Pages

Saturday, December 28, 2013

[GEMPAR]: Penuntut Kolej Dapat Bahana Kerana Ghairah Beraksi Lucah

KOTA BHARU : Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.

Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.


Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.

Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.

“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.

“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.

“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.


Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan. – 


“Ya Allah..Kau Campakkan Segera Mayat Suamiku Ke Darat, Aku Reda.."- Doa Isteri Mangsa Lemas

DUNGUN : “Ya Allah..Kau campakkan segera mayat suamiku ke darat, aku reda,” itu doa Amizah Mohd Zain, 25, selepas usaha pasukan mencari dan menyelamat buntu untuk mengesan suaminya Ghafar Manaf, 32, yang lemas ketika mandi di Pantai Sura Tengah, di sini.
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan dipukul ombak sebelum ditarik ke laut dan gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih menemui jalan buntu berikutan keadaan laut dan ombak yang besar.

Amizah berkata, dia menyedari keadaan ombak besar dan laut bergelora itu menyukarkan usaha mencari suaminya itu, namun dia berharap ada satu keajaiban berlaku.
“Saya berharap agar mayat suami dicampakkan ombak ke darat secepat mungkin. Selagi suami tidak dijumpai, selagi itu hati saya tidak tenang dan tidak dapat tidur,” katanya yang setia menanti kemunculan suaminya di pantai itu.
Menurut Amizah, dia sukar melupakan tragedi ombak besar yang menghempas suaminya di depan matanya sendiri sehingga dia sendiri tidak dapat membantu menyelamatkan mangsa kerana ombak begitu cepat menarik suaminya ke tengah laut.
“Saya tidak sangka niat kami untuk berkelah dan mandi di sini bertukar tragedi. Sebelum kejadian itu, suami bersungguh-sungguh mahu mandi di sini dan sekiranya saya tahu akan berlaku kejadian buruk ini, sudah tentu saya melarangnya.
“Namun, segalanya sudah berlaku dan saya hanya mampu reda dengan suratan Ilahi selain berdoa agar dia ditemui.
“Cuma, saya terkilan hajat suami untuk melihat anak sulung kami tidak kesampaian. Sebelum ini, suami tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama kami selepas empat bulan kami mendirikan tangga,”katanya yang kini sedang hamil dua bulan.
Amizah berkata, dia mengajak suaminya pulang ke kampung di Kampung Alur Tembesu, di sini, pada Isnin lalu, selepas menerima berita ayahnya sakit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, keadaan laut yang bergelora menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat mengambil langkah dengan kaedah pemantauan di sepanjang pantai.
Katanya, keadaan ombak besar dengan laut bergelora itu turut berbahaya untuk penggunaan bot termasuk aktiviti selaman bagi mengesan mangsa.
“Keadaan ombak setinggi dua meter menyebabkan usaha mengesan mangsa dengan menggunakan bot amat berbahaya kepada pasukan menyelamat,” katanya.

[GEMPAR]: Pengacara & Pelakon Neelofa, Ditangkap Khalwat?

Terkejut sungguh admin apabila mendapat tahu apabila pelakon dan pengacara Neelofa yang didakwa ditangkap khalwat malam kelmarin? Pelik pula cerita macam ni timbul, tuduhan sama pernah dilemparkan kepada Tasha Shilla beberapa bulan lalu.


Memetik laporan dari Kosmo, Pengurus pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor, Mohd. Amer Shafiq Khalip menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Amer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.


Dengan siapa dan dimana Neelofa kena tangkap masih belum diketahui. 

[TAKZIAH]: Bayi Maut Terjatuh Tingkat Empat


KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut akibat terjatuh dari tingkat empat blok perumahan polis Bukit Pelindung di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bayi malang terbabit, Muhammad Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan melonjakkan badan dan terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh.



Di tingkat empat blok perumahan polis Bukit Pelindung inilah bayi berusia tujuh bulan maut akibat terjatuh, petang 24 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan  bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurutnya, bapa mangsa dikatakan mendukung bayinya sambil membimbit bungkusan sampah untuk dibuang.

“Mangsa difahamkan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters itu,” katanya.



