuh kerana dia merupakan seorang anak kecil berbanding adik-beradik yang lebih tua dan lebih muda daripadanya. Dua kanak-kanak lain sedang tidur pada waktu tengah hari ketika kejadian itu berlaku.

Pengerusi Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie), Mak Chee Hin percaya budak itu mungkin boleh bertindak sedemikian berdasarkan apa yang telah dilihat dalam filem lucah, mungkin di Internet.

“Adalah sukar untuk mempercayai bahawa seseorang yang berusia 11 tahun boleh pergi sampai ke tahap itu,” katanya.

Terdapat beberapa kes kanak-kanak meniru perbuatan buruk yang mereka telah melihat di laman web tertentu, katanya.

Mak meminta supaya penapis web dan menyekat perisian diharuskan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses laman web yang tidak sesuai seperti lucah atau lain-lain.

“Atau kita harus menetapkan umur minimum untuk melayari laman web,” katanya. 


[PANAS]: Isteri Hrithik Roshan Keluar Dari Rumah


SETELAH 13 tahun bersama, akhirnya hubungan suami isteri, Hrithik Roshan dan Sussane Khan, terlerai jua.

Walaupun kes penceraian mereka masih belum diputuskan oleh mahkamah, namun Sussane ternyata sudah membuat keputusan muktamad. Malah, isteri kepada pelakon filem, Kaho Naa... Pyar Hai, ini telah meninggalkan kediaman mereka bersama anak-anaknya.


"Saya bebas untuk ke mana sahaja dan kediaman baru itu amat selesa. Lagipun, kami perlu cuba untuk tinggal berasingan," katanya.

Menurut Sussane, walaupun mereka bercerai, namun urusan anak akan dilakukan bersama dan Roshan bebas untuk bertemu anaknya.


[TAKZIAH]: Anak Maut Selepas 9 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta, Bapa Lupa Hantar Ke Taska?


Kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.



“Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

“Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.

Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).


Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.


[GEMPAR]: Bapa Tiga Beradik Mangsa Bunuh Dapat ‘Petunjuk’ Melalui Mimpi!


ALOR SETAR : Bapa mangsa pembunuhan kejam tiga beradik Rusdi Rani, 38, mendakwa mengalami mimpi pelik genap 44 hari kematian tiga anaknya. Rusdi berkata, dirinya bermimpi arwah anak perempuan sulungnya, Nor Syafikah Nadia, 14, memberi beberapa bayangan kepada dirinya mengenai siapa penyebab kematian mereka.


Along datang dengan wajah berseri-seri menemui saya, sambil memaklumkan nama seorang lelaki. Dia cakap pada saya. Abah kalau ingin selesai kes kami cepat, pergilah tangkap lelaki itu. Kemungkinannya, petunjuk yang diperolehi dalam mimpi saya merupakan hasil solat hajat dilakukan setiap hari selepas Solat Isyak dengan harapan suspek segera dikesan



Susulan mimpi dialaminya, Rusli memaklumkan dia membuat satu laporan polis berhubung mimpi terbabit, sambil menyatakan nama lelaki yang diberikan arwah anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, dekat sini, keesokan harinya.

Difahamkan, mimpi dialami Rusdi pada Selasa lepas dipercayai menjadi petunjuk kepada penahanan dua suspek kes tersebut kelmarin, bagaimanapun, dia tidak mahu mendedahkan nama lelaki yang dikatakan arwah anaknya dalam mimpinya itu.


[PANAS]: Lana Nordin Sudah Punya Kekasih Baru?



Selepas putus hubungan dengan aktor Johan As'ari, aktres seksi, Lana Nordin dikatakan sudah mempunyai pengganti apabila dilaporkan menjalin hubungan dengan jejaka bergelar doktor, namun dinafikan oleh Lana.


"Laporan itu tidak benar. Saya masih 'single and available'," katanya kepada mStar.

Dalam laporan sebuah akhbar mingguan berkata, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin sedang menjalin hubungan cinta dengan rakan lamanya iaitu lelaki kacukan Pakistan-Inggeris, malah lelaki itu juga didakwa telah menghantar bunga mawar kepada Lana di mana Lana sendiri telah memuat naik gambar bunga tersebut di laman sosial Instagram miliknya.

