Pages

Saturday, February 15, 2014

[GOSIP]: Neelofa Akui Tak Dapat Hadiah Istimewa Daripada Hans Isaac




Pelakon dan pengacara popular, Neelofa baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya pada 10 Februari lalu. Pasti ramai yang ingin tahu apa hadiah istimewa yang diperolehi oleh wanita berusia 25 tahun ini bukan?


Ketika dihubungi pada Selasa, Neelofa sempat berkongsi tentang sambutan harijadinya yang diadakan di Pool Bar, Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu. Bagaimanapun Neelofa atau panggilan mesranya Lofa enggan bercerita lanjut tentang hadiah istimewa yang diperolehinya.

Malah Lofa memberitahu dia tidak mendapat sebarang hadiah daripada teman rapatnya, Hans Isaac.

Tiada. Saya tak dapat apa-apa yang istimewa pun daripada dia. Saya sebenarnya tidak mahu mengadakan sambutan hari jadi seperti yang diadakan pada Ahad lalu. Maklumlah usia pun dah meningkat. Saya pun sudah berpesan kepada keluarga supaya tidak buat sebarang sambutan. Sebelum menghadiri majlis tersebut, emak saya beritahu ia hanya makan malam untuk keluarga sahaja. Tak sangka mereka buat juga sambutan hari jadi dengan menjemput pihak media bersama-sama. Walau apa pun, saya hargai usaha mereka itu




Tambah Lofa, apabila usianya menginjak ke usia 25 tahun, dia sebenarnya tidak mahu mengadakan majlis sambutan hari jadi seperti yang diadakan baru-baru ini.




[TAHNIAH]: Black Tak Sabar Bergelar Bapa


Apabila ditanya sama ada isterinya, Naquia Yasirah Mohamed Khairi sudah hamil atau belum, Black berkongsi:

Kalau boleh saya tak mahu hebohkan lagi perkara ini sebab takut nanti kami kecewa. Namun, apa yang boleh saya katakan, saya memang ada bawa isteri ke hospital kelmarin untuk membuat pemeriksaan doktor selepas isteri saya tidak datang haid selama enam minggu



Saya rasa sangat teruja dan macam nak menangis sahaja apabila isteri keluar dari bilik doktor dalam keadaan tersenyum. Namun, doktor minta kami datang semula bulan depan untuk membuat pemeriksaan sekali lagi kerana ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif. Doktor memberitahu mungkin agak terlalu awal untuk membuat pengesahan dan minta kami tunggu lagi sebulan

Saya redha mungkin tak nampak sekarang dan belum rezeki kami lagi, namun saya rasa tak sabar nak tunggu bulan depan. Saya dan isteri memang teruja sangat nak menimang cahaya mata dan amat mengharap kami dapat anak cepat. Malah, ketika mengerjakan umrah bulan lalu, kami juga banyak berdoa untuk cepat dapat cahaya mata yang soleh dan solehah. InsyaAllah, kalau isteri saya disahkan hamil, saya akan kongsi berita yang sangat besar ini kepada semua



Baru Kenal Sudah Ajak Ke Bilik Untuk Lakukan Adegan Beramah Mesra


BATU PAHAT : Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam. Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah. Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.



Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.

“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya.


[TAHNIAH]: Majlis Resepsi Syamsul & Syafiq Serentak 18 April


Majlis resepsi kedua-dua anak penerbit dan pengarah Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof akan mengadakan majlis resepsi serentak iaitu pada 18 April depan.

InsyaAllah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu, serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu. Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda



Dalam pada itu, Patimah turut memberitahu bahawa Syamsul akan diijabkabulkan dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac depan manakala Syafiq pula akan diijabkabulkan sebulan selepas pernikahan Syamsul iaitu 5 April.

Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar. Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012.



Dazrin Terkilan Dengan Tuduhan Tidak Berdisiplin Oleh Fasha Sandha



Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Dazrin Kamarudin terkilan dengan tuduhan tidak berdisiplin oleh aktres popular, Fasha Sandha dan dia bakal tampil bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat bagi membersihkan namanya.


Maaf, saya lihat isu itu semakin besar. tetapi saya tidak dapat komen panjang mengenai hal tersebut buat masa ini. Tetapi saya akan beri penjelasan pada sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat ini. tarikh dan masa saya akan maklumkan nanti

Dazrin, berkata demikian selepas sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Fasha mendakwa pelakon berusia 26 tahun itu bukan lewat ke lokasi berkenaan lima atau sepuluh minit tetapi satu hingga dua jam mengakibatkat proses penggambaran terganggu.