Friday, December 27, 2013

Johan As’ari & Lana Nordin Bakal Tunai Umrah Bersama?

Di tanya sejauh mana hubungan Lana dan Johan, mudah dan ringkas jawapan Lana. Mereka masih terlalu baru. Lana tidak memilih untuk bertemu jodoh dengan sesiapa asalkan lelaki tersebut beriman dan dapat membimbing dirinya menjadi muslimah yang lebih baik.


Lana dan Lisdawati merupakan kawan baik. Disaat Lisdawati ingin menunaikan umrah, Lana mohon didoakan agar bertemu dengan lelaki dan Jodoh yang baik. Dan dia bersyukur apabila diketemukan dengan Johan.


Malah Mac tahun hadapan Lana dan Lisdawati merancang untuk bersama sama menunaikan ibadah umrah, dan sekali ditemani Johan As’ari. Tambah Lana, sepanjang dia berkawan dengan Johan dia menerima banyak komen positif, bukan sahaja dari para peminatnya malah dari peminat Johan sendiri.



Penjelasan Hanez Suraya Tiru Gaya Fazura – Hanez Jadi Diri Sendiri?

Pelakon Hanez Suraya sedikit terkejut kerana baru-baru ini ada gosip tentang seorang artis baharu meniru gaya fesyen seorang artis senior termasuk warna rambut, hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bagaimanapun, dakwaan pelakon Hanez Suraya meniru fesyen selebriti lain, agak samar. Ini kerana kita boleh lihat ramai lagi orang lain yang berfesyen sedemikian – kemas, elegan dan ada kelas tersendiri.



Ketika ditanya soalan adakah Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abd. Aziz meniru fesyen selebriti lain, jawab wanita berusia 28 tahun ini dia terkejut dengan kenyataan seumpama itu.



Saya tidak tahu mengenai perkara ini serta tidak tahu ia ditujukan kepada siapa. Setakat ini saya rasa tidak meniru sesiapa pun. Saya memang menjadi diri saya sendiri. Untuk pengetahuan, saya seorang yang ringkas dalam berpakaian. Saya akan bergaya jika ingin menghadiri sebarang majlis atau acara. 

Mungkin orang yang berkata begitu (meniru fesyen) tidak mengenali saya sebetulnya. Mungkin juga selebriti tersebut ada mengatakan dakwaan tersebut kepada orang lain, dan orang ramai membuat spekulasi bahawa artis itu ialah saya

Tambahnya, spekulasi sebegini mampu membuat sesama manusia bergaduh atau lebih khusus sesama artis, walhal hakikatnya tiada masalah yang timbul antara mereka

Fizo Omar Tumbang 10 Ekor Lembu


PELAKON Fizo Omar tumbang 10 ekor lembu sempena majlis resepsinya di Kelantan pada Sabtu ini.

Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan di kampung halaman isterinya, Mawar Abdul Karim, di Pulau Pinang.


Memang penat tetapi berbaloi untuk melihat seluruh ahli keluarga kami berkumpul. Saya juga ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir adalah 7,000 orang

Untuk resepsi di ibu negara, Fizo dan Mawar bersetuju untuk mengadakannya pada 25 Januari depan di sebuah hotel terkenal.

Dalam pada itu, Fizo yang baharu pulang berbulan madu bersama isteri di Eropah memberitahu yang isterinya belum lagi ada tanda-tanda hamil.


Anak Izreen Azminda Dimasukkan Ke Hospital?

Izreen Azminda  sering tayangkan dengan foto-foto comel anak kepada para peminat. Boleh dikatakan setiap hari Izreen akan berkongsi keletah comel bayi yang diberi nama Muhammad Adrian Umar melalui laman Instagramnya.


Namun petang semalam, senyuman manja Adrian Umar tidak kelihatan sewaktu Izreen memuat naik foto anaknya itu yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan. Melalui gambar yang dikongsikan, Adrian Umar dipercayai mengalami sesak nafas dan kini sedang dirawat di sebuah hospital.


Diharapkan agar si kecil itu segera sembuh dan semoga tiada perkara serius yang berlaku kepadanya di masa akan datang.








