Pages

Saturday, January 11, 2014

[TAHNIAH]: Khai AF1 Dan Rosma Sambut Kelahiran Anak Perempuan


Pasangan program realiti Akademi Fantasia musim pertama, Khairul Nizam Mohamad (Khai) dan Rosmayati Sidik (Rosma) selamat menyambut kelahiran anak kedua, kelmarin. Anak perempuan ini dilahirkan sekitar 5.56 petang dan mempunyai berat 2.85 kg.

Sebagai nota, anak pertama pasangan ini yang juga berjantina lelaki telah dilahirkan pada Tahun 2009. Gambar penuh selepas ini.




Akhir Zaman… Bapa Bersekedudukan Dengan Anak Gadis Sejak 2004


KOTA BHARU : Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

“Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.



Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.


Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.


Beruntung Sangat Zizan Razak Dapat Rasa Masakan Neelofa


Seperti kita sedia maklum Neelofa telah pergi menyambung pelajarannya di luar negara. Manakala Zizan pula bercuti dengan rakan-rakan artisnya yang lain termasuk Emma Maembong.

Baru-baru ini, pelakon cantik tersebut telah menerima kunjungan Zizan yang sedang bercuti di Los Angeles kerumahnya. Disambut dengan hati yang terbuka, Neelofa turut menjamu Zizan dengan masakan hasil daripada air tangannya sendiri.






Menerusi foto mereka berdua yang dimuatnaik oleh Zizan di akaun Instagramnya semalam, keduanya dilihat tidak kekok untuk meluangkan masa bersama.


Sorang asal Kelantan, sorang asal ganu.. tapi di Los Angeles kami bertemu.. sedapnya dia masak tadi thanks Lofaaa.” – dipetik dari caption foto Zizan.


SUBHANALLAH…Mayat Pelajar Lemas ‘Muncul’ Selepas Si Ibu Berdoa

SEMALAM saya pergi melihat kawasan di mana dua orang pelajar lemas di Teluk Bidara. Seorang meningal dan seorang lagi hilang di lautan.

Ada kisah menyayat hati yang diceritakan KJHEP kepada rakan saya. Ayah mangsa tidak datang kerana terlalu sedih…ibu arwah hanya tiba jam 4.30 pagi.


Di hadapan saya, ibu mangsa yang tabah berdoa di iringi air mata.


"Adikk..adik. Ibu sudah sampai di sini. Baliklah adik.ibu sudah sampai"

Tidak beberapa lama saya mendengar , pegawai JPAM dan bomba meniup wisel. Saya bergegas berlari ke arah pantai.

Ya Allah besarnya doa seorang ibu.

Arwah yang hilang di lautan sejak tengahari semalam “balik” apabila ibunya berdoa di situ.


(dipetik dari FB Dungun Ops Banjir)


[GAMBAR]: Lana Nordin Kongsikan Gambar Pakai Tudung


Lana Nordin yang sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Johan As’ari memberitahu meskipun beliau sudah putus cinta dengan Johan namun beliau akan tetap teruskan niat untuk berubah dan memakai tudung.


Sebelum ini ramai yang ragu-ragu dengan Lana dan menganggap beliau berubah hanya di sebabkan oleh Johan. Namun Lana telah berkongsi dua keping gambarnya bertudung di laman Instagram.


Ramai peminat memuji tindakan Lana itu malah tidak kurang juga yang memuji keayuan dan kecantikan beliau. Namun, di sebalik perkongsian dua keping gambar tersebut, Lana tidak ketinggalan untuk mempromosikan kepada peminat kedai yang memberi sponsor tudung kepadanya iaitu HND COLLECTIONS.


Friday, January 10, 2014

[PANAS]: Pelajar Ketagih Seks Dengan Mayat Dihukum Mati


Beijing : Seorang pelajar Universiti Jilin yang hanya dikenali sebagai Lee, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah membunuh dan memperkosa mayat dua mangsanya. Lee, pelajar senior universiti berkenaan mengaku sudah sekian lama teringin mengadakan seks dengan mayat. Menurut sumber, beberapa bulan lalu, selepas gagal banyak mata pelajaran dalam peperiksaan, dia melanggan seorang pelacur sebagai cara untuk menghilangkan tekanan.

