Selepas putus tunang pertengahan tahun lalu, penyanyi popular Jaclyn Victor dikhabarkan sudah menemui pengganti baru. Walaubagaimanapun, pelantun lagu "Ikut Rentakku" enggan mendedahkan
identiti jejaka itu dan memberitahu hubungan mereka masih lagi dalam
fasa awal perkenalan.
Bukan pengganti tetapi lebih kepada teman rapat. Ya, saya sekarang
sedang mengenali seorang jejaka dan kami masih dalam fasa awal kerana
baru setahun berkenalan. Cuma beberapa bulan lepas kami menjadi lebih serius. Bagi saya, lebih
baik saya tidak mencari kerana selalunya akan bertemu dengan orang yang
salah
Walaupun pernah mempunyai pengalaman bercinta selama 10 tahun tetapi
hubungan tersebut putus di tengah jalan, Jac atau nama sebenarnya Jaclyn
Joshua Thanaraj Victor ini memberitahu dia tidak serik bercinta, malah
ingin segera berkahwin jika bertemu jodoh.
Saya tidak menyesal dan tidak serik pun. Malah saya masih tidak
berputus asa untuk mencari lelaki terbaik untuk diri saya. Cuma saya
enggan pisang berbuah dua kali. Sekiranya dia yang sekarang ini jodoh terbaik buat saya, saya enggan memanjangkan cerita dan terus berkahwin
Sebelum ini Jac, 35, pernah bertunang dengan seorang jejaka berbangsa
Inggeris dikenali sebagai Chris Bellamy tetapi hubungan tersebut putus
di tengah jalan.
No comments:
Post a Comment