Pages

Tuesday, January 28, 2014

'Kami Histeria' Adaptasi Dari Kisah Sebenar


Menurut Pengarah Urusan Red Films, Lina Tan, filem ini adalah idea asal dan lakon layar Rafidah Abdullah yang mendapat ilham untuk cerita ini semasa penggambaran di sebuah pangsapuri yang bersebelahan hutan dan mendengar cerita dari penghuni pangsapuri itu tentang suara yang mereka pernah dengar dari hutan itu.


"Skrip "Kami Histeria" mengambil masa hampir setahun untuk siap kerana kesibukan jadual Rafidah. Selepas itu, persediaan telah mengambil masa lebih daripada 3 bulan kerana kami terpaksa menyiapkan muzik untuk filem ini dan pelakon-pelakon terpaksa menjalani latihan bermain alat muzik," ujarnya.

Sementara itu, pengarah filem ini, Shamyl Othman berkata, dia nyata gembira dengan filem sulung arahannya ini walaupun memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. 


Kita menjalani penggambaran pada September 2012 dan ia penggambaran hanya memakan masa selama 28 hari sahaja tetapi proses penyuntingan yang mengambil masa lama. Bagaimanapun, saya tetap gembira apabila ia akhirnya siap," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Kami Histeria"

"Kami Histeria" menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Nur Fazura, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Nad Zainal, Sara Ali dan ramai lagi.


No comments:

Post a Comment