Katanya, dia mengadakan seks dengan mangsa sebelum membunuh wanita berkenaan dengan menggantung pelacur itu keesokan harinya.


Lee kemudian membungkus mayat mangsa dan membawanya pulang ke kediamannya di Changping. Dia mengadakan seks dengan mayat itu sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian dan menanamnya di belakang rumah.

Beberapa minggu kemudian, dia melakukan jenayah serupa dengan seorang lagi pelacur. Mahkamah semalam mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Dia juga diarah membayar denda sebanyak 80,000 yuan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa. 


[PANAS]: Gambar Di Disko Tu Masa Umur Saya 16 Tahun – Ramona Zamzam





Peliklah mereka (peminat) ini. Kenapalah suka sangat ulang-ulang cerita 10 tahun lepas?

Luah pelakon seksi Ramona Zamzam dalam nada kesal berhubung gambar-gambar menjolok mata dan liar membabitkan dirinya di sebuah kelab malam yang tersebar di Internet, baru-baru ini.

Menurut Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 23, penyebaran gambar-gambar terbabit yang kembali menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat perkara yang mengecewakan dirinya secara peribadi.



Tolonglah, itu gambar lama yang diambil ketika saya berumur sekitar 16 tahun. Memang betul gambar berkenaan, tapi gosip itu pernah kecoh ketika awal pembabitan saya. Saya sudah pernah jelaskan gosip ini dulu. Tak sangka benda ini datang balik. Saya tak marah tapi kesal dan sedih sangat jadinya

Gambar memperlihatkan Ramona bersuka ria di dalam kelab malam itu kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminat di laman forum hiburan baru-baru ini sehingga mencetuskan kontroversi. Bagaimanapun, jelas Ramona, aksi itu dirakamkan ketika dia berumur belasan tahun dan bukan gambar baru yang tidak sepatutnya dibangkitkan semula.

Aktres filem Sepah The Movie ini berkata, sebagai selebriti dia sentiasa peka dan sensitif pada batasan dan tindak-tanduk seorang wanita Islam. Justeru itu, katanya, penyebaran gambar lama seumpama itu mengganggu dan tidak wajar berlaku kerana ia cerita lama.

Ketika itu, umur saya 16 tahun. Biasalah zaman remaja tentu ada kesilapan sana dan sini, tapi itu benda lama. Sejak jadi artis saya sangat peka pada tindak-tanduk saya. Saya sudah tak buat benda-benda macam itu lagi. Jadi kenapa nak dibangkitkan lagi 


Sambung Ramona, penyebaran gambar lama itu patut dihentikan dan tidak dimanipulasi pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi. 


Kejam! Seorang Ibu Sanggup Tanam Bayinya Hidup-Hidup Hasil Hubungan Sulitnya Dengan Seorang Lelaki



Astaghfirullah al-Azim, memang manusia jenis ni tak ada hati perut dan langsung tidak berperikemanusiaan. Haiwan pun tidak lakukan perkara sekejam ini terhadap anak mereka. Ini kan pula manusia. Semata-mata mahu menyembunyikan aib mereka yang sememangnya sudah tiada, mereka menambah pula dosa mereka dengan membunuh.


Seorang wanita bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya dilaporkan telah menanam seorang bayi hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.


tangisan dan rontaan bayi malang yang masih bertali pusat dalam plastik sampah itu tidak dihiraukan oleh wanita terbabit yang disyaki ibu mangsa. Perbuatan kejam itu dilakukan pasangan berusia 20-an terbabit sekitar jam 4 petang dan disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan serta terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang mereka bawa.


Pengawal yang curiga dengan kelakuan pasangan terbabit kemudian mengintai dari jauh dan mendapat pasangan itu menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.

Mereka kemudian meninggalkan kawasan tersebut apabila tangisan bayi tidak lagi kedengaran. Sebaik sahaja pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan, dengan mengorek kesan tanah baru digali, sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit.

Dia kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis. Sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri kemudiannya bergegas ke lokasi. Setelah tanah dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, yang dipercayai baru dilahirkan.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.

