Pages

Monday, January 27, 2014

[GOSIP]: Marsha Belum Sedia Bergelar Isteri



Pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Marsha Milan Londoh akui walaupun sudah bersedia untuk bergelar isteri, dia masih belum mahu menamatkan zaman bujang.



Belum lagilah sebab berkahwin bukan (urusan) mudah walaupun secara jujurnya saya memang sudah bersedia

Marsha berkata demikian selepas kekasihnya, seorang usahawan dikenali sebagai S dikhabarkan akan melamarnya dan mereka dijangka berkahwin tahun ini.
Walaubagaimanapun Marsha menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu lamaran tersebut belum berlaku.

Mana pula dengar cerita ini? Apa yang saya boleh katakan, benda (lamaran) itu belum berlaku setakat ini. Memang kalau dilihat umur saya akan mencecah 30 pada tahun depan dan masanya agak sesuai kalau hendak berkeluarga, tapi terlalu awal nak cakap

Pengacara berusia 29 tahun ini turut enggan meletak harapan tinggi dan berharap mereka tidak terburu-buru serta dapat mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment