Pelakon jelita, Nur Fazura menyatakan isu 'tiru-meniru' yang
dibangkitkan bukanlah berpunca daripadannya, dan dia terkilan apabila
Hanez Suraya menuduh dia mengatakan pelakon itu yang meniru
penampilannya.
Saya tahu perkara ini pun daripada orang ramai. saya difahamkan ada
peminat Hanez yang menyamakan penampilan pelakon itu dengan saya. Mereka
kata, gaya Hanez seperti meniru saya. Namun, apa yang membuatkan saya terkilan cerita sebaliknya saya dengar
Hanez menuduh saya yang menuduhnya meniru penampilan saya. Peminat saya juga turut diheret dalam hal ini. Bila pula saya kata dia
tiru saya? Jangan kaitkan saya dengan pendapat umum
Pada masa sama, Fazura, 30, berkata, Hanez tidak wajar menuduh
peminatnya kerana di laman sosial Instagram bukan semuanya peminatnya.
Tak wajar dia menuduh peminat saya. Itu tidak benar. Di Instagram bukan
semuanya peminat. Ramai juga yang pemerhati dan pendengki.
Sementara itu, pelakon filem "Kami Histeria" ini enggan mengulas lanjut
berhubung isu kononnya dia menyekat Hanez di Instagramnya kerana
beranggapan perkara tersebut terlalu remeh.
No comments:
Post a Comment