Saturday, February 1, 2014
Ziana Zain Dinasihati Oleh Anaknya Supaya Bertudung?
Terkejut juga admin bila mengetahui penyanyi Ziana Zain dinasihati
oleh anak sulung supaya bertudung. Tinggi sungguh kesedaran anak sulung Ziana
yang bernama Aiman ini walaupun baru berusia 14 tahun.
Aiman yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah
Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan
memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka.
Kata Ziana Zain menerusi portal GUA :-
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila
Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi,
saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah
ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun
sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat.
Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian
sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya
kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana.
Mudah-mudahan terbuka pintu hati Ziana untuk bertudung. Baguslah
jika anak diajar dengan baik. Sesungguhnya anak yang baik sentiasa mendoakan
kesejahteraan ibu bapanya.
Mizz Nina Enggan Menyanyi Di Depan Lelaki
Penyanyi popular Mizz Nina enggan mengadakan
persembahan di hadapan penonton lelaki lagi selepas kembali daripada
mengerjakan haji pada November lalu. Dipetik daripada laporan sebuah portal berita, Mizz Nina atau nama
sebenarnya Shazrina Azman berkata:
Saya akan menyanyi di hadapan
penonton wanita sahaja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah
Jelasnya lagi, keputusan tersebut dibuat atas kesedaran sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Malah suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh turut menyokong keputusannya itu.
Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan
bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya
Mizz Nina, 33, turut memberitahu bahawa dia ingin menumpukan perhatian
kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun
lalu.
Sharnaaz Ahmad Tak Jadi Bersara Dari Berlakon?
Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dilaporkan mengakui
masih belum membuat keputusan tentang mahu bersara dari dunia lakonan
selepas selesainya drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta", malah masih
mempertimbangkan beberapa tawaran filem.
Mungkin ini adalah drama terakhir saya, dia belum membuat sebarang kata
putus sama ada menerima tawaran tersebut atau tetap dengan keputusan
untuk berehat daripada industri. Ada beberapa projek yang datang untuk filem, namun ianya masih dalam
pertimbangan lagi memandangkan keputusan saya untuk berehat dahulu
selepas drama ini, susah nak cakap buat masa ini. Kita tengok macam mana
nanti
Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, dia enggan mengulas lanjut
berhubung perkara itu dan hanya mahu fokus terhadap drama terbitan Astro
tersebut.
Saya akan tetap berehat sementara daripada industri kerana terlalu letih dengan apa yang berlaku dan kontroversi yang menimpa. Saya juga tidak menjangkakan bila untuk kembali semula jika benar-benar mengambil keputusan untuk bersara.
Chef Wan – ‘Nasi Lemak MAS Macam Telanjang’
SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.
Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke
Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak
yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS). Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak
tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.
Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang
luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini. Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip
and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak
payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi
Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our
national career and we dont take pride in providing our so call most
famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and
to show case this on international flight without the proper timun and
kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.
Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta
pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that
international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast
can suffer its own image so misleading to the point where i felt the
need for them to realised how serious this can be. Why la so much in
consistency when it come to serving This dish at various destinations?
Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough
ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so
mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel
pasal simple basic thing of serving the country national heritage food
and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my
complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i
being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi
Lemak?”
Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat
timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga
tiket yang sudah dibayar? Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita …
janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan
itu.
Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima
bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya. Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan
resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.
Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan
itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.
[GEMPAR]: Warga Emas Perlis Jemput Pondan Berjoget Sampai Pagi
Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk
berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa
lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik
berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.
Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan
sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan
penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di
depan sebuah rumah penduduk.
Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali
sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu
dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15
mak nyah.
“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas
dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional
yang mengalunkan muzik latar,” katanya.
Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang
menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia
50-an dan 60-an.
[PANAS]: Budak Kecik Upload Gambar Kiss Dalam Facebook
Aduh… apa nak jadi dengan budak-budak sekarang? Umur baru putik jagung dah pandai tangkap gambar berpeluk bercium dengan kekasih kemudian muatnaik di laman Facebook.
Aksi ini disokong pula kawan-kawan lain yang menyifatkannya tindakan sweet dan buat mereka cemburu.
