Sedar tak sedar, putera sulong Fasha Sandha sudah berumur 6 bulan. Sungguh cepat masa berlalu. Kelihatan Fasha Sandha sudah mula memberikan 'solid food' kepada anakanda tercinta. Semoga Rayfal cepat membesar dan menjadi anak yang soleh. Tak lama lagi sudah boleh la berlari bersama abangnya, Rayqal. Fasha pun kelihatan sudah kurus sedikit. Mungkin sedang berusaha mendapatkan berat ideal seperti dahulu.
Saturday, November 9, 2013
[Panas]: Diana Danielle Dikecam Kerana Gambar Di Instagram.
Betul la kata orang, kalau dah namanya artis, segala pergerakan dan aktiviti mereka sentiasa diperhatikan peminat. Baru-baru ini, Diana Danielle telah mengupload gambar dirinya di laman Instagram. Ramai yang menghentam Diana Danielle gara-gara gambar tersebut. Boleh follow instagram beliau di sini http://instagram.com/p/gNqhxKCV4O/#. Mungkin Diana Danielle perlu tampil untuk memberikan penjelasan.
[Tahniah]: Majlis Pernikahan Dan Resepsi Intan Azura
Siapa yang tidak kenal dengan Intan Azura. Suatu ketika dahulu memang lakonannya menghiasi kaca TV di Malaysia. Lakonannya memang mantap dan disukai ramai. Beberapa hari lepas, telah berlangsungnya majlis pernikahan dan resepsi pelakon tersebut bersama jejaka pilihannya, Wan Mohd Rashdan Wan Yahya, yang merupakan seorang pengurus kilang telekomunikasi di Hulu Klang, Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
[Panas]: Proprapaganda Aeril Zafrel Terhadap Zubir
Kalau sebelum ini Aeril Zafrel ada menunjukkan bukti perbualan wechat antara wartawan Zubir dan Wawa Zainal. Dalam perbualan tersebut, kelihatan Zubir cuba beberapa kali untuk menemubual Wawa Zainal namun tidak dibalas. Dikatakan oleh kerana tiada balasan, Zubir dengan berani mendedahkan rahsia perkahwinan Aeril dan Wawa. Namun, beberapa hari kemudian, Zubir telah memuat naik 'screen-shot' sambungan perbualan tersebut.
Nampaknya, perbualan yang didedahkan oleh Aeril hanya separuh sahaja. Kata Zubir:
Buat peminat2 tegar & penyokong2 fanatik @aeril_zafrel &
@waw4_zainal ini sambungan text @ bukti wechat yang cuba dijadikan alat
propaganda mereka. Syabas! Renung kembali pribahasa ini: Kalau kail
panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga
yang sedang tidur nyenyak ???uat peminat2 tegar & penyokong2 fanatik @aeril_zafrel &
@waw4_zainal ini sambungan text @ bukti wechat yang cuba dijadikan alat
propaganda mereka. Syabas! Renung kembali pribahasa ini: Kalau kail
panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga
yang sedang tidur nyenyak ???
Nampaknya memang marah betul Zubir dengan tindakan Aeril sebelum ini.
Friday, November 8, 2013
Tahniah Marion Counter Di Atas Kelahiran Cahaya Mata Ke-2
Tahniah diucapkan kepada Marion Counter dan suaminya kerana telah menerima orang baru dalam keluarga mereka. Marion selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 November yang lepas. Permata hati kedua mereka diberikan nama Lana.
Alhamdulillah. Miss Leia Rose is now officially a big sister. We
welcomed her little sis into the world last night. What a blessing. :)
[Gambar]: Gambar Wanita Yang Dikaitkan Sebagai Skandal Wassap Adi Putra
Sebelum ini dikatakan bahawa Adi Putra mempunyai hubungan skandal melalui wassap bersama seorang wanita. Namun tidak diketahui siapa wanita tersebut. Kononnya gambar di bawah adalah wanita tersebut.
Wanita tersebut bernama Nooraida Abdul Mutalib, 30. Boleh tahan juga orangnya. Sememangnya ramai yang sudah melihat gambar-gambar beliau di laman instagram, Aidaannefasha. Namun diingatkan kepada jejaka diluar sana, simpanlah niat anda untuk mengurat kerana beliau sudah berkahwin.
[Gambar]: Comel Sungguh Gelagat Aeril Zafrel Bersama Anaknya, Attar
Mari kita lupakan sebentar kisah perang antara Zubir dan Aeril. Aeril ada berkongsi detik-detik manis bersama anaknya, Attar. Kelihatan Aeril sedang menemani anaknya bermain di dalam baby-cot. Sungguh comel sekali.
