Pages

Thursday, March 27, 2014

[GEMPAR]: Datuk Jalaluddin Hassan Nyaris Kena Cabul Dengan Bos Sendiri


Mungkin tidak ramai peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga bergelar pelakon.


Apa yang menarik perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.

Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain. Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.

“Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.

“Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.

“Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah! Terkejut.


“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”


Wednesday, March 26, 2014

Dua Pelajar Yang Terselamat Ceritakan Detik Cemas Hilang Di Gunung Bubu


Saya nampak mereka terkapai-kapai, tapi tak boleh nak selamatkan, keadaan sangat bahaya, sudahnya saya hanya mampu menangis lihat mereka, kata salah seorang mangsa yang selamat, Siti Azimah Mohd Fitri, 17.

Menurutnya, dia tidak mampu menyelamatkan dua rakannya itu berikutan tidak pandai berenang sebelum menjerit meminta bantuan seorang lagi rakan, Muhamad Putera Rafaii yang tidak jauh dari tebing Sungai Gading, lokasi dua mangsa ditemui lemas.

“Setibanya Putera ke tebing Sungai Gading, kami tidak nampak mereka lagi. Sebelum itu, kami bercadang untuk menyeberangi sungai itu untuk menjejaki kumpulan lain, tidak sangka jadi begini. Sungai itu kelihatan seperti kolam dengan air tenang. Kami ingatkan airnya cetek kerana dari tepi kami nampak dasar sungai itu hanya sejengkal, tidak sangka ia dalam.

Di antara kami, hanya Putera sahaja pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam. Siti Azimah yang pernah mengikuti ekspedisi sama tahun lalu mengakui, masih trauma dan tidak bercadang mengikuti ekspedisi lasak kelak selepas kejadian meragut dua nyawa rakannya itu. Katanya, dia bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga, namun masih bersedih.


Sementara itu, Muhamad Putera turut menceritakan perit jerih mereka berdua meneruskan perjalanan mencari jalan pulang selepas berpisah dengan kumpulan lain selepas tragedi itu. Katanya, mereka terpaksa mencari tempat teduh dengan tidur di celah-celah batu yang dingin ketika hujan lebat pada malam kejadian.

“Pada hari kedua, kami berusaha mencari mereka berdua di pesisir sungai dan menemui Adam Asraf Azman dalam keadaan tertiarap di tebing sungai. Kami berdua cuba menarik mayat Adam ke tepi tetapi kaki dia tersangkut dekat celah-celah batu. Kami sedih terpaksa meninggalkan dia (Adam) di situ sebelum berusaha mencari jalan keluar dengan menuruni gunung dan tidur kira-kira 500 meter dari mayat Adam,” katanya.

Muhamad Putera berkata, mereka memasang unggun api bagi mengelakkan kesejukan dan bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain. Kami guna segala ikhtiar kehidupan yang dipelajari dalam ekspedisi ini dengan menggunakan sungai sebagai sumber minuman. Kami bernasib baik apabila membawa makanan dalam tin yang disandang sepanjang perjalanan itu dan ketika ditemui, kami ingin memasak makanan berikutan kelaparan dan keletihan,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas. Kehilangan keempat-empat pelajar itu disedari guru pengiring mereka ketika menuruni gunung tersebut kira-kira jam 2.30 petang. Pelajar yang semuanya berusia 17 tahun menyertai perkhemahan yang dianjurkan kolej berkenaan bersama 21 pelajar lain dengan ditemani enam guru pengiring


Penjelasan Tauke Jambu Isu Gambar Berpelukan Di Kelab Malam Tersebar?


Tersebar beberapa keping foto ‘mesra’ Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam di blog-blog hiburan tempatan. Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar ‘kaki perempuan’.


Memetik sumber OhBulan, Tauke yang dihubungi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.

“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.

“Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.


Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Tuesday, March 25, 2014

Che Ta & Zain Saidin Sudah Memilih Nama Bakal Anak Mereka?

Pasangan suami isteri mana tidak gembira apabila mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata hasil dari perkahwinan tersebut. Begitu juga perasaan Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin apabila mengetahui Che Ta sudah hamil. Che Ta memberitahu, dia sendiri tidak menyangka perkahwinan keduanya yang baru berusia empat bulan sudah membuahkan hasil. 


Menurut Che Ta, ini merupakan antara hadiah paling berharga yang baru menyambut kelahiran dirinya yang ke-41. Tidak cukup dengan itu sahaja, dia yakin kehadiran anak ini bakal melengkapkan impian Zain untuk bergelar bapa.