Dazrin dan Fasha terlibat dalam penggambaran drama bersiri "Miranda" arahan Along Kamaludin.


RM28,000 Untuk Hidung Baru Ajai



Komposer dan penyanyi popular Ajai mengaku telah menjalani pembedahan hidung tetapi memberitahu dia mempunyai sebab yang kukuh melakukannya.

"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung, tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo! baru-baru ini.


Ajai turut memberitahu dia telah berhadapan dengan masalah sinus sejak berbelas tahun yang lalu, tetapi hanya menjalani pemeriksaan selepas telinga kirinya tidak dapat mendengar selepas bangun daripada tidur pada satu pagi. Pemilik nama sebenar Mohd Faizal Maas ini berkata, dia pernah mencuba rawatan alternatif tetapi ia tidak berkesan dan bimbang sekiranya buah pinggang rosak akibat pengambilan ubat yang kerap.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung. Jika saya tidak boleh mendengar, macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti

Enggan mengambil peduli dengan pandangan orang, Ajai yang bakal menyambut kelahiran yang ke-40 pada 15 Mac akan datang ini menganggap apa yang dilakukannya ini bukan untuk kelihatan cantik sebaliknya demi kesihatan diri.

[GOSIP]: Wak Doyok Nafi Terasa Hati Dengan Neelofa



Biarpun Anugerah Meletop ERA (AME) sudah melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu, namun anugerah yang dianjurkan oleh Astro dan ERA ini masih lagi menjadi perbualan hangat sehingga kini gara-gara busana yang dipakai oleh pengacaranya, Neelofa pada malam itu. 




Rata-rata mengutuk ‘jumpsuit’ berwarna merah jambu yang digayakannya termasuklah ikon fesyen, Wak Doyok yang menyamakan busana tersebut dengan kostum karakter adiwira, Power Rangers.

Biarpun Wak Doyok tidak menyebut nama Neelofa, namun ramai pengikut di laman Instagramnya bertanggapan bahawa gambar tersebut ditujukan kepada pengacara Nona itu. Ada juga yang membuat spekulasi tindakan pengacara ‘Ke Korea Ke Kita?’ itu adalah disebabkan dia terasa hati dengan Neelofa apabila mengatakan Wak Doyok berasal dari Indonesia.


Kalau boleh saya tak nak komen sebab apabila saya komen, orang akan kecil hati. Tapi bila dah jadi macam ini, saya terpaksa bersuara. Saya tidak tujukan gambar tersebut kepada mana-mana pihak. Saya tidak ada isu dengan Neelofa kerana saya tak ada masalah jika dia cakap saya dari Indonesia. Cuma saya hanya marahkan pereka baju dia saja. 

Saya pasti bukan saya seorang saja yang marah, peminat yang lain juga turut marah dengan pakaian yang digayakan Neelofa pada malam itu. Saya tak faham kenapa mereka hasilkan baju macam itu? Bagi saya, pakaian itu seperti kostum yang boleh beli di kedai kostum tanpa perlu menggunakan khidmat pereka terkenal,” ujar Wak Doyok ketika dihubungi GUA, petang Isnin.

Bagi saya selebriti tidak bersalah kerana mereka ini ibarat patung jalanan, tak tahu apa-apa. Namun, mereka ada hak untuk menolak agar tidak memakai pakaian tersebut kerana jika tidak sesuai, masyarakat akan marah artis itu juga. Saya hanya bagi pendapat kerana apa yang berlaku adalah perkara realiti dan berharap tiada pihak yang tersinggung dengan komen saya ini


Friday, February 14, 2014

[GEMPAR]: Punca Kematian Adik Nursyafiqah 2 Tahun Di Dungun?


Masih segar dalam ingatan tragedi menyayat hati yang menimpa ke atas adik Nursyafiqah Abdullah yang baru berusia 2 tahun tapi ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu.



Timbul desas-desus Nursyafiqah mati dirogol, namun belum ada kesahihannya. Memetik sumber MyNewsHub.My, kini tersebar status di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah.




Menurut status tersebut sangkaan menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa agar ditelan arwah sebelum kematiannya. Perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan. Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih.


Sebagai info, pihak polis telah berjaya menahan 4 suspek kes pembunuhan ini termasuk ibu kepada mangsa dan juga teman lelaki wanita berkenaan.

