Tinggal beberapa bulan sahaja lagi hari bahagia Syanie dan pasangannya akan menjelma. Syanie dan pasangannnya telah mengikat tali pertunangan pada Syawal ke-3 yang lalu. Keluarga Syanie bersepakat untuk mengikat tali pertunangan selama 6 bulan sahaja. Pasangan Syanie adalah seorang duda anak dua dan telah berkenalan dengan Syanie sejak 7 tahun yang lalu. Kacak juga tunang Syanie yang bernama Nadi Putera ini. Semoga Syani dan pasangan bahagia dengan perkahwinan kedua masing-masing.
Saturday, November 16, 2013
Friday, November 15, 2013
[Gambar]: Nurul Depp Selepas Bersalin
Mungkin ramai peminat di luar sana yang tertanya-tanya khabar Nurul. Maklumlah, selepas melahirkan anaknya awal Oktober yang lalu, Nurul mendiamkan diri dari lama sosial. Mungkin sedang menjalani proses pantang. Baru-baru ini beliau ada memuatnaik gambar selepas 2 bulan bersalin di instagram. Nurul nampak langsing. Mungkin Nurul menggunakan sebaik-baiknya waktu pantang tersebut untuk kembali ke berat asalnya.
[Tahniah]: Aien (Kembar Ekin) Selamat Lahir Anak Kembar
Tahniah diucapkan kepada Aien, kembar kepada Ekin yang telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar. Kalau dah ibunya mempunyai kembar, tak mustahil la boleh mendapat bayi kembar juga. bertuah sungguh Aien. Ramai wanita diluar sana yang mengidam anak kembar, nampaknya rezeki kembar tu dapat kepada Aien. Namun masih tidak di ketahui nama si kembar ini.
[Tahniah]: Highland Tower Cecah RM 3.3 Juta
Sejujurnya admin memang belum menonton lagi filem Highland Tower ini. Teringin juga untuk menonton, sebagai satu sokongan kepada filem tempatan. Diam tak diam, rupanya filem Highland Tower telah mencecah kutipan RM 3.3 juta. Satu pencapaian yang amat dibanggakan buat David Teo walaupun sedang bersaing sengit dengan filem antarabangsa, antaranya filem Thor. Kata David Teo:
Sejak kebelakangan ini, filem Melayu susah mahu kutip tiket lebih RM 1 juta kerana lambakan filem antarabangsa. Tetapi kutipan tiket filem Highland Tower memberi suatu tanda positif kepada syarikat seperti MIG
Tahniah kepada semua tenaga kerja yang terlibat bagi menjayakan filem ini. Ini menunjukkan orang Malaysia masih lagi menyokong filem tempatan.
[Gambar]: Fida Ibrahim Yang Semakin Cantik. Apa Rahsianya?
Haih.. cemburu betul admin dengan Fida Ibrahim. Mana taknya, semakin hari semakin cantik pula bila dipandang. Nak sahaja admin tanya apa rahsia Fida menjaga kulit muka. Tentu ramai gadis di luar sana yang turut tertanya produk apa yang beliau pakai. Patutla ramai yang terpikat dengan Fida ni. Dah la cantik, manis bertudung pulak tu.
[Tahniah]: Giliran Zahida Rafik Pula Mendirikan Rumahtangga
Tahun 2013 dan 2014 menyaksikan ramai selebriti di Malaysi mendirikan rumahtangga. Kali ini giliran Zahida Rafik pula. Apa yang pasti, Zahida Rafik telah mengenali bakal suaminya sejak 8 tahun yang lepas.
Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak 8 tahun lalu. Insya Allah kami juga merancang berkahwin tahun depan.
Saya rasa tidak perlu mendedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Si dia juga baru berusia 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang.
Admin memang respek bakal suami Zahida Rafik ini. Walaupun kekasihnya dilanda pelbagai kontroversi, namun semua gosip tersebut tidak diambil endah
Maklumlah sudah 8 tahun kami menjalin hubungan dan pastinya sudah kenal
hati budi masing-masing. Apa yang penting, dia seorang yang sangat
memahami dan saling percaya dan menghormati antara satu sama lain dan
itulah yang menyebabkan hubungan kami mampu bertahan sampai sekarang.
Apa saya gosip yang dikaitkan dengan saya, tidak perlulah kami melatah
kerana semua gosip itu tidak betul.
Semoga ikatan yang terjalin kekal hendaknya hingga ke jinjang pelamin. Maklumlah, sudah 8 tahun, rugi juga kalau putus ditengah jalan. Tak begitu?