[Ekslusif]: Linda Onn Dedah Gambar Suami


Setelah hampir 3 minggu Linda Onn menjadi isteri kepada Ungku Azhar tanpa sebarang gambar di dedahkan beliau kepada media, akhir nya hari ini Linda kongsikan gambar nya dan suami di laman sosialnya. Kacak juga suami Linda Onn, memang tidak sama dengan gambar seorang lelaki yang didakwa bakal suaminya baru-baru ini.


Mengikut Linda di baru terima gambar tersebut dari officer Photographer, Linda melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember lalu majlis tersebut berlangsung di kampung halaman Linda di Johor Bharu. Tahniah sekali lagi untuk Linda dan suami semoga kekal bahagia hingga akhir hayat dan terus berjaya dalam kerjaya serta menjadi isteri yang terbaik.




Karl Shafek Isu Bergambar Dengan Anjing


Karl Shafek mencetuskan satu kontroversi apabila telah memuatnaik gambar dirinya bersama seekor anjing melalui akaun Instagram peribadi miliknya.


Gambar yang diambil ketika bercuti di Pantai Padang Padang, Bali Indonesia itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat yang nyata kebanyakannya tidak menyenangi tindakan Karl Shafek itu. 



Kebetulan ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi saya ambil keputusan untuk bergambar. Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar agak jauh dari anjing berkenaan.

Kark Shafek tidak melenting dengan isu yang timbul dan segera memberi penjelasan bahawa gambar tersebut dirakam atas sebab nalurinya yang menyukai haiwan, termasuklah anjing.


Tambahnya lagi, dia masih tahu menjaga batasannya sebagai seorang Muslim dan sedia maklum bahawa isu ini agak sensitif kepada umat Islam.


[GAMBAR]: Bila Engku Alessya Bertemu Rayqal


Tahun baru awal bulan ni rasanya bagus kita menjenguk kelibat anak Erra Fazira, Tengku Alessya kan. Dia memang cantik seperti emaknya juga dan mempunyai bakat yang mungkin akan di asah menjadi emaknya satu hari nanti. Baru-baru ni Alessya digandingkan dengan anak Nora Danish, Rayqal untuk satu show.





[PANAS]: Nedim Belum Ada Perbincangan Untuk Kahwini Nora


RATA-RATA peminat pelakon Nora Danish mengetahui aktres itu sering bersama seorang jejaka Mohamad Nedim Mohd Nazri melalui paparan gambar di laman sosial miliknya.Susulan itu, khabar angin mengenai pelakon kecil molek itu yang sedang membuat persediaan untuk berkahwin dengan Nedim telah  dinafikan pada tahun lalu.

Terbaru, jejaka berusia, 31 tahun yang sering dikaitkan dengan Nora turut menafikan akan melamar aktres jelita itu pada tahun ini. Memetik dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini, Nedim mengakui Nora adalah orang yang paling rapat dalam hidupnya ketika ini namun masih belum membuat perbincangan mengenai perkahwinan itu.


Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.

Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini

Dalam pada itu, Nedim juga berkata perkara mengenai perkahwinan itu diserahkan kepada ALLAH dan jika ianya berlaku akan dikongsikan kepada umum.

Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan ALLAH, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak dapat dielak. Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang


[Tahniah]: Irma Hasmie Bakal Timang Anak Kedua


Pengacara, Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira ini dikongsi oleh Redza Syah Azmeer menerusi gambar di Instagram yang memaparkan gambar bayi yang telah 'discan’.

“Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!

“Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH... Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT... Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,”
tulisnya di instagram.
 
Pasangan ini dikurniakan anak sulung pada 29 Mac tahun lalu yang diberi nama Redza Syah Irfhan Shah Redza.


[GAMBAR]: Sekitar Majlis Cukur Jambul Anak Yasmin Hani


Minggu lalu telah berlangsungnya majlis cukur jambul anak Yasmin Hani dan Sha’arin Rahmat iaitu Noah Ismail Wong. Majlis ini dihadiri rakan artis terdekat dan diadakan di kampung halaman-nya. Antara teks yang ditulisnya berbunyi

Mummy gagahkan diri utk cukur kepala prince mummy ni.. Thanks daddy for holding him n thx #noahismailwong for being such a good boy today.. Mummy loves u!! #noahsaqiqah #cukurjambul

  









Thursday, January 9, 2014

‘Dah Tak Boleh Tukar’

Kuala Terengganu: “Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna,” kata Lianti (bukan nama sebenar).

Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.



Selain itu dia mengakui mahu menjadi ‘wanita’ cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah. Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.


SUSUK paku bersadur emas yang dimasukkan di pipi.
“Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya,” katanya kepada Harian Metro.

AZMAN menunjukkan berlian yang digunakan pemakai susuk.

[PANAS]: Neelofa Kemukakan Bukti, Sangkal Dakwaan Ditangkap Khalwat Dengan Vvip?


Sebelum ini kita dikejutkan dengan pelakon dan pengacara popular, Neelofa ditangkap khalwat kononnya dengan seorang VVIP. Neelofa terpaksa menjawab persoalan ramai pihak tentang isu tangkapan khalwat yang tidak wujud dek kerana ramai yang tidak percaya.



Agaknya tidak mahu reputasinya rosak, Neelofa memuatnaik gambar resit penerbangannya ke Los Angeles melalui Instagramnya sebagai bukti yang tercatat tarikh pada hari kononnya beliau dituduh berkhalwat.  Neelofa turut membuat sedikit penerangan kepada mereka yang terus menerus memfitnahnya:-


Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy “LARI” selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yg memang mengikuti perjalanan kerjaya sy, cerita tentang sy mengambil short course in acting di New York Film Academy – LA campus dah mula keluar dari bulan October.


Baru 15 Hari Berkahwin, Aril Berjauhan Dengan Isteri


Sedih juga hati bila baru sahaja bergelar raja sehari, dengan sekejap sahaja terpaksa berpisah dengan isteri tercinta. Namun oleh kerana tuntutan kerja, terpaksa juga Aril AF membenarkan isterinya terbang di awan biru. Aril AF7 terpaksa berjauhan dengan isterinya Puteri Erma Edlinda selepas 15 hari berkahwin kerana tugas isterinya.







To KLIA ️ bye Malaysia! Bye husband! Gonna miss you so bad

Bye Malaysia till we meet again next time! Kami isteri2 yg terpaksa tinggalkan suami demi tugas. 

   
Bak kata tak orang, tak habis lagi bermanja-manja, terpaksa ditinggalkan. Erma yang juga merupakan seorang pramugari bagi syarikat penerbangan Saudia Airlines terpaksa kembali semula bekerja dan menetap buat sementara waktu di Jeddah. Namun perpisahan ini bukanlah selamanya kerana Aril dan Erma telah berbincang dan isterinya akan kembali menetap di Malaysia tidak lama lagi. Di bawah ialah quote kata-kata Erma sebelum kembali bertugas sebagai seorang pramugari.



Datuk Adik Siti Khatijah Kesal Isu Keluarga Diputar Belit


Datuk kepada murid miskin, Nur Khatijah Abdullah, 7, iaitu Mohd Rodzi Ariffin, 61, terkilan apabila kenyataannya mengenai nasib mereka sekeluarga diputar-belit melalui beberapa laporan media dan khabar angin di media sosial. Menurutnya, disebabkan laporan yang tidak tepat itu, pihaknya disoal siasat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kebenaran kisahnya yang diceritakan kepada media (bukan Sinar Harian) sebelum ini.

JKM banyak kali telefon saya bertanya betul ke tak dapat Perkeso atau pencen? Apa yang saya dapat jika menipu? Lihat saja rumah saya yang serba kekurangan ni



Kisah Nur Khatijah tersebar di laman sosial selepas datuknya membawa bunjut wang syiling berjumlah RM64 untuk membayar yuran sekolah cucunya itu. Jumlah itu bagaimanapun tidak mencukupi dan terpaksa ditambah atas belas ihsan guru-guru pada hari pertama sesi persekolahan. Rodzi yang lebih mesra dipanggil Pak Long akui sudah tidak terdaya lagi melakukan sebarang kerja berat sejak berhenti menjadi pemandu bas mini pada tahun 1995 selepas perkhidmatan bas itu dihentikan.