Negara Yang Memiliki Kadar Bunuh Diri Tertinggi Di Dunia





(4 Gambar): Geram Tengok Sakinah Seksi, Peminat Gelarnya Karipap Panas?


Jika sebelum ini Sharifah Sakinah sering mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik video yang pelik-pelik, kini minat barunya pula dikritik. Terbaru Sakinah gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman. Memetik sumber portal GUA, untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan satu laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.


Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah


Namun tak semua menyukai aktivitinya itu apabila Sakinah memakai pakaian seksi yang terlampau menjolok mata .Banyak pihak baik lelaki mahupun perempuan, menyindir pelakon itu setiap kali dia memuat naik fotonya yang berpakaian sukan. Ada yang ‘geram, malah ada yang menggelarnya ‘karipap panas’?


Sakinah yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut memberitahu:-

Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk campur. Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga.

Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif.


Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah.




[GOSIP]: Marion Caunter Jawab Isu Skandal Suami




“Saya percaya dia,” tutur personaliti televisyen terkenal, Marion Rose Caunter Abdullah ringkas berhubung isu yang mendakwa suaminya, SM Nasarudin SM Nasimuddin mempunyai skandal dengan seorang selebriti popular tanah air.


“Orang lain boleh cakap macam-macam, namun saya percaya dengan suami saya dan begitu juga dengan dia yang mempercayai saya. Asalkan kami saling mempercayai, itu sudah memadai buat kami,” ujar Marion ketika ditemui di Hotel Traders, KLCC, pada petang Selasa.

“Kami selalu bercakap serta berbincang bersama mengenai apa saja perkara dan apabila timbul isu ini, saya kena terima benda ini kerana ia adalah bayaran yang perlu saya bayar apabila menjadi seorang figura awam.Apapun, saya tiada masalah untuk berhadapan dengan perkara ini kerana saya akui saya seorang wanita yang kuat,” jelas pengacara E! News Asia ini sambil memberitahu turut terkilan dengan sikap segelintir pihak yang memberi komen negatif di laman sosial miliknya.


[TAKZIAH]: Penjinak Ular Maut Dipatuk King Cobra


BUTTERWORTH : Seorang penjinak ular maut kelmarin selepas dipatuk ular tedung jenis King Cobra yang cuba ditangkapnya pada 1 Februari lalu. Mangsa, Mohd Sufian Mohd Zin, 21, meninggal dunia kira-kira jam 8 malam di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital terbabit.



Rakannya, Zainudin Mat, 23, berkata, mangsa merupakan seorang dari enam ahli kumpulan penjinak ular yang sering kali melakukan persembahan di merata-rata tempat. Menurutnya, Sabtu lalu, Mohd Sufian menerima panggilan ada ular tedung di rumah pengadu.

“Dia bergegas ke rumah pengadu tanpa membawa sebarang peralatan dan memutuskan untuk hanya menggunakan tangan bagi menjinakkan ular terbabit.

“Bagaimanapun, ular terbabit bertindak agresif menyebabkan ibu jari tangan kiri mangsa dipatuk dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.


Difahamkan, mangsa memiliki pengalaman selama setahun menjinakkan ular dan aktif dalam memenuhi jemputan persembahan.


Thursday, February 13, 2014

(9 Gambar): Majlis Sambutan Hari Jadi Neelofa Ke-25


Ketika orang ramai sibuk mengkritik fesyen pelik Neelofa di Anugerah Meletop Era 2014 pada Sabtu lalu, namun tidak ramai tahu bahawa hari tersebut adalah hari ulangtahun kelahirannya yang ke-25.


Satu sambutan meraikan ulangtahun kelahiran beliau yang juga kejutan telah diadakan oleh ibu Neelofa sendiri di One World Hotel, Bandar Utama yang dihadiri oleh rakan terdekat, ahli keluarga dan rakan rakan media.


Memetik sumber Harian Metro, Neelofa mengakui yang sebelum ini ianya merupakan satu cita cita untuk mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun namun selepas muhasabah diri nampaknya niat itu telah diperbetulkan.