Kes Sudah Selesai, Jadi Tak Payah Bercakap Mengenai Saya Lagi - Rebecca Nur Al Islam
Rupanya belum habis lagi perang mulut antara Rebecca Nur Al Islam dan Erma Fatima. Perang tercetus gara-gara Rebecca telah memfailkan saman kepada Erma Fatima kerana beliau gagal membayar baki bayaran lakonan drama Dejavu Di Kinabalu. Apabila kemenangan berpihak kepada Rebecca, pihak yang satu lagi tidak berpuas hati dan mula melancarkan perang mulut di laman sosial. Erma dikatakan menkritik Rebecca sebagai seorang pelakon yang tidak berdisiplin.
Saya hanya kalah dalam kes ini kerana kesilapan teknikal iaitu tidak
menghantar notis bertulis membatalkan khidmatnya sebagai pelakon
daripada kontrak berkenaan. Kalau hantar, adakah dia akan mengakui
kesilapannya?
Rebecca sememangnya tidak berpuas hati dengan kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya.
Saya berharap pihak di sebelah sana berhenti bercakap. Kes sudah selesai, jadi tak payah bercakap mengenai saya lagi. Tak perlulah bergaduh di Twitter dan Instagram. Harap pihak sebelah sana profesional dan matang.
Janganlah fitnah saya tak berdisplin sebab ia boleh diibaratkan menabur pasir pada periuk nasi saya. Tapi kalau benda (dakwaan) ini terus berlaku, saya akan ambil tindakan.
Namun menurut orang ramai, bukan sahaja Erma Fatima yang mengeluarkan kata-kata sinis, Rebecca turut sama menggunakan kata-kata yang kurang sopan di laman sosial Instagramnya
[Tahniah]: Zul Ariffin Bakal Menamatkan Zaman Bujang
Mungkin ramai yang telah mengetahui siapa gerangan wanita yang berjaya mencuri hati Zul Arifin. Wanita itu ialah Gayatri. Nampaknya ramai la wanita di luar sana yang makan hati apabila mendengar Zul Arifin akan berkahwin tidak lama lagi.
Memang ada sasaran ke arah itu (perkahwinan) tapi saya tak berani cakap banyak. Biarlah kami simpan dulu. Alhamdulillah hubungan kami makin baik, kukuh dan stabil. Memang ada sasaran ke arah itu (kahwin). Tapi kena lepaskan rakan artis lain kahwin dululah.
Mungkin tak lama sangat dan dalam masa terdekat tapi saya taknak kongsikan dulu. Rancang banyak-banyak tak salah sebab kalau sudah jodoh, tak lari ke mana pun. Cuma buat masa ini kita simpan dululah sehingga betul-betul dah dekat nanti.
Nampaknya Zul Ariffin memang benar-benar serius dengan rancangannya untuk memperisterikan Gayatri. Sama-samalah kita nantikan pengumuman tarikh hari bahagia mereka.
RM 200 Ribu Dibelanjakan Untuk Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Che Wan
Beruntung sungguh Rozita Che Wan kerana mendapat calon suami yang sanggup berkorban ratusan ribu ringgit semata-mata untuk menjadikan perkahwinan mereka seseuatu yang istimewa. terkejut dibuatnya apabila Zain Saidin mengumumkan bahawa perbelanjaan bagi majlis mereka mencecah RM 200 ribu. Memang boleh diishtiharkan sebagai wedding of the year kalau dah mencecah ratusan ribu.
Saya dan Rozita sudah belanja lebih RM200,000 untuk majlis kami ini. Setakat ini, saya dan dia mengeluarkan RM100,000 setiap seorang. Kami masih tidak dapat tarikh dan lokasi yang sesuai lagi, sebab sekarang, musim cuti sekolah.
Jadi kebanyakan keluarga dan kawan-kawan kami bercuti ke luar negara, jadi ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke majlis perkahwinan kami. Kalau boleh saya ingin mencari lokasi yang luas dan besar supaya tempat itu mampu menampung lebih ramai orang yang datang ke majlis kami
Tidak kiralah berapa besar jumlah yang mereka laburkan, yang penting mereka bahagia hingga akhir hayat. Tidak perlulah kita mempertikaikan jumlah tersebut. Bak kata orang, ada lebih buat lebih, kalau kurang, buat cara kurang. Tak begitu?
Thursday, November 14, 2013
Saya Gembira Dengan Perubahan Isteri Saya - Noh Hujan
Siapa sangka Mizz Nina yang terkenal dengan kelincahan dan keseksiannya di atas pentas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas menunaikan ibadah haji. Insan yang paling gembira dengan perubahan Mizz Nina tentulah suaminya, Noh. Menurut Noh:
Dia tidak pernah beritahu saya tentang dia ingin berhijrah atau bertudung. Itu antara dia dengan Allah dan semua yang dilakukan adalah atas kehendak dirinya sendiri.
Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa. Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu.