Lisa Surihani Luah Gugup Berlakon Bersama Suami?

Pelakon popular Lisa Surihani memberitahu yang dia berasa gugup apabila berlakon bersama suaminya, Yusry Abdul Halim dalam filem terbarunya “Ular“.


Menurut Lisa, penggambaran filem “Ular” ini dibuat sebulan sebelum hari mereka disatukan sebagai suami isteri dan perasaannya sukar untuk digambarkan berlakon disamping insan tersayang dan adakalanya dia juga mengigil dan malu ketika bertentangan mata.

Pertama kali kami digandingkan saya punya perasaan malu terhadap Yusry yang sukar dibendung dan terus terang saya katakan saya mengigil apabila dalam satu babak itu memerlukan saya untuk memandang wajah dan mata Yusry 




Tambah Lisa lagi gandingannya bersama Yusry juga mengeratkan lagi hubungan cinta dan kasih sayang mereka. Macam romantik gitu.

Gandingan bersama dalam filem “Ular” ini adalah sebagai tempat untuk kami lebih mengenali hati budi masing-masing dan secara tak langsung hubungan kami lebih rapat dan sedikit sebanyak saya tahu bagaimana perangai Yusry yang tegas dan pendiam ketika di lokasi



Yusri pula memberitahu  beliau seronok berlakon filem “Ular” kerana ia sebuah filem aksi yang lain dari yang lain kerana ianya adalah filem aksi ‘creature feature’ yang pertama kali dihasilkan dalam industri perfileman tempatan.

Saya seronok berlakon filem ini kerana ia memberi suatu kelainan apabila menggambarkan bagaimana sifat semula jadi manusia ketika berdepan dengan situasi yang cukup mencabar ketika berdepan dengan ular yang dikenali sebagai binatang yang berbisa dan ganas 








[PANAS]: Kami Tak Halang Johan & Lana Bercinta – Kakak Johan As’ari

Memang pelik bin ajaib. Sebelum ini difahamkan, perpisahannya Johan dengan Lana Nordin adalah kerana tidak mendapat restu keluarga. Namun yang menjadi persoalannya adalah hari ini menerusi Berita Harian, kakak Johan iaitu Farah Alya As’ari memaklumkan yang keluarga mereka tidak menghalang percintaan adiknya dan Lana. Sebaliknya mereka menasihati Johan agar mengenali hati budi Lana terlebih dahulu sebelum berkahwin.



Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.

Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.

Buat masa sekarang, memang pening juga dibuatnya apabila keluarga Johan As'ari sendiri tampil buat pengakuan bahawa mereka tiada halangan. Namun, apa yang dikatakan oleh Johan amatlah bertentangan. Nampaknya terpaksa kita tunggu kenyataan balas dari Johan

Thursday, December 26, 2013

"Sekarang, Saya Dan Lana Hanya Kawan Biasa Sahaja" - Johan As'ari

Sebulan yang lalu, Johan beriya mengatakan yang Lana merupakan wanita yang didoakan bertemu jodoh denganya di depan kaabah ketika mengerjakan umrah. Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan biasa yang rapat dengan dirinya.


Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu

Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja

Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya

Dalam laporan sama, Johan As’ari turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dahagakan publisiti murahan dengan membuat tindakan mengejut sebegini.


[GAMBAR]: Rayqal, Anak Nora Danish Makin Comel Seperti Emaknya

Rayqal adalah anak Nora Danish dengan bekas suaminya Jejai. Ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Ke mana tak tumpahnya kecomelan kalau tak ke anak sendiri.


Admin tengok si Rayqal nie memang sebijik sebijan muka maknya. Putih melepak. Memang confirm besar nanti handsome dan menjadi pujaan ramai.











[GEMPAR]: Yana Samsudin Buat Pembedahan Muka?

SEBELUM ini kita jarang dengar gosip pelakon yang semakin diminati ramai, Yana Samsudin. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini Yana kelihatan lain daripada penampilan dahulu.


Terbaru, menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Istagram miliknya iaitu ketika menghadiri majlis Anugerah Skrin 2013 pada Jumaat lalu, ada yang mengatakan Yana seperti membuat pembedahan muka.