Saya muhasabah diri. Baik jangan kahwin dulu jika belum bersedia kerana perkahwinan adalah fasa kehidupan yang lebih mencabar, selain membabitkan tanggungjawab yang besar. Ia bukan perkara boleh dibuat main-main. Kalau boleh, biarlah berkahwin sekali seumur hidup

Saya mahu mencari duit sebanyak yang boleh. Apabila semua impian saya tercapai, barulah boleh fikirkan soal kahwin


Tahniat buat Neelofa. Admin doakan Neelofa terus berjaya dan mencapai matlamat. Jom layan beberapa keping gambar menarik sambutan hari jadinya:-











Gejala Songsang, Bertukar Gambar Bogel Sesama Jantina?


Kehidupan remaja di negara kita semakin parah. Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.



Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang. Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.

“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro.


Jika perkara ini tidak dibendung, semakin ramai remaja akan terjebak dengan gejala songsang ini. Diharapkan ibu bapa membuat pemantauan terhadap anak masing-masing.


Bomoh Mati Hidup Semula Dr Baru Ingin Bedah Siasat


Kuala Lumpur: “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.



Menurut laporan Harian metro, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.
Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.
Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.


Kehadiran Cahaya Mata Suntik Semangat Apex, Leuniey


KELAHIRAN cahaya mata pertama memberi satu semangat baru kepada penjaga gawang The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey).





Alhamdulillah, saya bersyukur kerana isteri selamat melahirkan anak sulung kami hari Isnin. Saya rasa gembira dan teruja tak terkata dengan kehadiran orang baru ini. Bagi kami, kehadirannya memang memberi lebih semangat kepada saya untuk lebih berjaya dalam bidang yang saya ceburi sebab seolah-olah satu semangat baru muncul dalam hidup saya,” katanya kepada pemberita semalam.

Ketika ditanya mengenai cabaran sebagai seorang bapa, Khairul Fahmi mengakui ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan menganggapnya sebagai satu perkara baru yang harus dipelajari dalam kehidupan.

Selain turut menyatakan perlu belajar dari bawah, Khairul Fahmi juga memberitahu beliau banyak menimba ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman terutamanya kedua-dua ibu bapanya selain belajar daripada mereka yang lebih mengetahui.

Ketika ditanya mengenai pembahagian masa selepas ini, Khairul Fahmi berkata, status sebagai seorang bapa dan suami tidak akan mengganggu urusan kerja beliau sebagai seorang atlet sukan. Beliau turut mengakui kehadiran cahaya mata yang masih belum diberi nama itu juga mendidik dirinya untuk lebih berdisiplin dalam menjaga masa dan memberi sepenuh perhatian kepada keluarga selepas ini.

Ini salah satu tanggungjawab baru untuk saya menghadapinya, namun ia bukan halangan kepada saya untuk meningkatkan prestasi yang ada sekarang, malah ia merupakan batu loncatan kepada saya untuk bahagikan masa dengan lebih baik selepas ini


[GOSP]: Sharifah Sakinah Komen Isu Pakaian Sukan Seksi



Pelakon yang tak sunyi daripada gosip, Sharifah Sakinah menyifatkan yang dia hanya ingin berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat mengenai dunia kecergasan. Pelakon tinggi lampai itu kini giat mengadakan sesi kecergasan bersama peminat-peminatnya.

Saya hanya berkongsi dengan peminat apa yang saya tahu. Saya memang suka dengan dunia kecergasan, jadi saya lakukan perkara tersebut atas dasar minat dan ingin sama-sama berkongsi perkara yang baik, serta menyihatkan tubuh badan. Aktiviti ini bermula sebagai hobi. Saya tak merancang pun. Saya suka bersenam dan sebelum ini saya ada melakukan senaman bersama jurulatih kecergasan saya yang berasal dari Rusia



“Apabila dia pulang ke Rusia, saya meneruskan aktiviti senaman secara berseorangan. Satu hari, ada seseorang menghampiri saya dan menyatakan hasratnya ingin mengambil khidmat jurulatih kecergasan saya, tetapi dia sudah pulang ke Rusia. Jadi saya berkongsi apa yang saya tahu. Saya sudah terbiasa didedahkan dengan dunia kecergasan semenjak saya di Tingkatan Lima lagi. Jadi saya tahu cara untuk menjaga pemakanan dan menjaga kecergasan dan lain-lain lagi.

Pernah suatu hari, saya menyuarakan kepada pengurus saya yang saya bosan jogging berseorangan. Datanglah idea untuk mengajak orang lain untuk turut serta. Jadi semuanya bermula dari situ. Kami bersama-sama berlatih, apabila ada yang tidak larat, saya bantu mereka dengan memberi galakan dalam menghabiskan latihan,” tutur gadis tinggi lampai ini lagi.




