Pages

Saturday, March 15, 2014

Pelakon Lagak Ngeri "Marco Polo" Antara Penumpang MH370


Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company yang berkata, "Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini," ujar Netflix dan The Weinstein Company.



Ju Kun, seorang pakar seni pertahanan diri veteran dan merupakan pembantu koreografer pernah menjadi pelakon lagak ngeri untuk watak Jet Li untuk filem seperti "Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom".

Pelakon berusia 35 tahun ini telah berada di Malaysia untuk siri "Marco Polo" yang dihasilkan oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan. "Marco Polo" dijangka memulakan produksi dalam tempoh tiga minggu lagi.

Ju Kun dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

"Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.

"Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka," ujar Fusco.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah hilang daripada radar sekitar jam 1.30 pagi Sabtu lalu. Usaha mencari 227 penumpang dan 12 anak kapal masih lagi diteruskan dengan bantuan beberapa buah negara lain.


Biarkan Orang Gaji Mati Kebuluran, Suami Isteri Digantung Sampai Mati!


SHAH ALAM : Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah.

Hakim, Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.


Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen,56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90,Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.


Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.

“Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.

“Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukumangantung sampai mati,” katanya.
Fong dan Teoh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai 2012, pendakwaan memanggil 16 saksi sementara pembelaan mengemukakan enam saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.


Akhbar sebelum ini melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.


Friday, March 14, 2014

[GEMPAR]: Jep Sepah Akui Belum Bertunang


Pelawak popular, Jep Sepahtu menyangkal gosip yang mendakwa kononnya dia sudah mengikat tali pertunangan.

Perkara itu langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong. Terkejut juga apabila mendapat tahu berita pertunangan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri




Sebelum ini sebuah akhbar mingguan telah melaporkan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin telah bertunang pada Januari lalu dengan seorang wanita sekampung dengannya.

Dalam pada itu, Jep berkata, dia kini enggan menjawab mana-mana panggilan daripada media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung gosip mengatakan dia sudah bertunang buat sementara waktu.

Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya sebelum keluarkan berita tersebut. Kenapa selepas keluar berita tidak sahih barulah semua nak hubungi saya? Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk memberi penjelasan

Sementara itu, Jep tidak meluahkan rasa kesal atau kecewa dengan penyebaran gosip tersebut dan berfikiran positif dan menyifatkan gosip tersebut sebagai doa untuknya bertemu pasangan hidup.


[GEMPAR]: Nota Terakhir Bunuh Diri, “Cari Mayat Saya Dekat Kedai Makanan Segera”

Kota Kinabalu : “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.”

Itulah nota pesanan dihantar seorang lelaki melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak dan adik beradiknya sebelum membunuh diri, malam kelmarin.


Mayat mangsa Zulkifli Tinggal, 44, dari Kampung Contoh Suang Parai Menggatal, dekat sini, ditemui mati tergantung di sebatang pokok oleh seorang saudaranya Reedy Ruzel, 23, jam 9 malam, sebelum menghubungi polis.



Difahamkan, tangan kiri mangsa turut ada kesan kelar dipercayai sebelum membunuh diri Zulkifli terlebih dulu mengelar tangannya menggunakan benda tajam sebelum menggantungkan diri. Menurut Reedy, sebelum kejadian, mangsa (Zulkifli) ada menemuinya dan memaklumkan hendak keluar jam 6 petang.

“Ketika hendak keluar, Zulkifli meminta maaf jika ada melakukan kesalahan dan jika hendak menemuinya…Zulkifli memberitahu supaya mencarinya di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.

“Pada jam 7.30 malam, Zulkifli menghantar SMS kepada saya dan ahli keluarga lain mengatakan “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.


“Kami ingatkan Zulkifli bergurau dan tidak mengambil berat dengan SMS dihantarnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.


Thursday, March 13, 2014

Penjelasan Harga Hidangan Ikan Patin Bernilai RM1,415



Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.