Aktres berusia 34 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sebelum ini, bintang filem "Juvana" Johan As'ari telah melamar Lana untuk dijadikan isteri selepas tiga hari berjumpa kerana percaya aktres seksi itu adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Namun, Johan dalam satu kenyataannya pada akhir Disember lalu telah mengumumkan perpisahan mereka selepas sebulan bercinta berikutan tidak direstui keluarga Johan.


Thursday, January 23, 2014

[Gambar]: Kemalangan Ngeri, Tiga Maut, 15 Cedera Bas Ekspress Terbalik


Sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 107.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan Yong Peng sebelum terbalik dan hancur berkecai mengempap penghadang jalan. Kemalangan itu mengakibatkan tiga penumpang maut manakala 14 lagi cedera parah. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.10 petang tadi dikatakan berpunca daripada pemandu yang tiba-tiba hilang kawalan.

Ketiga-tiga penumpang bas ekspres yang terbunuh adalah Mohd Sofian Nurhakim Mohd Zaidi 21, Ahmad Amirul Asraf Yaacob, 23 dan Mohammad Zikri Othman, 10.


Bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terseret sejauh 50 meter serta terbalik ke dalam parit.





[PANAS]: Gadis Anggap Kes Kanak-Kanak Mati Gurauan


TIDAK dapat difahami kenapa media sosial sekarang ini semakin dipenuhi dengan gadis-gadis berwajah cantik tetapi bermulut jahat. Biarpun gambar profil mereka menunjukkan wajah manis mereka bertudung namun apabila menulis status Facebook atau Twitter, kata-kata dan bahasa mereka begitu kesat tidak selari dengan penampilan serta wajah ayu mereka.

Semalam, Mynewshub.my menulis berkenaan tindakan seorang gadis yang mengutuk rakan sebiliknya dari Negeri Sembilan dengan kata-kata orang Negeri Sembilan pemalas, diserang hebat di Facebook gara-gara perkataannya.

Hari ini pulak, seorang gadis pulak di Twitter tergamak menggunakan perkataan seperti ketawa iaitu ‘hahahahahaha…’ dalam tweetnya berkenaan kes kematian kanak-kanak berumur 2 tahun di Paka, Terengganu kelmarin.

“Rogol budak umur 2 tahun sampai usus terkeluar, Wow.. rakusnya.. hahahaha..,” menurut gadis berkenaan dalam tweetnya.



Seperti biasa, tweet itu mengundang cemuhan ke atas gadis itu yang disifatkan sebagai menjadikan kes yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia sebagai satu bahan jenaka. Seorang pengguna Twitter lain yang berinteraksi dengan gadis berkenaan tidak memahami mengapa gadis itu perlu menggunakan perkataan ‘hahahahaha..’ ketika memperkatakan tentang kes menyayat hati itu.

Penulis rasa tidak perlu agaknya menggunakan perkataan ‘hahahaha..’ dalam tweet berkenaan kerana ia akan membuatkan ahli keluarga dan orang ramai berasa seperti kes yang mengorbankan adik Nursyafiqah Abdullah itu seperti dibuat main-main dan tidak diberi perhatian serius.


Memang wajar pun gadis itu dikecam di Twitter ekoran tindakannya yang tweet ikut sedap tangan menaip sahaja, bukan ikut minda berfikir.


Di Sebalik Kisah Cikgu Choy, Guru Muallaf Dipaksa Buka Tudung


Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.

Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut.

Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain.


Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana belum bersedia untuk mendedahkan keislamannya kepada keluarga dan rakan-rakannya.



Pada pagi Ahad 19 Januari, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru), sebuah agensi di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menziarahi Cikgu Choy yang menetap sementara di rumah keluarga angkatnya di Kota Tinggi untuk mendengar sendiri kisah yang dilalui oleh guru muda itu.

Rombongan disambut dengan ceria oleh Cikgu Choy dan keluarga angkatnya. Dalam pertemuan ringkas itu, kami mendengar luahan hati Cikgu Choy berkenaan kesnya yang kurang mendapat perhatian daripada pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi pada awal tahun 2013 selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah institut perguruan.