Mengulas mengenai pandangan negatif sesetengah orang apabila Sakinah memuat naik gambar dirinya berpakaian sukan yang dianggap seksi oleh sesetengah pihak, gadis berusia 25 tahun ini ada jawapannya tersendiri.

“Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk campur. Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga. 

“Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif. Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah lagi mengakhiri perbualan.


Wednesday, February 12, 2014

Luna Maya Pamer Payudara Di MLM 2013 Undang Kritikan


Luna maya dikatakan dikritik hebat apabila muncul dengan pakaian yang sangat sexy serta menampakan separuh daripada bahagian payudaranya di Maharaja Lawak Mega 2013 peringkat akhir sedang berlangsung di Astro. 


Pakaian Luna mencetus kontroversi di alam maya, dan ramai yang mempertikaikan tindakan pihak Astro dengan selambanya membenarkan Luna Maya tampil ke program siaran langsung tv tanpa mematuhi tatacara pemakaian.


Lelaki Gelar Nurse Hospital Kerajaan Macam Pelacur



Orang kata bila berkata atau menulis sesuatu, haruslah bijak berfikir sebelum terlepas kata kan. Seperti seorang lelaki yang dikenali sebagai Ryutaro Ken yang lancang menulis di laman Facebooknya sehingga tergamak menggelar jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan sebagai pelacur.



Antara yang ditulisnya menerusi ruangan status adalah: 

“swasta memang la best layanan dia sebab tu la mahal. Kalau kerajaan ni kan murah, so layanan macam pelacur murahan. Semua staff-staff nurse kerajaan ini memang dah macam pelacur murahan!!”

Tak tahulah atas sebab apa dia bengang sangat dengan nurse hospital kerajaan, mungkin dia ada masalah dengan sesetengah nurse sebelum ini, tapi janganlah sampai biadap memanggil orang macam tu sekali kan.

[TAHNIAH]: Misha Omar Nikah Mei Ini


Setelah beberapa kali menangguhkan hari bahagianya, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Angin Syurga', Misha Omar mendedahkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangannya, Firos Ezzwan Rosly pada Mei tahun ini.




Hampir setahun emosi saya turun naik dan tidak menentu. Saya juga diduga dengan ujian, bapa saya pulang menghadap Ilahi. Tunang saya sentiasa ada bersama saya. Sepatutnya kami bakal berkahwin pada 21 Februari 2014. Namun, kami mahu menangguhkannya dahulu bagi menghormati tempoh edah ibu saya. Bagaimanapun, ibu saya datang dengan keputusan untuk meneruskan perkahwinan. Ibu saya berpesan, tidak boleh terlalu lama, takut ditimpa fitnah


Pada mulanya, Misha menolak perkara tersebut kerana dia masih lagi bersedih, namun ibu Misha meminta agar majlis diteruskan. Ibu Misha menjadi penggerak untuk majlis ini terus berlangsung.

Apabila ibu saya berkata begitu, saya yakin dengan perkara tersebut. Ibu saya cadangkan untuk melangsungkan majlis terbabit pada bulan Rejab yang jatuh pada Mei tahun ini. Mengenai tarikh spesifik pula, ibu saya berpesan supaya jangan menghebahkan tarikh sebelum kad undangan dilayangkan. Apabila kad susah tersedia, barulah tarikh boleh diumumkan. Apa yang pasti, majlis tersebut bakal berlangsung pada Mei



Menurut Misha, majlis pernikahan dan resepsi bakal berlangsung dalam satu hari di kampung halaman Misha di Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut bakal dilangsungkan secara sederhana. Ibu Misha, Zainab Mat Nor bakal habis edah pada minggu kedua bulan April.


Gambar Comel Wawa Zainal Ketika Di Bangku Sekolah


Wawa Zainal (dilahirkan sebagai Nur Hawa binti Zainal Abidin; 12 Mac 1991) merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik. 

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Suhairil Sunari ataupun lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.  Sepupu Wawa Zainal iaitu Faris Hadzir adalah seorang bekas Guitarist kumpulan Bunkface. Beliau menyerlahkan bakatnya dalam dunia peragaan sejak berusia 12 tahun. Beliau telah pertama kali berlakon dalam drama bersiri Ana Lulu.



Tidak Pernah Serik! 2 Beradik Dicekup Khalwat Dengan 5 Lelaki


KUALA TERENGGANU – Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga.


Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.
Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.
Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.
Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.
Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.
Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.


[NGERI]: Ngeri Mayat Ditemui Di Hutan Simpan Bukit Gedong


GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemui reput dan terputus dua dalam belukar Hutan Simpan Bukit Gedong disini petang tadi. Mayat lelaki tanpa identiti itu dipercayai mati sejak sebulan lalu ditemui penduduk tempatan kira-kira jam 5 petang.




Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kepala mayat berkenaan ditemui tergantung manakala badannya yang sudah terputus ditemui tidak jauh dari kepalanya. Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa diikat menggunakan akar pokok.
Beliau berkata, mayat berkenaan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar hitam. Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai miliknya.
"Mayat berkenaan dianggarkan berketinggian dua meter tetapi identitinya masih belum dapat dikenal pasti.
"Buat masa ini, kita klasifikasikan nya sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Fah Hin berkata, polis akan melakukan pemeriksaan untuk mengesan kemungkinan ada individu yang membuat laporan kehilangan ahli keluarga. - Sinar Harian


[GEMPAR]: Ezany Nizariff Akui Hantar Mesej Ugut Bunuh Seorang Guru


Mengikut berita HarianMetro semalam, ada seorang lelaki ni diugut oleh seorang pelakon. Lelaki yang dikenali sebagai Azahar Hassan seorang guru itu menerima mesej ugutan untuk dibunuh oleh pelakon berkenaan melalui laman sosial Facebook.

Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya


Antara mesej yang diterima guru berkenaan adalah berbunyi begini.. 'WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan' di laman sosial Facebook milik artis berkenaan


Tidak diketahui apa motif sebenar pelakon berkenaan mengancam memberikan ugutan bunuh sedemikian, namun Azahar telah membuat laporan polis daerah Kangar semalam. Mengikut forum Cari , pelaku pelakon berkenaan berkemungkinan adalah Ezany.. 

 Kecoh dunia hiburan apabila seorang guru yang dikenali sebagai Azahar Hassan, 43 telah mendakwa bahawa dia telah menerima mesej ugutan mati daripada Ezany Nizariff menerusi laman sosial miliknya. Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah membuat laporan di Balai Polis Kangar susulan bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. 

Ezany Nizariff ketika dihubungi mengaku bahawa ada memuat naik mesej berunsur ugutan tersebut terhadap Azahar. Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin melindungi adik perempuannya daripada berhubung dengan Azahar yang sudah mempunyai isteri.


Hatta Dolmat, Wanpa Tampil Perjelas Isu Busana Neelofa



Baru-baru ini isu busana yang dikenakan pelakon dan pengacara popular, Neelofa ketika di Anugerah MeleTOP (AME) sehingga dipersendakan dalam laman sosial. Kritikan ini secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menjejaskan imej pereka fesyen popular, Hatta Dolmat dan Wanpa yang mereka busana Neelofa, maka mereka telah tampil memberikan penjelasan berhubung perkara itu.



Saya memilih fabrik neon hijau yang dibeli Neelofa di Los Angeles, Califronia, Amerika Syarikat, dan direka sedemikian kerana ia menepati tema acara itu yang lebih santai serta mengikut gaya fesyen terkini.
Walaupun ada yang menyamakan dengan karakter animasi, namun saya anggap ia sebagai penghormatan kerana bukan mudah untuk menghasilkan rekaan seperti itu


Hatta bagaimanapun memohon maaf jika busana rekaannya itu dianggap terlalu seksi kerana dia hanya cuba menghasilkan rekaan di luar kotak. Sementara itu, bagi Wanpa pula, dia tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mensabotaj pelakon jelita itu kerana busana yang dihasilkannya itu adalah mengikut kehendak Neelofa.
Fabrik merah jambu itu juga dibeli Lofa di Los Angeles dan saya menyiapkannya dalam jangka masa singkat. Memandangkan Lofa perlu bergayut di atas tali, jadi potongan itu sangat sesuai untuknya. Ia kelihatan seksi kerana ia mengikut bentuk tubuh dan tali yang mengikat pinggangnya menyerlahkan lagi sisi seksi baju berkenaan, selain sudut kamera yang diambil.
Tambah Wanpa lagi, busana yang dipakai oleh Neelofa berjaya menyerlahkannya dan tidak tenggelam di sebalik kehadiran ramai penari di atas pentas ketika itu.