Zain memang rapat dengan anak-anak saya. Dia juga suka budak-budak. Jujurnya melihat anak adik-adik saya dia sering memberitahu dia yakin mampu menjadi seorang ayah yang baik untuk anak kami nanti. Mungkin ini hadiah hari lahir untuk kami berdua tahun ini, Zain baru sahaja menyambut hari lahir yang ke-30 pada 23 Februari lalu dan saya 9 Mac


Selain itu, Che Ta memberitahu teruja untuk mengetahui jantina anak. Che Ta dan Zain juga sudah memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan nanti. Muhammad Ali atau Aishah adalah nama yang sudah dipilih.


[PANAS]: Penjelasan Suami Sri Yanti, Edy Casmadi Isu Penceraian?


Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.


Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.


“Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,” katanya kepada mStar Online.



Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu. Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; “Saya tidak bersetuju dengan penceraian”. -mStar-

Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.




Kerinduan Erra Fazira Kepada Engku Alesya Selepas Bercerai


Kasih seorang ibu membawa ke syurga. Itulah yang ditunjukkan mengenai ikatan erat yang terjalin antara Erra Fazira dan anak tunggalnya, Engku Aleesya. Walaupun Erra dan Engku Emram sudah bercerai, dan hak penjagaan diberikan kepada bekas suami namun Erra memberi perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada kepada Aleesya.


Buktinya, baru-baru ini perimadona tersebut telah memuatnaik sekeping foto bersama anaknya dan dipercayai merupakan kali pertama Erra bertemu Aleesya sejak perpisahannya dengan Emran.


Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu jelas menunjukkan wajah kerinduan seorang ibu kepada anaknya dan Erra juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk merangkul erat anak tunggalnya.


Peminat yang turut tersentuh dengan foto itu tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Erra Fazira dengan harapan agar wanita itu lebih tabah mengharungi dugaan hidup. Bertuah Aleesya mempunyai kedua orang ibu bapa yang cukup sayang akan dirinya dan tidak pernah sekali mengabaikan tanggungjawab mereka.



Monday, March 24, 2014

[PANAS]: Anzalna Dilayan Seperti Wanita Jijik Dan Kotor?


Timbul kisah kurang enak apabila pelakon Anzalna diperlakukan tidak sewajarnya oleh seorang aktor di set lokasi penggambaran sebuah drama. Bagaikan wanita tidak bermaruah, Anzalna dilayan seperti wanita jijik dan kotor. Cukup meloyakan untuk dilihat secara fizikal, mungkin itu yang dirasakan aktor itu.


Si aktor itu dikatakan tidak boleh langsung melihat wajah Anzalna. Langsung tak boleh! Walhal mereka berlakon sama. Sehinggakan kalau ada babak drama yang mengkehendakkan si aktor itu tersentuh kulitnya, si aktor itu berat hati. Dia sedaya upaya untuk tidak menyentuh.

Jika tersentuh si aktor itu pasti bergegas menuju ke bilik air sejurus pengarah jerit ‘cut!’ Nampak sangat sesuatu, bukan. Agaknya si aktor cepat-cepat membasuh tangannya sebab bimbang kot kot si Anzalna ini ada ‘penyakit’. Nanti merebak kepadanya, susah pula.

Menurut sumber Miss J, mereka berdua ini memang sedang ‘perang dingin’. Ada satu peristiwa yang membuat hati si aktor terasa dengan Anzalna. Itu yang dia boikot Anzalna.

Dah macam budak-budak sekolah. Buat apa nak bergaduh antara satu sama lain. Berdamai sajalah. Lagipun kedua-duanya cari makan dalam industri yang sama.



Hanez Suraya – Keluarga Merestui Hubungan Saya & Romie


Mungkin sesetengah dari pembaca sudah bosan dengan cerita Hanez Suraya kan? Namun kontroversi Hanez Suraya masih berlarutan walaupun sudah beberapa minggu. Kisah bermula apabila Hanez di katakan cuba merampas suami orang yang di kenali sebagai Romie.


Mungkin ada antara anda dan admin sendiri tertanya-tanya mengapakah Hanez masih meneruskan hubungan dengan Romie walaupun mendapat pelbagai tentangan. Rupa-rupanya hubungan mereka direstui oleh keluarga?

Itulah yang diberitahu oleh Hanez sendiri. Kata Hanez Suraya kepada Utusan Malaysia apabila ditanya mengenai komen keluarganya tentang percintaannya dengan Romie:-

Keluarga tidak ada masalah. Sejak daripada awal lagi mereka sudah tahu dan merestui hubungan saya dan Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini.

Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting. Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar sana yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah. Tetapi keluarga tetap bersama-sama. Pada saya, selagi keluarga menyokong segala tindakan, saya akan dengar kata mereka.


Ya, kami masih bersama. Kami masih meneruskan hubungan dan bahagia. Cuma sekarang ini saya lebih senang untuk berdiam diri. Biar segala kekecohan tenang.


(Gambar) Penjelasan Sharifah Sakinah Isu Tayang Perut?


Pastinya semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh Sharifah Sakinah. Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini ketika melakukan senaman.


Walaupun pada awalnya menimbulkan kontroversi semasa penubuhannya, namun program tersebut dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peminatnya dan juga beberapa selebriti seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila.


Memetik sumber Malaysia Digest, Sakinah memberitahu bahawa kini sudah ramai mula mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram. Sakinah juga menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya. Kata Sakinah:-


“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.”


Tak pasal-pasal orang lain pun turut tayang perut. Apa-apapun jom layan beberapa keping lagi gambar Sakinah melakukan senaman!




Chef Wan Dikecam Peminat, Bergurau Isu Penemuan Serpihan Mh370?


Di kala kesemua pihak berdebar-debar menanti keputusan siasatan penemuan serpihan pesawat MH370, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi satu gambar “gurauan” yang tidak kena pada tempatnya mengenai serpihan tersebut.


Gambar di atas dikongsikan dengan caption:-


2 object di Perth dan satu ni i ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang Mas. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya. Adoi.. frustnya


Namun gambar tersebut telah pun dipadamkan oleh Chef Wan susulan kecaman yang diterima daripada pengikut akaun Instagramnya. Nak buat lawak pun agak-agak la. Memang tak kena masa betul tindakan Chef Wan itu.


[TERKINI]: Pm Najib Sahkan Pesawat Mh370 Berakhir Di Selatan Lautan India


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengadakan satu sidang media pada pukul 9.45 malam ini mengenai perkembangan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Sidang media akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi Sidang Media Khas di PWTC mengesahkan pesawat MH370 telah berakhir di Selantan, Lautan Hindi.


Ini merupakan status Facebook dan Twitter Najib Razak mengenai pesawat MH370:-





(3 Gambar) Juru Terbang Australia Curi Tumpuan Dalam Misi Pencarian MH370?


Dalam kesibukkan mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam operasi pencarian menjadi sensasi internet apabila pemerhati online memuji penampilannya yang kacak.


Leftenan Penerbangan Russel Adams ditemubual oleh stesen televisyen Australia tentang peranannya dalam pencarian kapal terbang yang hilang itu tetapi komen online lebih banyak memuji kekacakan beliau.

Antara komen yang diberikan:
Bukan niat melencong dari topik kehilangan MH370, tetapi Leftenan Russell Adams seorang yang hot. Di negara lain dia pasti menjadi seorang model. Di Australia dia jadi juruterbang saja

Adams ialah salah seorang anggota tentera yang terlibat selepas Perancis mengemukakan data satelit terbaru semalam yang menunjukkan objek yang berkemungkinan merupakan serpihan jet 



MAS yang hilang, sewaktu mereka yang terlibat meneruskan usaha untuk mencari di kawasan Lautan Hindi yang paling terpencil. Mereka sedang mencari satu pelet kayu yang besar kemungkinan ialah petunjuk penting yang akan merungkaikan kehilangan yang dianggap antara misteri penerbangan yang terbesar di dunia.


(11 Gambar): Sambutan Hari Lahir Lisa Surihani Ke-28


Meskipun usianya yang sudah pun mencecah ke angka 28 tahun semalam, Lisa Surihani masih mampu tampil anggun seperti di awal kemunculannya.  Dianjurkan oleh suami tercinta, baru-baru ini telah diadakan sambutan hari jadi untuk si cantik manis ini. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai yang rapat dengan Lisa Surihani.

Dengan menggunakan konsep vintage di taman sebagai lokasi, Lisa dilihat amat gembira dengan sambutan tersebut, lebih-lebih lagi apabila ianya dilaksanakan oleh suaminya, Yusry.


Antara selebriti yang hadir untuk menyambut hari jadi Lisa Surihani ialah Fazura, Scha, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. Yusry juga turut meluahkan kata-kata romantis sempena hari jadi isterinya yang ke 28 ini di akaun Instagramnya:-


Happy birthday isteriku. Wishing you all the joy, happiness and love you can handle thank u for being so wonderful… I love you with all my heart


Para peminat juga tidak ketinggalan untuk turut sama mengucapkan selamat hari lahir kepada Lisa dan mendoakan agar mereka terus berbahagia hingga ke akhir hayat.