[Gosip]: Saya Bayar Tiket Penerbangan RM 25,000 Guna Duit Sendiri - Nora Danish
Baru-baru ini Nora Danish ada berkongsi gambar detik-detik percutian beliau dengan Nedim di London. Namun ada ura-ura yang mengatakan bahawa tiket penerbangan yang bernilai RM25,000 telah ditaja oleh Nedim. Besar juga jumlah RM25,000 itu, mesti Nora Danish membeli tiket bissness class. Namun, ND memberitahu tiket itu dibayar dengan menggunakan wang sendiri.
Malah, KOSMO telah menerima satu salinan harga tiket penerbangan ke London. Kemungkinan orang yang menunjukkan salinan tersebut adalah salah seorang pekerja syarikat penerbangan itu.
Saya kira pengirim itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa.
Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa.
Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya.
Apa sangatla nilai RM25,000 itu pada ND. Sedia maklum bahawa ND memang banyak peluang berlakon filem dan drama. Jadi tentunya tak perlulah kita bertanya-tanya dari mana datangnya duit beliau.
Thursday, November 7, 2013
[Video]: Lagi Video Memalukan Budak Zaman Sekarang
Selepas tersebarnya video bertajuk "Couple Seminggu", telah menjadi trend pula budak budak zaman sekarang meng'upload' video yang kurang elok disaksikan oleh masyarakat di Malaysia. Kalau di lihat pada video tersebut, nampak seperti pelajar sekolah. Diharapkan tiada lagi video seperti ini tersebar. Kalau dilihat oleh ibu bapa, tidak ke boleh mengundang kesedihan di hati mereka. Fikir-fikirlah bersama.
[Panas]: Aeril Zafrel Dedah SMS Zubir Kepada Isterinya, Wawa Zainal
Nampaknya perang antara Zubir dan Aeril Zafrel mengenai isu perkahwinnanya bersama Wawa Zainal belum berakhir. Kali ini Aeril Zafrel telah mendedahkan mesej yang diberikan Zubir kepada Wawa Zainal.
Screenshot mesej diatas turut ditulis dengan caption berikut:
Bila ajakannya tidak bersambut…?! ayat conty yg selalu dilontarkan
“abang boleh naik dan jatuhkan…”. Pandangan kalian? #matanbukti1
Tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Aeril. Jelas kelihatan mesej yang diberikan adalah sebelum pendedahan perkahwinan Aeril dan Wawa. Mungkin Zubir marah lalu membongkar rahsia tersebut kerana Wawa enggan berjumpa dengannya.
[Gambar]: Pre-Wed Rozita Che Wan
Bertuah sungguh Rozita Che Wan. Dikatakan beliau telah terbang ke Paris untuk mengambil gambar pre-perkahwinan nya. Gaun serba hitam yang dipakainya adalah dari Rizman Ruzaini. Ada ura-ura yang mengatakan mereka akan berkahwin pada 11.12.13, namun Zain, bakal suaminya telah menafikan hal tersebut. Tentu ramai peminat yang ternanti-nanti tarikh perkahwinan mereka.
Wednesday, November 6, 2013
[Gambar]: Bersemangat Sungguh Dato Siti Menyaksikan Bola Sepak Final Piala Malaysia
Tidak terlambat lagi untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Pahang kerana menjuarai piala Malaysia. Nampaknya penantian selama 21 tahun terbalas juga. penyanyi no 1 negara turut turun padang untuk menyokong pasukan kegemarannya. melihat daripada jersi yang dipakai, nampaknya Dato' Siti meyokong pasukan Pahang. Kebetulan beliau adalah anak kelahiran Pahang. Nampak bersemngat Dato Siti bersama suaminya. Tidak sangka artis yang begitu sibuk dengan kerja sanggup meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan.
[Gosip]: Hafiz Dan Adira Hanya Kawan Biasa
Baru baru ini tersebar sekeping gambar yang jelas menunjukkan kemesraan Adira dan Hafiz. Ramai yang beranggapan pasangan ini telah kembali menyemai cinta selepas hubungan cinta pernah pernah putus di tengah jalan beberapa tahun lalu.
Kalau diperhatikan, jelas menunjukkan kemesraan mereka. Namun, Hafiz telah tampil memberikan kenyataan:
"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu.
Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan. Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini.."
Nampaknya mereka hanya kawan biasa sahaja. Tapi kelihatan memang rapat betul Hafiz memeluk Adira. Tidak marah ke pasangan Adira ni ye?
[Gosip]: Komen Aeril Zafrel Tentang Gosip Perkahwinannya Dengan Ummi Nazeera
Ekoran tersebarnya gosip yang mengatakan Aeril Zafrel menjalinkan hubungan cinta dengan Ummi Nazeera, beliau telah pun menafikan dakwaan tersebut.
"Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.
Secara jujurnyanya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya."
"Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.
Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu dia membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami."
Nampaknya kedua-dua pihak pun sudah memberi penerangan. Tak perlulah perkara ini dipanjangkan. Moga kebahagiaan milik mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)