Pages

Wednesday, January 29, 2014

[GOSIP]: Fazura Akui Jalin Hubungan Dengan Lelaki Inggeris


Pelakon jelita, Nur Fazura mengakui dia kini rapat dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris, Randy Siedman yang merupakan seorang DJ popular di Los Angeles, Amerika Syarikat. Fazura bagaimanapun berkata, hubungannya dengan Randy sekadar kawan rapat bukannya bercinta.




Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia 'adore' saya dan saya pun 'adore' dia (selorohnya). Saya rasa tak salah kalau kita nak 'adore' kawan kita.

Dia juga pernah datang ke Malaysia di mana ketika itu majlis hari jadi saya yang lalu, dan saya pergi bercuti ke LA bukan sebab nak jumpa dia, tetapi saya memang mahu bercuti ke Amerika


Menurut pelakon berusia 30 tahun itu lagi, mungkin sebab saya banyak muat naik gambar dia, jadi orang hanya nampak Randy saja.

Mungkin sebab saya banyak muat naik gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana.

Tambah Fazura lagi, Randy seorang yang menghormati wanita dan seorang yang sentiasa positif.

Dia sangat menghormati wanita. Sikapnya yang sentiasa positif secara tak langsung banyak memberi inspirasi kepada saya. Dia seorang yang unik. Bila bersama dengan dia saya sentiasa nak jadi individu yang lebih baik


No comments:

Post a Comment