Pages

Monday, January 27, 2014

Ratu Elizabeth Arah Putera Harry Cukur Jambang


London : Ratu Elizabeth II telah mengarahkan cucunya, Putera Harry supaya mencukur jambang kerana beliau mahu kerabat diraja kelihatan kemas ketika berada di istana. Harry yang mendapat arahan itu, berjanji untuk berbuat demikian namun hanya selepas teman wanitanya, Cressida Bonas melihat wajahnya yang berjambang itu.

Harry mula menyimpan jambang pada bulan Disember lalu ketika mengikuti ekspedisi amal ke Antartik. Namun apabila dia pulang ke istana menjelang krismas, sepupunya Zara menggelar Harry sebagai Putera Hairy.


Ratu Elizabeth tidak kisah jika kerabat diraja menyimpang jambang ketika mereka berkhidmat dalam tentera atau seperti Harry yang berada di Antartik, namun beliau menjangkakan mereka akan mencukur jambang apabila berada kembali di istana.

“Kakitangan diraja tidak dibenarkan menyimpan jambang atau misai dan Ratu Elizabeth merasakan adalah sukar untuk melaksanakan peraturan itu jika cucunya sendiri menyimpan jambang,’’ demikian lapor akhbar tempatan Britain.

Susulan itu Harry dijangka mencukur jambangnya tidak lama lagi.


Harry tidak mahu mengecewakan Ratu Elizabeth dan memandangkan Harry seorang yang sedikit keras kepala, maka dia tidak terus mencukurnya sebaik ditegur oleh neneknya itu,’’ kata akhbar-akhbar tersebut. 


No comments:

Post a Comment