Kalau umur macam ini dah pandai berkucupan depan orang tak taulah apa lagi yang bakal dibuat kat belakang. Ibu bapa, tolonglah pantau anak-anak anda dan periksa laman sosial mereka selalu.
Silap-silap bila tengok Facebook anak anda, sakit jantung dibuatnya!
Friday, January 31, 2014
[TAHNIAH]: Syamsul Yusof & Syafiq Yusof Bakal Kahwin Serentak
Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan adik, Syafiq
Yusof bakal mengadakan majlis resepsi persandingan secara serentak pada
Jun depan. Perkara itu diberitahu oleh bapa mereka yang juga Penerbit Skop
Productions, Datuk Yusof Haslam yang turut berkata, majlis berkenaan
dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada
berlakunya pembaziran.
Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis
sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq itu pun
cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir. Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul
Dalam pada itu, Yusof, 60, berkata kedua-dua menantunya berasal daripada keluarga yang baik-baik dan berpendidikan tinggi.
Alhamdulillah kedua-dua pilihan mereka daripada keluarga yang bagus.
Puteri Sarah pun seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah kea rah
menjadi lebih baik. Pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan agama
yang tinggi bagus juga untuk dia saya hanya doa yang terbaik.
Pada masa sama, penerbit filem "KL Gangster" itu berkata, walaupun
bimbang melepaskan anak-anaknya untuk membina keluarga, namun dia yakin
mereka mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan
baik.
Saya harap lepas ini kehidupan mereka lebih terurus, kalau nak kata
bimbang itu ada juga tapi kalau fikir balik dalam hubungan suami isteri
tidak semua indah sahaja. Apa yang penting adalah mereka akan menjadi orang yang lebih baik
[GAMBAR]: Artis Hollywood Waktu Kecil Dan Sekarang
Orang barat memang cepat besar dan
kelihatan matang walaupun baru berusia belasan tahun berikut adalah
gambar-gambar artis bollywood dan beberapa artis daripada asia sewaktu
mareka kecil dan sudah meningkat remaja.
[GEMPAR]: Gambar Print Screen Lelaki Ajak Gadis Project Di Facebook
Tersebar
di media sosial hari ini apabila seorang remaja perempuan yang berasal
dari Sabah, dikenali dengan nama She Shima mengupload salinan Chat tidak senonoh daripada remaja lelaki lepasan SPM. Melalui salinan Chat itu, remaja lelaki dengan nama Panjang Putra Bugis Bone telah mengajak She Shima melakukan perkara tidak senonoh.
Namun
permintaan remaja lelaki itu tidak diendahkan oleh She Shima, malah
lebih malang bila salinan chat itu didedahkan kepada umum. Walaupun
ramai rakan remaja lelaki itu menghentam perbuatan She Shima, namun
tidak dihiraukan olehnya.
Nampaknya,
perhubungan sosial remaja masa kini telah berada di level yang lebih
tinggi seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Keadaan ini pasti
sukar dibendung melainkan adanya tanggungjawab daripada semua pihak.
Thursday, January 30, 2014
Persembahan Artis Yang Tidak Boleh Dilupakan Sepanjang AJL
Untuk
edisi ke 28 ini, AJL telah diterajui oleh AG dan Scha Al Yahya.
Bersempena dengan AJL 28 yang telah berlangsung pada 26 Januari
2014, jam 9.00 malam di Stadium Putra Bukit Jalil, mari kita imbas
kembali persembahan artis yang tidak boleh dilupakan sepanjang
penganjuran AJL.
Hafiz & Adira
Kemunculan Aaron Aziz
ketika Adira menyampaikan lagu 'Ombak Rindu' di AJL 27 mengundang
tepukan dan pekikan gemuruh daripada penonton yang berada di Stadium
Bukit Jalil. Saat-saat ini memang tidak terduga dan ia turut menjadi
bualan hangat peminat. Maklumlah, ketika itu demam filem 'Ombak Rindu'
masih panas.