“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.




Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.
“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut.

 

MH370 – Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’ Cari Pesawat Hilang?


Bomoh Ibrahim Mat Zin mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang.


Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP  dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib. Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.

“Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas,” katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi. Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. Video 25 saat sesi kedua ritual Ibrahim telah tersebar. 


Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP  dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib. Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.
“Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas,” katanya kepada pemberita.
Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi. Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya.
Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.
Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. Video 25 saat sesi kedua ritual Ibrahim telah tersebar. -mStar-
- See more at: http://sensasimalaysia.com/mh370-bomoh-guna-permaidani-ajaib-cari-pesawat-hilang/#sthash.Kfwtp0Ih.dpuf


Wawa Zainal - MIG Lepas Cara Baik, Suami Urus Kerjaya




Kontroversi yang mengaitkan Wawa Zainal dan Metrowealth International Group (MIG) nampaknya sudah selesai apabila aktres jelita itu khabarnya sudah keluar daripada syarikat pengurusan tersebut secara rasmi sekitar Disember tahun lalu.

Jelas Wawa, walaupun tidak berbincang empat mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mengenai hal itu namun mereka ada berhubung melalui surat, dan pihak MIG telah sedia maklum tentang pengundurannya.

            

Saya ada menghantar surat mengatakan saya ingin keluar daripada MIG dan mereka juga melepaskan saya dengan cara baik. Secara hitam putih, saya sudah tidak bersama MIG sejak beberapa bulan lepas dan aktiviti seni saya bakal diuruskan oleh suami. Saya anggap perkara ini sudah selesai

Saya ingin memberi fokus pada anak dulu. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang lebih tenang disamping anak dan suami yang penyayang. Saya sangat bahagia

Wawa Zainal hanya mahu berehat seketika dari dunia lakonan sehingga anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar mencecah usia tujuh bulan.


Sari Yanti Failkan Penceraian?


RAMAI yang tertanya-tanya tentang status perkahwinan pelakon Sari Yanti. Ada yang beritahu Sari Yanti sudah bercerai dengan suaminya dan ada yang kata belum lagi.



Perkara ini menjadi bualan ramai peminat sejak beberapa minggu lalu namun masih tidak dapat dipastikan kesahihahnya dan SM sendiri sehingga hari ini tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak.

Sinar Harian telah memetik ‘khabar angin’ yang mula disampaikan di forum tersebut yang mengatakan pelakon Sari Yanti telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban pada hujung bulan lalu — menurut sumber.

Sari Yanti dan suaminya, Eddy membina mahligai perkahwinan sejak 17 Januari 2009. Hasil perkahwinannya itu, Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Setakat ini masih belum mendapat sebarang kenyataan daripada Sari Yanti kerana beliau kini sedang berada Capetown, Afrika Selatan atas urusan kerja.


Hanez Suraya ‘Ditegur’ Imam Muda Hassan?


Nampaknya kontroversi yang menimpa Hanez Suraya mendapat perhatian luas rakyat Malaysia. Sebelum ini Chef Wan pernah menyelar Hanez sebagai ‘betina gatal’. Terkini juara program Imam Muda 2, Imam Muda Hassan, turut dilihat mengeluarkan status di Facebooknya yang seolah-olah menegur perbuatan Hanez dan Romie yang pergi bercuti di Bangkok. Walaupun tidak menyebut secara nyata nama pelakon tersebut, memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya dengan kata-kata Imam Muda Hassan.



Memetik status Facebook Imam Muda Hassan:-

Bercuti Dengan Bukan Mahram?
Lagi-lagi kisah percutian ‘pasangan’ yang belum mempunyai ikatan yang sah.
Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu ‘excuse’ untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi Halal.
Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga, lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram.
Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja…lepas tu nak bawak naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.
Jangan cuba menghalalkan yang haram!