Dia tahu apa yang dia lakukan dan sebagai suami sudha tentu saya menyokong apa yang dia buat jika perkara tersebut ke arah kebaikan kami berdua.
Baru-baru ini dia ada mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al-Quran dan ada ketikanya dia meminta saya membaca Al-Quran selepas solat. Perkara-perkara yang dia lakukan itu membuatkan saya terharu
Sememangnya Noh memang seorang suami antara orang kuat yang menyokong perubahan Mizz Nina. Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada mereka berdua. Sejuk betul mata memangdang penampilan Mizz Nina sekarang.
[Gempar]: Sofi Jikan Sudah Tidak Mahu Berlakon
Terkejut juga mendengar pengakuan Sofi Jikan apabila beliau ingin bersara dari dunia lakonan. Admin memang meminati lakonannya terutama watak beliau dalam filem Bohsia..Jangan Pilih Jalan Hitam, KL Gangster dan KL Gangster 2. Sememangnya beliau antara yang menghidupkan suasana filem tersebut. Mungkin Sofi Jikan terkilan apabila beliau tidak diberikan watak lain selain watak gangster.
Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon tetapi keadaan masih tidak pernah berubah.
Jujurnya memang saya patah hati dengan keadaan industri perfileman hari ini dan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan. Sampai bila saya hendak berlakon sebagai gengster? Adakah setakat itu sahaja bakat lakonan saya?
Yasmin Hani Umum Nama Anak Ekslusif di Astro
Mungkin sudah menjadi trend semasa di mana selebri-selebriti di Malaysia untuk membuat liputan khas mengenai kelahiran anak mereka. Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil, kini giliran Yasmin Hani pula. Kata Yasmin Hani:
Kami memang sudah ada nama pilihan namun tak dapat didedahkan dulu
berikutan kontrak berkenaan sudah diikat. Saya minta maaf tak dapat nak
kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan
didedahkan secara eksklusif dalam program berjudul Celebrity Maternity
di Astro nanti.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Yasmin Hani tidak mahu mengumumkan nama anak beliau. Kalau diumum, takut di saman pula. Jadi teka-teki mengenai bayi sulung beliau akan terjawab dalam rancangan Celebrity Maternity. Sama-sama kita nantikan.
Ternyata Yasmin Hani sangat teruja semenjak bergelar ibu. Maklumlah, pengalaman untuk pertama kali. Menurut beliau:
Saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan secara terperinci perasaan ini selepas dua hari bergelar ibu. Selain seronok dan bersyukur dengan kelahiran ini, yang pasti sekarang saya menjadi taksub pada anak ini.
Alhamdulillah anak saya lahir ‘ngam-ngam’ dalam tempoh 40 minggu. Memang tarikh 12 November itu tepat seperti jangkaan. Semuanya OK, bayi sihat dan cukup sifat. Malah saya juga tak sabar balik ke rumah untuk jalani proses berpantang secara tradisional dengan pantauan emak.
[Tahniah]: Rating Drama Love You Mr. Arrogant Catat Angka 4.6 Juta Penonton, Mengalahkan Drama Teduhan Kasih
Sudah seminggu drama Love You Mr. Arrogant menutup tirainya dan setahu admin, sudah ramai yang sudah terjangkit dengan virus drama ini. Walaupun yang membawa watak utama adalah pelakon-pelakon baru, namun impak drama tersebut masih terkesan sehingga sekarang. Jujur dari hati, admin sendiri mengikuti perkembangan drama tersebut sehingga ke episod terakhir. Tahniah diucapkan kepada tv3 kerana episod akhir drama Love You Mr. Arrogant berjaya menarik 4.6 juta penonton, mengalahkan drama Teduhan Kasih, 4.2 juta. Dengarnya ramai anak dara di luar sana sudah jatuh cinta dengan Mr Arrogant ini. Nampaknya terpaksala Azlee Khairi berhati-hati. Hehehe.
[Gosip]: Chef Riz Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?
Siapa yang tidak kenal pada Chef Riz, anak kepada Chef Wan. Sebelum ini gempar apabila perkahwinan yang baru di bina bersama Ana Dahlia runtuh ditengah jalan. Namun, baru-baru ini ada gosip yang terbaru mengatakan Chef Riz sudah berjumpa dengan pengganti bekas isterinya. Katanya, wanita tersebut ialah kakak kepada Emma Maembong. Kalau betul pun, apa salahnya, dua-dua bukan milik orang. Tak begitu?
[Gambar]: Comel Sungguh Anak Ke-2 Rebecca Nur Al-Islam
Kalau dah ibunya cantik, anak-anaknya pun tentulah secomel ibunya. Nama anak kedua Rebecca adalah Nor Anggerik Renesmee, dilahirkan September yang lalu. Memang indah nama yang dipilih oleh ibunya. Semoga Anggerik membesar dengan sihat dan menjadi adik yang baik kepada kakaknya, Anggun.
