Pages

Sunday, January 26, 2014

Luahan Hati Nenek – Cucunya Kanak-Kanak 2 Tahun Dibunuh Di Dungun




Semalam kita dikejutkan dengan pembunuhan kejam kanak-kanak berusia 2 tahun yang ditemui mati di sebuah rumah kosong di Paka, Dungun. Nenek kepada mangsa, Semek Hitam, 58, memberitahu beliau mengetahui mengenai kematian cucunya menerusi televisyen malam kelmarin sebelum disahkan seorang ahli keluarganya.


“Sebagaimana zalimnya cucu saya dibunuh, saya mahu orang yang melakukannya menerima hukuman setimpal,” kata Semek Hitam, 58, nenek kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Paka Fasa Dua, Paka dekat sini, kelmarin.


Lebih membuatkannya pilu, Semek berkata, dia menjaga cucu sulungnya yang dikenali sebagai Nursyafiqah itu sejak mangsa dilahirkan di rumahnya di Kampung Tebing Tembah, di sini.

“Kali terakhir saya bertemu cucu September tahun lalu sebelum dia dan ibunya berpindah ke belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Paka atas alasan ingin berdikari.

“Saya cuba menghalangnya (anak), tetapi dia tetap berkeras dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Terbaru, menerusi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata polis yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat berikutan penahanan tiga suspek selain ibu mangsa, semalam.


No comments:

Post a Comment