Cuba bernas kata-kata Imam Muda Hassan itu yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Selain itu, Imam Muda Asyraf juga sebelum ini sempat membuat memberi komentar kelakar mengenai isu ini di Twitternya yang bertulis “Press Conference ptg ni bersama Hanez Suraya dll.. Isteri sy pesan.. “Abg jaga mata”.. Hehe“.


Wednesday, March 12, 2014

[PANAS]: Oh! Media Bakal Disaman Kerana Kereta Hello Kitty?


Oh! Media boleh dikatakan antara media sosial yang amat berpengaruh di Malaysia apabila Facebook mereka sahaja sudah mencecah lebih 1.7 juta likes. Justeru apa yang dipos di akaun Facebook tersebut dianggap mempunyai pengaruh yang tinggi dan bakal tersebar dalam masa singkat.

Apabila hujung bulan lalu Oh! Media memuatnaik satu gambar kereta yang dihias sepenuhnya dengan aksesori Hello Kitty, rupa-rupanya ia mendatangkan kemarahan kepada pihak tertentu.

Kereta terbabit sebenarnya menyertai satu pertunjukan kereta bertemakan Hello Kitty namun kapsyen yang disertakan bersama gambar di laman Oh! Media dianggap telah mempersendakan pemilik kereta dan penganjur pertunjukan terbabit.


Susulan itu, Timbalan Presiden Malaysian Autoshow, Noor Azharuddin Mohd Haron, 36, telah membuat satu laporan polis untuk memohon tindakan sewajarnya ke atas pihak Oh! Media.



Mungkin hal ini sebenarnya masih boleh dibawa berbincang namun pengajaran daripadanya adalah; berhati-hati apabila berkongsi sesuatu di alam siber kerana kita mungkin mengguris hati pihak tertentu tanpa disengajakan.


Aishwarya Rai Tunggu Anak Di Sekolah


BEKAS Ratu Cantik Dunia 1994, Aishwarya Rai memanglah seorang ibu yang sangat penyayang. Buktinya, isteri kepada aktor Abhishek Bachchan itu sentiasa menemani puteri tunggalnya, Aaradhya Bachchan di sekolahnya.

Satu sumber yang rapat dengan keluarga Bachchan memberitahu, Aishwarya tetap berkeras hendak dekat dengan anaknya itu walaupun di sekolah.


Aaradhya adalah seorang kanak-kanak yang suka berkawan. Dia senang dengan persekitaran di sekolah. Dia juga jenis yang sangat cepat berkawan dengan kanak-kanak lain

Meskipun menunggu di kawasan sekolah, Aishwarya tidak pula berkumpul dengan ibu-ibu yang lain. Sebaliknya, heroin Hum Dil De Chuke Sanam itu berdiri di salah satu sudut dan kemudiannya pergi dalam diam-diam tanpa disedari sesiapa.


Raja Bomoh Guna Bubu, Teropong Kesan MH370?


Ramai pihak yang prihatin dengan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 baru-baru ini. Di sebalik kesediaan tersebut, banyak pihak yang mahu membantu membongkar misteri kehilangan MH370, salah satunya adalah “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.


Menggunakan ‘bubu mata pancing’ dan ‘teropong kuning mati beragan’, aksi Ibrahim mendapat perhatian ramai apabila dia melakukan demonstrasi menggunakan dua objek tersebut untuk mencari kedudukan pesawat di KLIA.


Dakwa Ibrahim, dua alatan tersebut sudah digunakan untuk membongkar lima misteri negara sebelum ini termasuk mencari mayat tragedi Highland Towers, melemahkan ilmu hitam Mona Fandey ketika perbicaraan kes pembunuhan seorang ahli politik dan mengesan mangsa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak.

[PANAS]: 'Juruterbang Bunuh Diri' - Utusan Malaysia Siar Spekulasi Melampau Tragedi Kehilangan MH370


Tragedi kehilangan MH370 menggemparkan seluruh dunia. Ramai pihak yang melahirkan rasa simpati dan merasa sedih dengan apa yang berlaku. Apatah lagi keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) berkenaan.