Faizal Tahir
Setiap kali penglibatannya dalam
AJL, Faizal Tahir tidak pernah menghampakan penonton dan memberikan
persembahan yang terbaik. Kali pertama Faizal melayakkan diri ke
peringkat akhir pada AJL 2007, Faizal terpaksa melupakan hasratnya untuk
menyampaikan dua lagu nyanyiannya, ‘Kasih Tercipta’ dan ‘Mahakarya
Cinta’ kerana dia tidak dibenarkan untuk mengadakan persembahan secara
langsung oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di
stesen-stesen televisyen swasta selama tiga bulan mulai 15 Januari 2007,
dua minggu sebelum AJL 22 berlangsung. Tempatnya digantikan oleh Bob
dan Fiq.
Aishah
Aishah menjadi artis yang
memperkenalkan penggunaan props yang banyak di atas pentas AJL. Sewaktu
AJL 5 yang berlangsung pada tahun 1990, Aishah tampil menyanyikan lagu
‘Janji Manismu’ dengan membawakan props seperti bingkai gambar, bagasi
besar, meja dan lampu. Sebelum ini, Allahyarham Sudirman pernah tampil
dengan props yang sangat ringkas iaitu pemetik api sewaktu menyampaikan
lagu ‘Merisik Khabar’ pada tahun 1987.
Aishah
juga antara artis yang terawal menyuntikkan elemen drama dalam
persembahannya di pentas AJL. Aishah terus menampilkan kelainan dalam
persembahannya, seperti contoh untuk AJL 10, Aishah menyampaikan lagu
‘Cinta Beralih Arah’ dengan menampilkan drama selepas mendapati cintanya
dicurangi dan untuk AJL 22, Aishah menyampaikan ‘bedtime stories’
mengenai Ratu Balqis kepada anak-anaknya sebelum mereka tidur ketika
menyampaikan lagu ‘Kasihnya Balqis’.
Ana Raffali
Pada
malam AJL 25, persembahan Ana Raffali menyanyikan lagu ‘Tolong Ingatkan
Aku’ kurang menarik. Ada yang kurang faham apakah signifikasi sebenar
persembahan yang ingin cuba Ana sampaikan dengan menampil props seperti
sangkar yang mengurung Ana di dalamnya. Mungkin Ana ingin menampilkan
kesinambungan muzik video lagu tersebut dengan menampilkan aktor Zahiril
Adzim di atas pentas, namun begitu perkara tersebut tidak sampai ke
hati penonton. Kemenangan Ana menggondol AJL pada malam tersebut juga
menjadi isu yang diingati sepanjang sejarah penganjuran AJL. Ramai yang
tidak menyangka lagu hasil nukilan sepenuhnya oleh Ana ini menjadi
juara. Kemenangan Ana menjadi buah mulut dan pertikaian sesetengah
pihak.
Ning Baizura
Siapa
boleh lupa, penyanyi Ning Baizura yang selalu muncul dengan gaya
mempesona dan glamor setiap kali membuat persembahan tiba-tiba muncul
mengenakan baju kurung lusuh rona putih ketika menyampaikan lagu ‘Awan
Yang Terpilu’, ciptaan oleh Lin Li Zhen dan lirik oleh Allahyarham
Loloq. Walaupun tampil berpakaian lusuh bersama props tikar mengkuang,
persembahan Ning penuh penghayatan memukau dan sampai ke jiwa penonton,
bahkan persembahan tersebut menjadi persembahan yang paling diingati
sewaktu AJL 20 biarpun Ning tidak merangkul sebarang anugerah pada
penganjuran AJL pada edisi itu.
Ramlah Ram
Untuk
malam AJL 3 yang berlangsung pada tahun 1988, Ramlah Ram menang besar
dengan lagu ‘Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu’, menggondol Juara Lagu dan
Persembahan Terbaik. Lagu tersebut digubah oleh Dato’ Ahmad Nawab
manakala liriknya ditulis oleh Juwie dan Wielid. Sehingga kini, pastinya
semua tidak boleh melupakan baju berbentuk kunci dan hati yang dipakai
oleh Ramlah ketika itu.
