Pages

Saturday, February 1, 2014

Sharnaaz Ahmad Tak Jadi Bersara Dari Berlakon?



Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dilaporkan mengakui masih belum membuat keputusan tentang mahu bersara dari dunia lakonan selepas selesainya drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta", malah masih mempertimbangkan beberapa tawaran filem.


Mungkin ini adalah drama terakhir saya, dia belum membuat sebarang kata putus sama ada menerima tawaran tersebut atau tetap dengan keputusan untuk berehat daripada industri. Ada beberapa projek yang datang untuk filem, namun ianya masih dalam pertimbangan lagi memandangkan keputusan saya untuk berehat dahulu selepas drama ini, susah nak cakap buat masa ini. Kita tengok macam mana nanti 

Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, dia enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan hanya mahu fokus terhadap drama terbitan Astro tersebut.

Saya akan tetap berehat sementara daripada industri kerana terlalu letih dengan apa yang berlaku dan kontroversi yang menimpa. Saya juga tidak menjangkakan bila untuk kembali semula jika benar-benar mengambil keputusan untuk bersara. 


No comments:

Post a Comment