Oleh itu, semua pihak termasuk media disarankan agar tidak mereka atau membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini. Namun apa yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan ini memang seperti sengaja mencari pasal.


Memetik sumber berita, akhbar Utusan Malaysia membangkitkan kemarahan orang ramai di media sosial  apabila menyiarkan senarai kemungkinan penyebab tragedi kehilangan pesawat MH370. Ini kerana salah satu dari kemungkinan yang dicatatkan ialah ‘juruterbang membunuh diri’. Senarai kemungkinan yang disiarkan tanpa merujuk mana-mana sumber itu disifatkan sebagai spekulasi liar dan tidak sensitif kepada keluarga juruterbang.


Tindakan akhbar ini ternyata seperti langsung tidak mengambil kira perasaan keluarga juruterbang berkenaan. Walaupun disenaraikan sebagai kemungkinan, namun ia sudah tentu memberi gambaran buruk kepada beliau dan keluarganya. Pastinya sesiapa sahaja boleh bersedih jika ahli keluarga kita dituduh sebegitu.

Memetik sumber, salah seorang ahli keluarga juruterbang berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan perkara ini. Beliau begitu terkilan dengan tuduhan sedemikian.


Semoga semua pihak peka dengan setiap artikel yang disiarkan. Ini bukan sahaja menganggu emosi keluarga mangsa bahkan boleh menimbulkan salah faham dan kekecohan.


[PANAS]: Sempat Meloloskan Diri, Nora Danish Sambut Hari Jadi Di Kelab Haram?


Program 999 yang bersiaran di tv3 baru-baru ini menyiarkan satu kisah serbuan pihak berkuasa yang dilakukan ke atas sebuah premis hiburan tidak berlesen di Bandar Utama, Selangor.

Menurut sumber sebuah portal hiburan, wartawan 999 yang mengikuti pihak berkuasa tempatan ketika itu mendakwa ada seorang selebriti tempatan yang turut sama hadir ke pusat hiburan itu dipercayai untuk menyambut ulangtahun kelahiran beliau bersama rakan-rakan.





Wartawan tersebut menunjukkan beberapa keping kad jemputan ke majlis artis tersebut yang menyerupai kad jemputan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish baru baru ini.


Menurut laporan itu juga, selebriti yang didakwa menyewa bilik khas bernilai RM5,000 itu sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa tiba dan tidak tahu sejauh mana benarnya — atau majlis sambutan beliau sudah tamat sebelum pihak berkuasa tiba.





Tuesday, March 11, 2014

Bukan Tak Laku, Jihan Serah Pada Takdir



BIARPUN usianya tahun telah mencecah 31 tahun, pelakon dan pelawak Jihan tidak pernah meletakkan sasaran umur untuk mengakhiri zaman bujangnya walaupun mengakui mempunyai teman istimewa iaitu peserta program Pilih Kasih musim kedua, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 29.

Jihan yang juga merupakan anggota kumpulan S.Y.J ini juga memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan hal itu dan hanya akan berserah pada takdir.





Sebenarnya kami sudah berkawan sejak dari sekolah lagi dan hubungan ini sekarang jadi lebih rapat. Tapi buat masa ini perancangan untuk berkahwin belum ada lagi. Memang sengaja tidak mahu rancang sebab semuanya belum pasti.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, jadi biarlah ia berlaku dengan sendirinya

Ditanya bagaimana reaksi keluarganya mengenai perkara ini, Jihan memberitahu dia bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang amat memahami dirinya.

Alhamdulillah, keluarga saya terutamanya ibu tidak kisah dengan perkara ini. Mereka sentiasa beri dorongan kepada saya. Lagi pun, perkara seperti ini tidak boleh paksa-paksa



Kemalangan Kali Ketiga, Ainan Tasneem Bengang Disuruh Mandi Bunga


Penyanyi Ainan Tasneem dikhabarkan sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini. Kejadian dikatakan berlaku di jalan menuju kolej kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Wang Ulu, Sungai Batu Pahat, Perlis.


