Pages

Saturday, February 1, 2014

Mizz Nina Enggan Menyanyi Di Depan Lelaki


Penyanyi popular Mizz Nina enggan mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki lagi selepas kembali daripada mengerjakan haji pada November lalu. Dipetik daripada laporan sebuah portal berita, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata:

Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita sahaja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah



Jelasnya lagi, keputusan tersebut dibuat atas kesedaran sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Malah suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh turut menyokong keputusannya itu.

Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya

Mizz Nina, 33, turut memberitahu bahawa dia ingin menumpukan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu. 


No comments:

Post a Comment