SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.
Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke
Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak
yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS). Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak
tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.
Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang
luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini. Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip
and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak
payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi
Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our
national career and we dont take pride in providing our so call most
famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and
to show case this on international flight without the proper timun and
kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.
Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta
pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that
international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast
can suffer its own image so misleading to the point where i felt the
need for them to realised how serious this can be. Why la so much in
consistency when it come to serving This dish at various destinations?
Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough
ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so
mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel
pasal simple basic thing of serving the country national heritage food
and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my
complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i
being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi
Lemak?”
Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat
timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga
tiket yang sudah dibayar? Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita …
janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan
itu.
Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima
bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya. Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan
resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.
Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan
itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.
No comments:
Post a Comment