Susulan itu gambar beberapa kenderaan termasuk kereta perodua MyVi terbalik yang dikatakan milik Ainan Tasneem mula beredar di laman siber.

]
Sekiranya benar berita ini, ia merupakan kemalangan kali ketiga membabitkan pelantun lagu Aku Suka Dia yang juga penuntut UniMAP ini. Pada 19 Februari lalu, Ainan mengalami cedera ringan selepas kereta dinaikinya bersama tiga rakan terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, Kangar kira-kira jam 9.30 malam.

Kereta yang dipandu kawan Ainan dikatakan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.



Manakala pada Julai tahun lalu, kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).


Sewaktu kemalangan, Ainan dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan apabila secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.


Bagaimanapun dek kerana terlalu sering ditimpa kemalangan, berita berkaitan disambut pelbagai reaksi oleh pengikut Twitter Ainan hingga ada yang mengguris hatinya.

Antaranya komen menyuruh Ainan mandi bunga, menyatakan dia mabuk ketika memandu, dapat lesen terbang, tak pandai bawa kereta dan membawa badi kemalangan. Justeru, Ainan meluahkan perasaan hatinya dengan menegur pemberi komen-komen negatif agar lebih sensitif di samping membetulkan kenyataan yang tidak betul.










Kepada Ainan, bawa bersabar ok. Jangan dilayan komen-komen negatif. Yang penting, Ainan dan rakan-rakan selamat. Apa pun jangan lupa lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini tidak kiralah siapa pun yang memandu.. – 


Monday, March 10, 2014

#MH370 : Luahan Anak Kru MH370 Minta Ayahnya Pulang


KETIKA memantau perkembangan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, penulis mengesan tweet dari seorang wanita dipercayai anak kepada seorang daripada kru penerbangan berkenaan. Gambar 12 anak kapal pesawat MH370 juga telah tersebar di laman sosial dengan hashtag #PrayForMH370 (#DoaUntukMH370).


Dalam tweet berkenaan wanita itu dengan tweethandle @Gorgxous_ seakan-akan memberitahu kepada ayahnya agar pulang segera kerana di dalam media seluruh dunia sudah tersebar berkenaan ayahnya itu.

“Ayah, berita tentang ayah sudah meluas di berita dan akhbar, balik segera supaya ayah boleh membacanya, tidakkah ayah rasa teruja?,” kata wanita itu.

Tweet berkenaan mendapat perhatian pengguna twitter lain dan ia diulang tweet sebanyak 9,944 kali. Daripada 12 anak kapal yang sudah diketahui senarai namun nama kru yang dimaksudkan oleh wanita ini tidak diketahui siapa tetapi yang pasti beliau turut bertugas dalam penerbangan MH370.

Penulis cuba membayangkan bagaimana perasaan wanita itu dan juga ahli keluarga penumpang MH370 yang lain ketika ini berdebar-debar menanti apakah yang terjadi kepada pesawat malang itu.

MH370 hilang dari jangkauan radar pada pukul 2.40 pagi Sabtu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di China pada pukul 6.30 pagi hari yang sama iaitu semalam.


Eina Azman Naik Berang Dan Tinggalkan Lokasi Penggambaran



Jika sebelum ini nama Eina Azman sering menjadi sebutan gara-gara isu pergaduhannya dengan ibu pelakon Afiq Muiz, nampaknya gadis kelahiran Mentakab, Pahang ini sekali lagi menjadi perhatian apabila dia dikhabarkan tidak memberi komitmen untuk penggambaran filem usahasama Malaysia-Indonesia, ‘Kuntilanak Ciliwung’.