Pembedahan plastik sememangnya menjadi satu fenomena di kalangan pengiat seni di Korea Selatan. Hampir keseluruhan artis di sana melakukannya, namun di sini, perkara itu pastinya menjadi satu topik taboo di kalangan penggemar industri hiburan tempatan.


Bersambung cerita pasal Yana, kebanyakan peminat yang memberikan komen  mengatakan wajah Yana kini sudah tidak comel, tampak lain, pelik, berusia dan tidak seperti sebelumnya.






Ura-ura mengatakan pelakon cantik manis, Yana Samsudin yang dikatakan telah melakukan pembedahan plastik di bahagian hidungnya. Hidung Yana dikatakan menjadi tirus dan mancung berlainan seperti sebelum ini.


Namun Yana sempat mencelah di status berkenaan dengan mengatakan perubahan wajahnya itu disebabkan oleh teknik solekan yang digunakan.


“@ellwai. Takda apa pun yang perlu minta maaf.. Awak tak salah pun…Takda siapa yg salah kat sini…:)

“Sabar semua ya…Hal dah lepas…

“Cuma cara tuduhan sesetengah individu kat atas tu melampau…:) @ellwai diaorg tak pandai/tak tahu teknik make up kot

“Klu make up stage/mlm mmg kena tebal…,” komen Yana di gambar yang dimuat naiknya.

Janganlah cepat menuduh sesuatu perkara itu tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Tak gitu?

Fizo Omar Beli Baju Bayi

Walaupun perkahwinan mereka baru mencecah usia sebulan, namun Fizo nampaknya tidak berlengah membeli sehelai baju istimewa untuk bakal anak mereka nanti. Barangkali minat yang mendalam terhadap motor berkuasa tinggi telah mendorong Fizo untuk terus mendapatkan baju bayi berjenama Ducati sewaktu dia dan isterinya berbulan madu di benua Eropah


Tindakannya memuat naik baju bayi di laman sosialnya membuatkan ramai yang beranggapan, mereka bakal menimang cahaya mata.



"Saya tidak pasti sama ada isteri saya mengandung atau tidak, tetapi tujuan saya membeli baju bayi itu tempoh hari sekadar kenangan sahaja.

"Tidak salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua. Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel," katanya yang berharap anak sulungnya nanti adalah lelaki supaya dapat berkongsi minat yang sama dengannya kelak.

Dikecam Hebat Mengacara Aim-20, Kini Nabil Bakal Pengacara Majlis Anugerah Lagi?


Baru-baru ini Nabil Ahmad dikecam hebat oleh  penonton Anugerah Industri Muzik (AIM20), malah ada rakan artis menganggap dirinya tidak sesuai untuk mengendalikan acara yang mengangkat martabat industri muzik tanah air.



Pada majlis anugerah tersebut Nabil digandingkan bersama pengacara tersohor Datuk Aznil Nawawi. Namun kini sekali lagi Nabil bertanggungjawab untuk mengacarakan satu anugerah berprestij.


Buat julung kalinya, tiga selebriti popular iaitu Nabil, Neelofa dan Dato’ AC Mizal bakal digandingkan sebagai pengacara dalam majlis Anugerah Meletop ERA yang akan berlangsung pada bulan Februari depan.

Dalam sidang media yang diadakan di Beast, The Intermark, Lofa dan Nabil meluahkan rasa terujanya untuk mengacarakan majlis anugerah ini.

Saya begitu teruja dengan gandingan ini. Sekarang kami bertiga sedang mencari bahan dan saya akan pastikan saya mengacara anugerah ini lebih baik daripada majlis-majlis yang pernah saya acarakan sebelum ini

Semoga kali ini Nabil tampil lebih baik dan membuktikan beliau mampu menjadi pengacara untuk anugerah yang besar.

Foto Mesra Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bersama Anaknya Attar

AGAK lama juga kita tidak mendengar khabar pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang pernah panas seketika dengan kisah perkahwinan rahsia mereka.


Biarpun isu tersebut sudah reda, masih ramai yang mahu melihat dan mendengar perkembangan mereka terutama mengenai anak lelaki hasil pernikahan itu, Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan 24 Ogos lalu.