AZAM BARU 2014

Selepas setahun mengajar, beliau bertekad memakai tudung di sekolah sebagai salah satu azam di tahun baharu. Identiti baru sebagai muslimah sejati yang bertudung dan menutup aurat telah lama tersemat di hati sejak memeluk agama Islam. Hari Rabu, 1 Januari yang merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 adalah hari pertama beliau bertudung di sekolah. Kemunculan beliau bertudung ternyata tidak disenangi oleh pihak pentadbiran sekolah. Beliau telah menerima jelingan sinis daripada daripada beberapa orang termasuk Guru Besar, Chiew Swee Tuan.

Namun, Cikgu Choy meneruskan tekadnya bertudung. Pada hari berikutnya, beliau menerima reaksi yang sama. Pada 6 Januari, Cikgu Choy ke pejabat Guru Besar untuk membincangkan agihan tugas guru kerana beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran lantikan dalaman. Guru Besar mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyoal dan memberi “nasihat” mengenai keIslaman Cikgu Choy. Antara “nasihat” beliau ialah masih berpeluang lagi untuk kembali ke agama asal, masih banyak pilihan lagi, kenapa hendak mengurung diri dalam agama Islam. Tetapi Cikgu Choy tidak langsung mengendahkan “nasihat” itu.

Pada 7 Januari, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Pang telah datang ke sekolah untuk memeriksa perkembangan pertukaran jubin Bilik Sumber Sekolah. Beliau tersempak dengan Cikgu Choy dan bersapa seperti biasa walaupun agak terkejut dengan penampilan Cikgu Choy yang bertudung, kemudian beliau ke pejabat Guru Besar.


DIUGUT BUNUH

Tidak lama kemudian, Guru Besar meminta Cikgu Choy ke pejabatnya. Pada awal pertemuan, Encik Pang memberi pandangan negatifnya mengenai keIslaman Cikgu Choy. Keadaan semakin tegang dan serius apabila Cikgu Choy menerima 3 ugutan dari Encik Pang yang melibatkan maruah dan keselamatan Cikgu Choy jika tidak membuka tudung semasa bertugas.

Pertama: Jika beliau tidak membuka tudung, beliau dan keluarganya akan dimalukan di sekolah.

Kedua: Jika beliau masih tidak membuka tudung, pihak sekolah akan memanggil wartawan lalu beliau dan keluarganya akan dimalukan di hadapan wakil media itu dan disiarkan di akhbar.

Ketiga: Jika beliau masih tidak membuka tudung, En Phang akan menembak Cikgu Choy dan kemudian En Phang akan menembak mati dirinya sendiri.

Pada petang 7 Januari itu juga, Cikgu Choy diminta hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) oleh seorang Pegawai PPD. Maka Cikgu Choy berniat untuk berjumpa dengan Bapa Angkat Sekolah untuk mendapat pendapat beliau terhadap masalah yang baru ditimpa itu selepas perjumpaan dengan Pegawai PPD tersebut. Tiba sahaja di PPD, baru Cikgu Choy mengetahui bahawa pegawai PPD tersebut ingin memberi zakat peribadi kepada beliau. Pegawai PPD tersebut bertanya sama ada Cikgu Choy mempunyai masalah setelah memeluk agama Islam. Cikgu Choy menyatakan baru timbul masalah dengan penduduk Telok Sengat. Beliau menggunakan “penduduk Kampung” kerana masih tidak tahu mengajukan kepada siapa. Pegawai PPD tersebut mencadangkan untuk terus berjumpa dengan Timbalan PPD Kota Tinggi.

Dengan segera, Cikgu Choy berjumpa dengan Timbalan PPD dan memberitahu masalah yang dialami itu untuk mendapat pandangan Tuan Timbalan PPD. Cikgu Choy dinasihati untuk membuat laporan polis kerana ugutan bunuh bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat.

Selepas laporan polis dibuat, pihak PPD bertindak segera dengan menukar Cikgu Choy ke sekolah lain di Kota Tinggi atas alasan keselamatan. Walaubagaimanapun, ugutan yang diterima tidak melemahkan semangat Cikgu Choy untuk meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Beliau tidak merasa gusar dengan peristiwa yang berlaku, bahkan merasa bertuah kerana apa yang berlaku ini telah menjadikan keislamannya bukan lagi rahsia. Apa yang beliau bimbangkan bahawa tudungnya perlu dibuka telah dapat diatasi. Beliau masih boleh memakai tudung walaupun diugut.