Akhbar Harian Metro pada Sabtu lepas melaporkan Eina telah meninggalkan lokasi penggambaran selepas berselisih faham dengan pengarah filem ketika penggambaran dijalankan di Indonesia.




Eina bertegas meminta untuk pulang ke tanahair pada 6 Mac dengan alasan terikat pada komitmen kerja dan perlu menghadiri majlis pra-tonton sedangkan syarikat produksi tersebut sudahpun memberi kebenaran buat Eina pulang pada 4 Mac. Pihak produksi mencadangkan agar dia pulang pada 10 Mac memandangkan penggambaran akan dijalankan di Kuala Lumpur selepas tarikh itu.

Eina dikatakan naik berang sekaligus meninggalkan set penggambaran dan pulang ke Malaysia. Tindakannya itu sedikit sebanyak menyusahkan pihak produksi kerana Eina merupakan teraju utama filem tersebut.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman bagaimana pun enggan mengulas lanjut saat diminta penjelasan mengenai apa yang berlaku. Katanya, buat masa ini dia ingin memberi sepenuh tumpuan bagi promo filem, ‘Zombi Kilang Biskut’.

Saya baru pulang daripada Johor Bharu untuk promo filem ‘Zombi Kilang Biskut’. Sebagai salah seorang pelakon dalam filem ini, saya diminta untuk hadir di majlis promo dan pra-tonton. Ya lah, kalau tak hadir nanti orang kata apa pula


Mizz Nina: "Cinta Saya Buat Allah SWT Lebih Besar"




Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak menyesal membatalkan hasratnya untuk melancarkan album terbaru. Kongsinya, setelah pulang daripada mengerjakan haji, dia ada terfikir untuk tetap terlibat dalam bidang muzik. Namun selepas berfikir dua kali, dia yakin dengan keputusannya.


Alhamdulillah, tak susah sebenarnya untuk membuat keputusan ini sebab rasa cinta saya buat Allah SWT lebih besar dari cinta saya kepada dunia dan bidang muzik

Jelas Mizz Nina, dia puas dengan pencapaiannya dalam bidang muzik dan sudah tiba masanya untuk dia memberi fokus dalam bidang perniagaan dan sesuatu yang dapat menjamin masa depan.

Dah tiba masanya untuk saya berehat dalam dunia seni. Saya dah buat apa yang saya nak buat dan sekarang saya ingin fokus pada perniagaan atau mungkin terlibat dalam bidang pengacaraan pula. Saya dah tak mahu menyanyi di depan penonton lelaki sebab ia bertentangan dengan kepercayaan saya sekarang



Foto Wanita Bertudung Di Gereja Jadi Viral, Gambar Dari Mana?


DIFAHAMKAN ketika lewat malam tadi, sekeping gambar yang penuh dicalit kontroversi tersebar di laman media sosial dan ia mencetuskan perdebatan hangat. Gambar berkenaan menunjukkan seorang wanita yang lengkap berpakaian tudung umpama seorang Muslimah tetapi keadaan sekitar dan suasana gambar itu tidak begitu sesuai.

Wanita itu digambarkan dalam keadaan melutut dan seolah-olah sedang ‘berdoa’ mengikut cara penganut agama Kristian di dalam sebuah gereja.


Pemeriksan lanjut mendapati asal permulaan gambar berkenaan tidak dapat ditentukan namun ia jelas menerima kritikan daripada umat Islam lain melihatkan cara wanita di dalam gambar itu.


Gambar itu difahamkan disebarkan melalui aplikasi bual di telefon pintar Whatsapp dan kini sudah tersebar meluas di internet.

Dari manakah punca sebenarnya gambar yang tersebar ini dan apakah yang berlaku di dalamnya kini hangat dibualkan di internet.


