Jika
sebelum ini Sharifah Sakinah sering mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik
video yang pelik-pelik, kini minat barunya pula dikritik. Terbaru
Sakinah gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman. Memetik
sumber portal GUA, untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan
satu laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin
melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.
Akaun
Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah mendapat
sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut
mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah
Namun
tak semua menyukai aktivitinya itu apabila Sakinah memakai pakaian seksi yang
terlampau menjolok mata .Banyak pihak baik lelaki mahupun perempuan, menyindir
pelakon itu setiap kali dia memuat naik fotonya yang berpakaian sukan. Ada
yang ‘geram, malah ada yang menggelarnya ‘karipap panas’?
Sakinah
yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut memberitahu:-
Orang
salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga
pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang
bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk
campur. Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih.
Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga.
Apa
yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara
itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil
perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif.
Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah.
No comments:
Post a Comment