Atas permintaan peminat di laman Instagramnya, Wawa menerusi akaunnya memuatnaik gambar terbaru bayi itu sekitar Jumaat lalu.

"Budak kecik ni kan suka isap kaki dia.. nak adik ke? hahahha no… no.. blom masanya sayang,” ujar Wawa seolah mengusik suaminya. 


Gambar mesra Aeril mengendong Wawa, so sweet..

Penuntut Cedera Tersembam Ke Jalan Tar Diragut Penjenayah Berkereta, Kurang Ajar!

Kuala Terengganu –  Hasrat seorang pelajar kolej menduduki ujian percubaan akhir tahun terbantut apabila dia diragut sekumpulan lelaki ketika menunggang motosikal mengakibatkan dia mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Zafira Halwa Ibrahim, 20, yang menunggang motosikal Honda Dash dihimpit sebuah PERODUA ViVa berwarna kuning, mengakibatkan dia tersembam di atas jalan.

Tambah kapsyen
Akibat kemalangan itu, kepala pelajar Kolej Yayasan Terengganu berkenaan terhentak kuat di atas jalan tar menyebabkannya pengsan, sekali gus membolehkan suspek melarikan beg tangannya.
Zafira yang ditemui di Wad Pembedahan Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah ((HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar ketika diangkat ke dalam kereta penduduk kampung yang melihat dia terbaring di atas jalan.


“Kepala saya terasa amat sakit dan terkejut apabila seluruh muka dan badan saya bercalar akibat tergesel di atas jalan dan penduduk membawa saya ke Klinik Kesihatan Seberang Takir sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.



[TAHNIAH]: Debaran Linda Onn Menjelang Hari Pernikahan

Menjelang majlis pernikahan yang akan berlangsung pada 27 Disember ini, penyampai radio popular, Linda Onn sedang giat membuat persiapan termasuklah mengenakan inai sempena majlisnya nanti.


Linda yang akan menamatkan zaman bujangnya bersama seorang kerabat negeri Johor bakal melangsungkan majlis pernikahan di kampung halamannya di Johor Bahru. 
 

Biarpun belum mendedahkan identiti sebenar bakal suaminya, Media Hiburan Online sebelum ini ada mendedahkan wajah seorang individu bernama Ungku Azhar, berusia awal 40-an yang didakwa sebagai bakal suami Linda.

Wednesday, December 25, 2013

Johan As’ari Dapat Petanda Sebelum Kemalangan?

Johan As’ari kelmarin, dia telah ditimpa musibah apabila dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya ketika sedang menuju ke lokasi penggambaran. Johan berkongsi khabar kurang baik itu di akaun Instagramnya yang menunjukkan keretanya remuk di bahagian hadapan bumper. 


Pelakon yang sinonim dengan watak Botak ini menceritakan seakan mendapat petanda bahawa dia akan mengalami kemalangan pada hari itu, ketika sedang berhenti di sebuah stesen minyak di mana terdapat seorang kanak-kanak melintas di hadapannya dan menjerit perkataan ‘AMARAN’ kepadanya.



Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan yang dialami oleh Johan akibat kemalangan itu. Diharapkan Johan tidak mengalami kecederaan serius.

[GEMPAR]: Lapan Tahun Bercinta, Ekin Sahkan Putus Cinta Dengan Yazer?

Setelah lapan tahun menyulam cinta, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga, Ekin Rahman atau Ekin AF3 mendedahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Yazer sudah putus awal Disember lalu.


Kepada akhbar Kosmo! Ekin meluahkan yang dia masih berasa sedih dengan perpisahan tersebut. Namun dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya nyanyiannya dan menganggap 2014 sebagai tahun untuknya bangkit dan menyinar sama seperti rakan seangkatannya dalam AF3 seperti Mawi dan Marsha.

Ya. Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus. Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja

Semoga Ekin dan Yazer temui kebahagian disebalik perpisahan ini!

[GEMPAR]: Suami Naik Hantu Toreh Muka Isteri 18 Kali

Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.



Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.

Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.