Ada juga saya ambil upah tempahan buat hulu parang, tetapi tempahan itu bermusim, bukan setiap hari ada yang mahu buat. Duit RM64 itu Tijah sudah kumpulkan sejak tadika lagi. Katanya mahu guna untuk bayar yuran sekolah   

Pak Long yang juga mengidap sakit lutut bertanggungjawab menjaga Nur Khatijah sepeninggalan isterinya, Shamsiah Yusoff, 55, yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang berdekatan. Nur Khatijah yang mesra disapa Tijah seorang kanak-kanak yang mudah mesra, malah ketika dikunjungi Sinar Harian semalam, dia tidak segan untuk duduk dipangku penulis.   

Bila besar nanti, Tijah nak jadi doktor, boleh ubatkan Tok Wan dengan mak (panggilan nenek). Nanti Tijah nak kumpul duit banyak-banyak, nak beli laptop

Menurut Nur Khatijah, jiran tetangga ramai yang gemar beri wang syiling kepadanya dan wang syiling itu akan diasingkan mengikut nilai dalam tabung berasingan. 

Hari-hari Tijah tidur dengan mak, mak yang jaga Tijah. Tijah sayang mak

Nur Khatijah obses dengan penyanyi seberang Tegar dan menjadikan penyanyi itu sebagai idolanya, malah setiap hari bait lagu 'Aku Yang Dulu Bukan Sekarang' sering bermain di bibirnya. Nenek Nur Khatijah yang mesra dipanggil Mak Long nekad mahu menjaga cucu tunggalnya hingga akhir hayat walaupun keluarganya dihimpit kemiskinan. 

Sejak mak Tijah meninggal masa umur dia dua tahun tiga bulan, Mak Longlah yang menjaga. Dia meninggal kerana sakit barah paru-paru. Selama ni, Mak Long rahsiakan saja beban kami kerana tak mahu susahkan orang lain. Kami ada mohon JKM bermula tahun lalu bantuan untuk Tijah, dapatlah sebulan RM100

Mak Long yang bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM900 sebulan untuk membeli barang keperluan harian dan wang itu yang digunakan untuk perbelanjaan mereka sekeluarga memandangkan suaminya tidak mampu bekerja lagi. 

Berapa sangatlah jumlah gaji tu kalau nak bandingkan belanja sekarang yang tinggi. Mujur ustazah Tijah, selalu hulurkan wang dan beli apa yang patut

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam atas nama Mohd Rodzi Ariffin 12-12202-023994-9 atau akaun Maybank neneknya atas nama Shamsiah Yusoff 1121-8316-7327.



[GOSIP]: Raja Azmi Nafi Mempersendakan Islam?


Produser filem terkenal, Raja Azmi menafikan dakwaan yang mengatakan dia menganggap upacara bacaan doa dalam majlis anjurannya baru-baru ini tidak penting.

Saya betul-betul kecil hati dan terkilan dengan tuduhan macam itu. Sampai hati mereka tuduh tanpa usul periksa. Takkanlah Kak Mi nak cakap macam itu? Kak Mi sangat kesal dengan fitnah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan benda tak betul. Tapi yang lebih saya kecewa apabila akhbar terbabit sewenang-wenangnya mengeluarkan artikel tanpa bertanyakan kesahihannya dulu




Pada masa sama, produser berusia 54 tahun itu turut menafikan mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran bahawa bacaan doa wajar dilakukan di surau atau masjid saja dan bukan pada majlis hiburan.

Lain saya cakap lain pula ditulis. Itu yang buat saya geram. Saya cakap dalam majlis itu, bacaan doa tak perlu dibuat lagi sebab saya sudah buat doa selamat terlebih awal di rumah sebelum majlis. Kenapa pula fitnah saya cakap doa selamat hanya sesuai di masjid atau surau saja. Bukankah sudah bercanggah kenyataan itu? Saya ada rakaman video pada majlis itu untuk buktikan apa yang saya cakapkan.


Sementara itu, Raja Azmi meminta agar akhbar berkenaan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang artikel berunsur kontroversi.