Pada ketika banyak pihak mengharapkan agar umat Islam bersatu, banyak pihak tertentu pula cuba melakukan provokasi ke atas Islam dengan pelbagai cara dan mungkin termasuk cara begini. – 

Kisah Mereka Yang Tak Sempat NAIK Pesawat MH370


SEKURANG-KURANGNYA tiga penumpang dikesan ‘terlepas’ daripada situasi cemas seperti yang dilalui penumpang MH370 apabila mereka tidak sempat menaiki pesawat berkenaan. Seorang ahli perniagaan yang membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini.


Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan.


Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting.

“Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi saya tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai. Jika mereka ke Shanghai saya yakin mereka selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang. 

[Tahniah]: Rozita Che Wan Positif Hamil..!


Pasti Zain Saidin adalah yang paling gembira disaat menerima kehamilan isteri tercinta Rozita Che Wan. Sebelum ini Zain ada memaklumkan kepada media tanda-tanda isterinya mungkin hamil.


Berita gembira yang baru disampaikan dari Che Ta sendiri memalui laman instagram hari ini mengesahkan dia kini hamil. Melalui instagram, Che Ta memuat naik gambar pregnancy test yang jelas menunjukkan dua garisan yang mengesahkan dia hamil.




Sudah pasti Che Ta sangat teruja dengan kehamilan ini kerana ini hasil perkongsian hidup barunya dengan Zain. Jutaan tahniah dari admin dan semoga Che Ta, Zain dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang masa.

Sunday, March 9, 2014

Cantik Rumah Terbaru Lionel Messi


Tahukah anda ini bentuk rumah siapa?? Inilah bentuk rumah seorang pemain bola Argentina iaitu Lionel Messi,Bentuk rumah yang bakal di milikinya ini berada di Barcelona, Bila sekali imbas kelihatan seperti sebijik bola.


Jawapan Anak Lelaki Kedua Buat Azizul Tersenyum Dalam Mahkamah Sweden


Anak lelaki kedua kepada pasangan Malaysia yang didakwa kerana memukul tangan anaknya dilihat lebih banyak memberi soalan berbanding menjawab soalan dan keliru ketika menerangkan kes penderaan. Adam Azizul Raheem,11,cuba menggambarkan insiden apabila ibunya, Shalwati Nurshal dikatakan memukulnya menggunakan penyangkut baju apabila tidak melakukan cucian dengan betul.

Apabila diminta untuk menggambarkan kronologi tersebut, Adam tiba-tiba memberitahu insiden abangnya, Ammar dipukul sebelum berbalik kepada soalan, dan selepas itu turut menceritakan dia sesat di pusat membeli-belah ketika berusia 6 tahun..


Mengimbas kembali insiden yang melibatkan ibunya, Adam memanggil sarung tangan yang digunakan ketika memukulnya sebagai “muffin” sebelum soalan seterusnya dan penemuduga mendedahkan ia sebagai “mitten’.




Polis wanita itu telah bertanyakan Adam sama ada dia dipukul kerana tidak bersembahyang, dan turut menyatakan bahawa Azizul ada memberitahu pihak penyiasat bahawa ibu bapa muslim dibenarkan memukul anak-anak mereka jika tidak bersembahyang.

“Jika kami tidak sembahyang, bapa akan mengajak kami sembahyang dengannya. Tetapi jika dia tahu kami berbohong (tidak sembahyang), dia kadang-kala marah,” jelas Adam.

Ketika ditanya apa yang terjadi apabila bapanya marah, Adam berkata dia akan menjerit kepadanya, kakak dan abangnya tetapi sentiasa “bercakap baik” dengan adiknya, Ariff.

Penemuduga itu bertanya kepada Adam bagaimana perasaannya ketika bercakap dengan polis, Adam segera menjawab dia bosan.

“Tetapi saya gembira hari ini, membuat rekod baru tamatkan temuduga dengan cepat,” tambah Adam gembira, menyebabkan Azizul tersenyum melihat anaknya ketawa.

