Pages

Sunday, January 26, 2014

Filem "Qadr" Diinspirasi Dari Kisah Benar


Memulakan tahun 2014, Astro First menerusi Astro First Eksklusif mempersembahkan sebuah Filem Televisyen (FTV) berdefinisi tinggi bercorak 'thriller' menerusi arahan pengarah Faisal Ishak yang bertajuk, "Qadr".

"Qadr" terhasil daripada kisah benar yang dilalui oleh Ketua Pemerolehan Pengkomision Premium dan Media Baru Astro, Saniboey Mohd Ismail. Bercerita tentang cabaran dalam menghasilkan "Qadr" yang mengisahkan tentang kemalangan ngeri membabitkan bas Ekspress, menurut Faisal, demi mahu mempamerkan impak lebih nyata tentang kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah bas kepada penonton, produksi "Qadr" terpaksa mencari sebuah bas untuk digunakan dalam telefilem ini.


Bercerita tentang cabaran dalam menghasilkan "Qadr" yang mengisahkan tentang kemalangan ngeri membabitkan bas Ekspress, menurut Faisal, demi mahu mempamerkan impak lebih nyata tentang kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah bas kepada penonton, produksi "Qadr" terpaksa mencari sebuah bas untuk digunakan dalam telefilem ini.

"Terdapat beberapa cabaran dalam menghasilkan telefilem ini dan antaranya adalah kesukaran untuk mencari rangka bas untuk diterbalikkan. Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan bas tersebut di Pulau Pinang dan ia terpaksa ditunda ke Kuala Lumpur.

"Untuk pengetahuan semua, kos untuk menunda bas tersebut adalah dua kali ganda lagi mahal berbanding harga sewa rangka bas tersebut. Bila bas dah ada, kami berdepan pula dengan cabaran untuk menterbalikkan bas tersebut.

"Bas tersebut memang sudah tidak berfungsi lagi Cuma rangka sahaja dan kami mengambil masa selama tiga jam untuk menterbalikkan bas tersebuit menggunakan kren. Sebaik ia terbalik saya perlu dengan segera memastikan para pelakon saya masuk ke dalam nas tersebut untuk melakonkan adengan dalam bas dan perlu juga segera keluar dari bas itu dengan selamat kerana khuatir berlaku sebarang insiden yang tidak diingini," ujar Faisal lagi. 


No comments:

Post a Comment