Penerbit filem David Teo meminta aktres Wawa Zainal
atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin untuk tidak melarikan diri
dan tampil menyelesaikan isu berhubung hal pengurusannya. Dipetik daripada laporan mStar, David berkata demikian selepas diminta
mengulas tentang kenyataan aktor Aeril Zafrel yang memberitahu segala
aktiviti seni isterinya akan dikendalikan oleh syarikat pengurusan
miliknya sendiri.
Kami akan panggil Wawa dalam masa terdekat ini bagi menyelesaikan beberapa perkara terutamanya berkaitan isu pengurusannya. Sebelum ini kami beri dia berehat sehingga anaknya besar. Namun jika
dia sudah mula bekerja, dia masih di bawah tanggungjawab kami sehingga
tamat kontrak
Jelas David lagi, Wawa, 23, masih lagi berada dalam kontrak di bawah
pengurusan Metrowealth International Group (MIG) yang akan berakhir pada
tahun 2015.
Kita panggil dia secara lisan sudah lama tetapi dia tidak pernah
datang, tapi kali ini kita akan keluarkan surat 'hitam-putih' kerana
jika dia berada di bawah pengurusan lain, ia merupakan satu kesalahan
Dalam laporan sebelum ini, Aeril memberitahu isterinya sudah menerima
beberapa tawaran berlakon tetapi semua projek tersebut adalah di bawah
syarikat pengurusan artis miliknya.
No comments:
Post a Comment