Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat
segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya
menutup aurat. Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan
Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.
Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan
bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain
selain daripada mahu menutup aurat saya… adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu. Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh
tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada
mencabuli kehormatannya. Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?
Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau. Menurut Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat
adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah
naluri yang fitrah bagi seorang wanita.
“Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di
seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul,” tulisnya.
Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.
“Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu
buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga
kehormatan… Bangga dengan kamu!,” tulisnya. Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.
Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim
mengganggapnya sebagai “tidak menghormati” wanita Islam yang memakai
hijab. Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua
gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan
seksi.
Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya
dan menyifatkannya sebagai sebuah “aksi publisiti” untuk mendapat lebih
populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab. –