Wednesday, November 13, 2013
[Gambar]: Lagi Gambar Anak Ke-2 Marion Caunter
Sebelum ini admin ada berkongsi sedikit gambar anak ke-2 Marion Caunter dan NS Nasarudin. Nampak penyayang betul Leia Rose terhadap adiknya. Maklumlah, ada sesetengah tu, jika ada orang baru, pasti yang sulung akan cemburu. Semoga Leia Rose menjadi kakak yang penyayang dan sentiasa menjaga adiknya.
[Panas]: Belum Seminggu Nikah, Fizo Omar Difitnah
Rasanya belum cukup seminggu Fizo Omar dan Mawar Karim bernikah, namun ada manusia yang cuba memfitnah Fizo Omar. Tidak diketahui pula motif empunya status yang bernama Selinanadra ini. Cemburu mungkin tidak dapat memiliki Fizo Omar, agaknya orangnya tidak secantik dan sekaya Mawar, itu yang guna cara begini untuk menjatuhkan mereka. Nampaknya, fitnah tersebut tidak sedikit pun dipedulikan oleh orang ramai. Tahniah Fizo Omar.
[Gosip]: Awie Sudah Muflis?
Terbaru ada khabar angin yang mengatakan lagenda rock negara telah muflis.Memang terkejut dengan gosip tersebut kerana setahu admin, Awie mempunyai Kelab Malam yang beroperasi di Ipoh. Namun beliau tidak cepat melatah dengan khabar angin tersebut, menurut Awie:
Muflis atau tak, saya tak ganggu orang bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun.
Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis.
Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya.
Betul juga katanya, namun diingatkan selebriti seperti Awie memang ramai peminatnya di seluruh Malaysia. Mungkin mereka ingin mengambil tahu hal artis kegemaran mereka. Ataupun ada yang nak membantu ke. Tak gitu? Apabila ditanya mengenai pemindahan aset beliau kepada isterinya, beliau berkata:
Kalau pun saya pindahkan harta atau apa saja pada mereka, itu hak saya. Mereka adalah isteri dan anak-anak saya, keluarga saya sendiri.
Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja.
[Tahniah]: Yasmin Hani Lahir Anak Lelaki
Tahniah diucapkan kepada Yasmin Hani yang telah selamatkan putera sulungnya pada 12 November 2013. Yasmin Hani telah berkongsi saat-saat gembiranya di instagram dengan caption:
Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is
complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with
great joy into our home and into our hearts our little baby boy.
#haniandshaarin #babyN #yasminhani #shaarin #lilangel #baby #newborn
Tentu Yasmin Hani sangat teruja apabila dapat memegang insan yang.dinantikan selama ini. Diharap Yasmin Hani menjaga kesihatan dan berpantang dengan elok di rumah. Usahla buat kerja berat-berat.
[Gosip]: "Cuma Nampak Garisan Bra, Bukan Nampak Buah Dada Pun" – Raja Ema
Sememangnya ramai yang cemburu dengan selebriti yang bernama Raja Ema. Mana tidaknya beliau memang sering kelihatan awet muda. Semestinya ramai yang ingin mengetahui rahsia kejelitaan beliau. Baru-baru ini beliau telah menghadiri perasmian butik milik Didie Alias, malangnya pakaian yang dipakai oleh Raja Ema telah dikritik oleh peminat. Ini kerana baju tersebut sememangnya menyerlahkan 'aset'nya. Sebagai seorang selebriti yang sudah berumur,sudah tentulah orang ramai akan menegur cara penampilannya. Namun, menurut Raja Ema:
Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun.
Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.
Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu.
Raja Ema sebenarnya tidak mahu memanjangkan isu pakaiannya kerana tidak mahu bergaduh dengan sesiapa:
Sebab saya taknak gaduh atau besarkan hal, saya rasa apa pun sebenarnya. Cuma malas nak layan orang begitu. Orang yang bijak takkan cakap begitu pada orang lain.
Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak tanduk kita.
[Tahniah]: Perkahwinan Datuk Seri Jalani Sidek & Datin Seri Hajah Zaleha Mohd Khalid
Kalau sudah jodoh, memang tidak ke mana. Tahniah diiucapkan kepada Datuk Seri Jalani Sidek dan Datin Seri Hajah Zaleha Mohd Khalid yang telah selamat diijabkabulkan pada 10 November 2013. Nampaknya Datuk Seri sememangnya ingin mengikut jejak bekas isterinya, Raja Azmi untuk berkahwin lagi. Diharapkan perkahwinan kedua Datu Seri Jalani kekal hingga ke akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)