Hafiz Suip
Perkara
yang sama dilakukan oleh Hafiz Suip sewaktu menyampaikan lagu ‘Awan
Nano’ pada AJL 26. Menyuntik elemen drama dalam persembahannya, Hafiz
tampil berpakaian sama seperti muzik videonya iaitu baju T berwarna
biru, seluar track dan berselipar jepun. Ringkas dan bersahaja, Hafiz
turut membawakan Herman Tino ke atas pentas AJL dan persembahan tersebut
seakan-akan kesinambungan terhadap muzik video lagu tersebut.
Lagu
tersebut berjaya menggondol kejayaan besar dengan merangkul Tempat
Pertama AJL 26 dan Hafiz juga membawa pulang anugerah Vokal Terbaik.
Namun begitu, suasana agak canggung dirasakan sewaktu Hafiz menerima
anugerah pada malam AJL itu kerana Hafiz tidak menukar pakaian yang
lebih ‘elok’ selepas selesai persembahannya.
Shila Amzah Nafi Berpendapatan RM2.5 Juta Setahun
Penyanyi popular, Shila Amzah menyangkal laporan sebuah akhbar tempatan kononnya dia berpendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.
Terkejut juga apabila keluar berita seperti itu. Entah daripada mana
sumber-sumber yang mereka peroleh mengesahkan saya seorang jutawan pun
saya tidak tahu. Mungkin pihak yang membuat laporan tersebut salah faham. Memang benar
selepas menang sebagai juara pada pertandingan Asian Wave di China tahun
lalu, saya mendapat dana sebanyak RM5 juta untuk mengembangkan karier
nyanyian di negara itu.
Bukannya dapat RM5 juta secara tunai sekaligus tetapi ia termasuk nilai
kontrak dan perkara-perkara lain. Kalau macam itu, seronoklah saya
kalau dapat wang tunai RM5 juta.
Sementara itu, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata, laporan tersebut
membuatkan dirinya risau dan bimbang akan keselamatannya yang
berkemungkinan boleh diganggu oleh pihak berniat jahat.
[TAHNIAH]: Hyper Act Terkejut Menang AJL 28
Mendapat semangat serta aura postif daripada ribuan penonton yang hadir
memenuhi Stadium Bukit Jalil semalam, kumpulan Hyper Act begitu teruja
dan terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua Anugerah
Juara Lagu ke 28 (AJL 28).
Kata Ronnie selaku vokalis utama kumpulan tersebut ketika ditemui selepas AJL 28 berakhir pada Ahad:
Saya gembira sehingga mengalirkan air
mata apabila penonton yang hadir semalam turut sama menyanyikan lagu
'Hanya Aku'. Rasa terharu dengan sokongan dan sorakan yang diberikan
kepada kami
Kejayaan Hyper Act meraih gelaran naib juara itu membolehkan kumpulan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 bersama trofi. 'Hanya Aku' merupakan karya Hyper Act bersama penulis lirik, Frozen.
Sama sekali tidak menyangka dengan kemenangan tersebut, Hyper Act merasa cukup berbangga kerana diletakkan sebaris bersama artis-artis berbakat yang turut bertanding dalam AJL kali ini. Namun, Hyper Act berharap agar kemenangan yang diperoleh ini tidak terhenti di sini, malah mampu membawa mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ronnie mengakui 'Hanya Aku' menjadi siulan ramai selepas terpilih sebagai runut bunyi drama bersiri 'Teduhan Kasih'.
Dipilih menjadi 12 finalis AJL pun sudah cukup baik untuk kami. InsyaAllah kemenangan di AJL 28 ini akan kami jadikan batu loncatan baru kerana AJL merupakan anugerah berprestij. Ini kejayaan cukup besar untuk kami
Hafiz Suip Takut Riak
Hafiz Suip memberitahu dia mengalirkan air mata ketika
mendendangkan lagu 'Bahagiamu Deritaku' kerana teringatkan kisah
percintaan lalu. Jelas Hafiz, dia memberikan sepenuh penghayataan dan
hanya mendiamkan diri sebelum beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 28
(AJL 28) bagi menjiwai lagu ciptaan LY dan liriknya ditulis oleh Baiduri
itu.