Menurut Cikgu Choy lagi, kes ini bukan isu terpencil di sekolah tersebut bahkan terdapat beberapa orang murid perempuan beragama Islam di sekolah itu yang dilarang oleh pihak sekolah. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Guru Besar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang mengatakan beliau menghormati pemakaian tudung oleh orang Islam.

Suatu yang dikesali ialah tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak pengurusan sekolah terutamanya En Phang. Meskipun siasatan polis sedang dijalankan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan sekolah kerana pihak sekolah telah menafikan hak asasi seorang muslimah bahkan melakukan tindakan ekstrim dengan pelbagai ugutan memalukan dan mengancam keselamatan.

Apakah dengan tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa ini bermakna memberi laluan luas kepada mana-mana institusi bukan Islam untuk melakukan pelbagai diskriminasi terhadap pekerja Islam yang bekerja di bawah seliaan mereka?


Adakah tudung seorang muslimah telah dianggap sebagai mengancam keselamatan di sekolah?


[TAHNIAH]: Isteri Ally Iskandar Hamil


TAHUN 2014 nampaknya tahun bertuah untuk ramai pasangan selebriti. Ramai yang berkongsi berita mengenai perkahwinan dan kehamilan.


Terbaru, isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar, Farah Lee turut berkongsi berita kehamilannya yang sudah memasuki 12 minggu.

Farah Lee turut berkongsi mengenai keguguran kandungan pertamanya pada 15 April 2013. Ketika itu kandungannya berusia kira-kira 7 minggu. Berikut ialah status Facebook yang telah ditulis oleh Farah Lee mengumumkan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka suami isteri:-
Significant 2 on 200112. Ulangtahun ke-2 ‘Aku Terima Nikahnya’ and we celebrate this year anniversary together with 12 weeks old lil caliph in my bump. Our 2nd baby after my miscarriage on 150413 of 7 weeks old lil boo. Feeling blessed with all those ‘gula’ and ‘garam’ during these 2 blissful years alhamdulillah

Semoga Elly menjaga isterinya sebaik mungkin semasa di awal kandungan. Admin harapkan Farah Le mengambil ubat  dan vitamin yang disarankan doktor. Sudah tentu pasangan ini sangat teruja menanti kehadiran anak sulung mereka.



[PANAS]: Pondan Keturunan Bangla Hendak Jadi Ratu Cantik Dunia



Toronto : “Saya cantik dan orang ramai sepatutnya menghormati saya kerana kecantikan itu,’’ itu harapan seorang pondan yang berharap untuk memenangi Ratu Cantik Dunia. Pondan itu, Amelia Maltepe dilahirkan sebagai Adesh dan berasal dari Bangladesh.


Selepas berpindah ke Toronto untuk melanjutkan pelajaran, Adesh telah menanam implan payu dara pada 2012 .


Adesh yang menetap bersama teman lelakinya, Charles Dubuc, kini meniti jalan sebagai model sebelum menyertai Ratu Cantik Dunia. Bagaimanapun tahun lepas dia telah mencetuskan kontroversi apabila bergambar seksi di dalam sebuah akhbar tempatan, Toronto Sun.

Selepas rahsianya diketahui ramai, satu petisyen melalui dalam talian telah dibuka kepada orang awam oleh pembaca akhbar tersebut yang marah dan mahu model pondan diharamkan di akhbar.

“Saya sangat kecewa dengan komen-komen mengenai diri saya dalam surat khabar itu dan menyebabkan saya menjadi tertekan,’’ katanya.




Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama Islam yang kuat, Adesh berkata dia terperangkap dalam badan seorang lelaki yang bukan miliknya.

Saya berbeza dengan kanak-kanak lelaki lain namun di Bangladesh, kami tidak membincangkan perkara itu. Saya selalu mencuba pakaian ibu saya dan mengenakan alat soleknya ketika dia keluar 




Jelas Adesh, selepas dia mendedahkan keadaan dirinya, keluarganya terus memutuskan hubungan dengannya, namun kini mereka telah menerima keputusannya. 


Polis Buru Individu Pertama Sebar Gambar Kanak-Kanak 2 Tahun Dibunuh Di Dungun?


Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit. Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.

“Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat,” Manoharan memberitahu Astro AWANI.


Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang  sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.


Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka. Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.


Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan. Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.


[GOSIP]: Penjelasan Remy Ishak Hubungannya Dengan Budi Citawan?


Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktres Maya Karin, namun masing-masing tidak pernah mengaku mereka pernah menjalinkan hubungan cinta. Kini Remy sekali lagi dikaitkan dengan anak pelakon veteren, Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan.



Apabila diminta mengulas mengenai keintimannya dengan anak pelakon veteren, Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan, beliau berkata:

Saya kalau boleh tak mahu komen apa-apa mengenai hal ini, bagi saya tiada apa-apa pun yang perlu diperbesarkan

Remy juag memberitahu, dia tidak selesa lagi apabila kisah peribadinya ditanya dan hanya akan mendedahkan hubungan cintanya jika dia rasa perlu untuk berkongsi.

Sebenarnya dari dulu lagi, saya tidak gemar untuk komen mengenai hubungan istimewa ini. Namun saya akui saya agak terbuka jika saya rasa mahu berkongsi mengenai hubungan cinta saya

Keintiman Remy dan Budi Citawan dilihat telah menimbulkan spekulasi umum berdasarkan gambar dan pergaulan mesra mereka yang sering menghadiri beberapa majlis hiburan bersama sebelum ini.


Dalam satu laporan akhbar tabloid memberitahu Wan Hanafi Su seolah-olah menyenangi hubungan mereka dan tidak mempunyai masalah atau halangan jika spekulasi yang dikatakan itu benar kerana dia sudah pun mengenali Remy secara dekat.

[Gambar]: Parti Hari Jadi Rayqal, Anak Nora Danish


Sayang sungguh Nora Danish pada putera yang seorang ini. Sebelum ini Nora mengadakan majlis doa selamat untuk Rayqal. Tapi, tidak cukup dengan itu, sebuah parti pula diadakan untuk anak lelakinya ini berseronok.


Parti  tersebut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan beberapa selebriti lain termasuklah Erra Fazira, Umie Aida, David Teo serta isteri. Seperti biasa ‘teman tapi mesra’nya ada bersama untuk mengiringi dan memeriahkan majlis, Nedim Nazri.


Walau Rayqal dikatakan sedang demam ketika itu, beliau nampaknya gembira dan ceria kerana hari lahirnya disambut dengan meriah sekali. Jom layan beberapa keping gambar lagi!







Padah Mencuri Tabung Masjid Dipukul Sampai Mati


Bunyinya agak tragis apabila seorang remaja lelaki berusia 20 tahun dipukul sampai bila gara -gara mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah. Remaja lelaki tersebut mati akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap. Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Pihak polis dikejarkan ke tempat kejadian dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri. Namun sebaik sahaja sampai polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.


Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.



“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada.


Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp.


[GAMBAR]: Datuk Siti Nurhaliza Kongsikan Kemeriahan Sambutan Hari Jadi


Sebelum ini admin ada menunjukkan kemeriahan parti kejutan hari jadi penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan oleh oleh kakitangan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan SimplySiti (SS) di pejabatnya. Datuk Siti teruja apabila menerima kejutan sempena hari kelahirannya yang jatuh pada 11 Januari.


Terbaru, melalui akaun Instagramnya Datuk Siti ada kongsikan beberapa keping gambar menunjukkan kemeriahan sambutan hari jadi beliau. Sambutan hari jadi ke-35 Siti itu dirancang oleh suami dan anak-anaknya.


Terima kasih buat hero saya Adib Khalid, Asyraf Khalid dan Aazief Khalid (kerana) rancangkan majlis istimewa ini. Kejutan dan hadiah istimewa semalam, terima kasih banyak-banyak (kepada) Tunku Jalil, suami dan anak-anak… sayang semua sangat-sangat

Jika dilihat gambar yang disertakan SM ini, jelas menunjukkan kemeriahan majlis tersebut. Diharapkan tahun 2014 ini menjadi tahun yang lebih gemilang buat Datuk Siti dan keluarga. Tahniah!


Jom layan beberapa keping gambar lagi:-



Gambar ini ketika Datuk Siti & Datuk K menari..