Temuduga terpaksa dipendekkan beberapa sesi selepas Adam enggan bercakap, dan bertanyakan “berapa lama” dan “bila soalan akan habis”. Tamat temuduga itu, Adam dilihat meninggalkan bilik, walaupun polis wanita itu bertanya sekiranya ada perkara lain yang hendak diberitahu.

“Tiada, tiada, tidak, tiada,” jelas Adam, sambil bangun.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa dengan pelbagai kekasaran dan melanggar integriti kanak-kanak, dengan memukul serta mendera anak-anak mereka.


Kesalahan-kesalahan yang didakwa berlaku di rumah keluarganya di SpÄnga, pinggir bandar Stockholm, antara September 15, 2010 dan 17 Disember 2013 .


Awal Ashaari: Rasa Macam Berkahwin Dengan Orang Lain Sejak Scha Hamil


Sama seperti kebanyakan suami lain, pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui terdapat perubahan ketara yang berlaku kepada isterinya, Scha Al-Yahya sejak aktres itu disahkan hamil.

I lost my wife! Rasa macam kahwin dengan orang lain (gelak)

Itu reaksi pertama Awal Ashaari saat diminta berkongsi mengenai perasaannya bakal bergelar bapa, tidak lama lagi. Kembali menyambung perbualan, kata Awal Ashaari, dalam pada dia seronok untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya, dia juga berasa pelik dan adakalanya lucu apabila melihat perubahan sikap isterinya itu.

Dia jadi orang lain. Karakter dia bertukar. Kalau dulu dia seorang yang agresif, sekarang ni dia menjadi lebih feminin. Dia jadi lemah lembut dan penyabar. Saya perasan dia beli bantal bunga-bunga. Tak pernah-pernah pakai kasut warna merah jambu, dia beli kasut warna merah jambu. 

Saya rasa pelik dengan perubahan karakter dia itu (tahan gelak). Tapi itu mungkin perubahan hormon, kan. Dia ada juga mengidam nak makan macam-macam dan setakat ni saya mampu turutkan. Kalau sebelum ni dia suka makan otak-otak dan nasi lemak, sekarang dia tak makan dah. Kalau dulu dia tak minum air soya, sekarang dia minum


Menurutnya lagi, mereka berdua belum membuat imbasan bagi mengetahui jantina bakal cahaya mata mereka itu. Bahkan dari segi persiapan juga masih belum dibuat.


Sekarang ni kandungan Scha hampir mencecah lima bulan. Sebenarnya masa usia kandungan 14 minggu, dia ada buat imbasan tapi ketika tu tak nampak lagi jantina anak kami. Sejak tu Scha tak buat apa-apa scan, tapi kami berdua terima apa saja pemberian Allah, tak kira sama ada bayi lelaki atau perempuan

Dari segi persiapan, Scha tak nak beli barang awal-awal. Dia cakap tunggu dulu bila dah masuk tujuh atau lapan bulan nanti baru dia nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami


Awal Ashaari juga memaklumkan yang Scha al-Yahya mahu berpantang di rumah ibunya yang terletak di Mount Kiara, selepas melahirkan nanti. 


[PANAS]: Punca Nabila Huda Dan Nur Fathia Bergaduh



Umum mengetahui, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.

Semuanya gara-gara keengganan Fathia untuk melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.

Pergaduhan tersebut mendapat perhatian media sehingga Fathia menjadi mangsa kritikan peminat di laman sosial. Meskipun sudah memberikan penjelasan bagaimana dia boleh berbalah dengan Jalena Rejab namun masih ada kalangan artis yang dilihat kurang senang dengan tindakan Fathia.



Salah satunya ialah Nabila Huda. Menerusi akaun Instagram, pelakon seksi itu memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan laporan penjelasan Fathia dan Jalena berhubung kontroversi di London.


Ianya turut disertakan dengan caption yang meminta Fathia menyatakan permohonan maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.

Perkongsian Nabila Huda itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya di Instagram. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang hairan kenapa Nabila tiba-tiba memuatnaik status berkenaan.