Memang saya akui saya menangis ketika membuat persembahan
tadi kerana begitu menghayati lagu tersebut. Tidak dinafikan saya
menjadikan kisah lalu sebagai salah satu cara bagi menjiwai sepenuhnya
lagu 'Bahagiamu Deritaku'
Malah saya juga lebih banyak mendiamkan
diri di belakang pentas bagi mendapatkan emosi lagu tersebut. Walaupun
kurang sihat namun semangat menjadi berkobar-kobar dan begitu positif
apabila berada di pentas
Mengulas tentang kejayaan
'Bahagiamu Deritaku' menggondal gelaran juara, Hafiz berpendapat rezeki
berpihak kepadanya kali ini. Ini kerana baginya semua lagu yang
bertanding di AJL 28 mempunyai kelebihan tersendiri. Selain muncul
sebagai juara, persembahan Hafiz turut dinobatkan sebagai Persembahan
Terbaik.
Dalam masa yang sama, Hafiz juga sempat mengulas tentang
kekalahannya mempertahankan kategori Vokal Terbaik setelah tiga tahun
berturut-turut mengungguli kategori tersebut.
Saya tidak ralat
apabila tewas di tangan Jaclyn Victor. Ini kerana Jac memang layak
menang kerana vokalnya sangat mantap
Sementara
itu, Hafiz turut menepis pendapat yang mengatakan dia merupakan
penyanyi lelaki yang mencipta fenomena seperti Datuk Siti Nurhaliza.
Saya
rasakan masih terlalu jauh untuk saya sampai ke tahap yang diraih oleh
Datuk Siti Nurhaliza. Masih banyak yang saya perlu pelajari memandangkan
saya masih baru dalam industri muzik ini. Bagaimanapun, saya tidak
nafikan, saya menjadikan kejayaan Datuk Siti Nurhaliza sebagai pembakar
semangat untuk sampai ke tahap yang lebih baik
Jejaka
berusia 24 tahun ini berharap agar kejayaan yang diperolehi tidak
menjadikan dia alpa. Hafiz mengakui yang dia takut perasaan riak
menguasai diri, namun bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa
menyokong serta mengingatkannya agar tidak lupa diri.
[PANAS]: Bukit Aman Nafi Beri Latihan UTK Kepada Farid Kamil
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada
memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil
seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi
Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut
menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan
UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.
PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan
ini denganapa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya
sebarangkekeliruan
Akhbar itu pada Jumaat melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid
Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi
latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak
minggu lalu.
Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu
selamatiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta
meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah
dan pelakon di negaraini.
[PANAS]: Hafiz Suip Kurus Kerana Buatan Orang ?
Susuk tubuhnya yang agak berisi serta gaya rambut
kerinting kembang menjadikan Hafiz Suip mudah dikenali dan disapa oleh
para peminat. Namun kehadiran peraih Vokal Lelaki Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan
Album Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) di sidang pengumuman
Top 5 Anugerah MeleTOP ERA baru-baru ini nyata menarik perhatian dengan
penampilan tubuh badan yang susut.
Menafikan dirinya kurus kerana sakit terkena buatan orang (ilmu hitam),
Hafiz bagaimanapun mengakui dirinya baru sembuh daripada demam yang
dihidapi sejak dua minggu lalu.
Jangan risau, saya tidak sakit kerana terkena sihir buatan orang, Alhamdulillah semuanya itu tidak berlaku pada saya. Mungkin salah satu faktor saya kurus adalah saya baru sembuh daripada
demam teruk sejak dua minggu lalu. Sakit tahun baru katakan
Sebenarnya saya memang sedang giat ke gimnasium untuk menguruskan badan
bagi menyingkirkan lemak dan menambahkan lagi stamina. Maklumlah tugas
saya memerlukan saya sentiasa bertenaga dan kekal sihat sentiasa. Bila
badan dah makin susut saya rasa ringan dan lebih berkeyakinan.
[TAHNIAH]: Scha Al Yahya Sahkan Hamil Anak Pertama
Kalau sebelum ini timbu ura-ura mengenai
kehamilan Scha Al Yahya, namun kini berita gembira tersebut telah disahkan oleh
Awal Ashaari sendiri menerusi akaun Facebooknya. Awal memaklumkan yang
kehamilan isterinya sudah pun memasuk trimester kedua.
Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah we are happy
to announce that we’re expecting our first baby, InshaAllah. Scha is reaching
her second trimester now and we are so blessed with this rezeki. Terima Kasih
buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar, Amin.
#schawal #babyschawal #pregnant #secondtrimester #alhamdulillah
Scha sendiri turut mengesahkan yang beliau sedang
hamil anak pertamanya menerusi laman Instagram miliknya pada petang Jumaat
apabila memuatnaik gambar kandungannya yang discan.
Dalam satu entri di laman tersebut
memberitahu kandungannya sudah memasuki bulan keempat (trimester kedua) dan
gembira bakal bergelar ibu.
Kami sangat bersyukur dengan rezeki ini.
Berbanyak terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan dan semoga semuanya
berjalan dengan lancar, Amin
Tahniah buat Awal dan Scha. Pastinya Awal
dan Scha kini sedang dalam keadaan teruja. Semoga segalanya berjalan lancar
buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan.
[PANAS]: Lelaki Menyamar Sebagai Rozita Che Wan Di Siasat
Kuala
Lumpur: “Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi
menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,” kata
pelakon Rozita Che Wan mengenai seorang lelaki menyamar sebagai dirinya
dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.
Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi. Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuannya selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini untuk bayaran 70 pasang baju pengantin.
ROZITA ketika membuat laporan polis baru-baru ini. Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.
“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit.
Wednesday, January 29, 2014
[PANAS]: David Teo Anggap Wawa Zainal Seperti Kacang Lupakan Kulit
Kemelut antara pihak pengurusan artis Metrowealth
International Group (MIG) dan pelakon Wawa Zainal nampaknya masih belum
menemui jalan penyelesaian berhubung tindakan pelakon itu mahu keluar
dari MIG. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkata, dia meminta Wawa datang berbincang mengenai perkara itu.
Saya menerima surat permohonan daripada Wawa, namun saya meminta agar
dia datang berbincang secara baik seperti yang telah dilakukan. Sebenarnya, siapa yang ganggu siapa? Saya bukan ganggu mereka dan
sekiranya perbincangan itu dilakukan, saya tidak ada masalah untuk
melepaskan Wawa
Tambah David, sehingga kini, status pelakon itu bersama MIG masih
tergantung dan syarikat itu tidak dapat memberikan sebarang projek
ataupun tawaran lakonan.
Mungkin ada tawaran yang sesuai untuk Wawa, namun jika dia tidak
datang, macam mana nak dapat? Lagipun, sebelum ini dia pernah berjanji
untuk kembali. Tetapi saya perlu akur dengan kerenah manusia di sekeliling yang sering
kali lupa apabila sudah senang ibarat, kacang lupakan kulit
Sementara itu, David berkata, dia akan memberikan sedikit masa lagi untuk Wawa datang bersemuka berbincang dengannya.
Saya akan memberikannya sedikit masa, namun sekiranya dia masih enggan
berbuat demikian, kita akan selesaikan melalui surat hitam putih. Namun dalam masa terdekat ini, saya belum fikir mahu memfailkan saman
terhadapnya. Tetapi untuk masa yang akan datang belum pasti lagi. Oleh itu, saya minta Wawa fikir masak-masak sebelum buat sebarang keputusan
[Gambar]: Gaya Seksi Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Bali?
Rasanya
dah lebih sebulan aktres jelita Rozita Che Wan bergelar isteri kepada
pelakon kacak Zain Saidin dan kedua-duanya nampak bahagia mengharungi
kehidupan di alam perkahwinan.
Terbaru
pasangan ini telah terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk
bercuti bersama sama dengan beberapa orang rakan mereka. Maklumlah pengantin
masih baru bercuti ke luar negara begini masih boleh dianggap berbulan madu.
Selain itu, Rozita Che Wan atau Che Ta dalam kenyataan terbaru beliau kepada
media berkongsi rasa teruja untuk hamil lagi.
Saya
teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun. Memanglah
risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada
juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain
menimang cahaya mata
Rozita
Che Wan turut berkongsi yang beliau berasa kekok sehingga tidak boleh tidur
malam pada awal perkahwinan namun kini sudah semakin selesa hidup bersama
suami, Zain Saidin.
Subscribe to:
Posts (Atom)