Taman Khas Untuk Gay Di China | Ini
merupakan sebuah taman khas di China untuk pasangan gay berdating sesama
mereka.Taman ini beroperasi selama 24 jam setiap hari dan membuka
kepada semua pasangan gay untuk beriadah disitu tanpa merasa kekok dan
tidak selesa .
Saturday, December 21, 2013
[TAKZIAH]: Punca Dira Abu Zahar Keguguran
PELAKON Dira Abu Zahar sebelum
ini disahkah hamil mengandung oleh doktor berusia enam minggu. Namun
hasrat Dira dan suaminya yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah
fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusuf sejak dua tahun lalu sedikit tergendala apabila Dira mendedahkan yang dia telah mengalami keguguran pada bulan lalu. - See more at: http://sensasimalaysia.com/punca-pelakon-dira-abu-zahar-keguguran/#sthash.604vh10R.dpuf
Dira Abu Zahar sebelum ini disahkah hamil mengandung oleh
doktor berusia enam minggu. Namun hasrat Dira dan suaminya
yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi
Mohd. Yusuf sejak dua tahun lalu sedikit tergendala apabila
Dira mendedahkan yang dia telah mengalami keguguran pada bulan lalu.
Pelakon itu hanya menyedari perkara tersebut selepas terdapat ketulan darah yang keluar
Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama
bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat
datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan
beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku. Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang
keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik.
Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya
Bercakap tentang punca Dira keguguran, bekas isteri penyanyi Tengku
Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid itu memberitahu kurang pasti namun
tidak menolak terlalu aktif bekerja sebagai antara penyebab utama.
Saya sendiri kurang pasti tentang keguguran ini, tetapi rasanya ia
mungkin berpunca daripada diri saya yang terlalu aktif bekerja.
Selepas apa yang berlaku, saya akan cuba elakkan diri untuk aktif
dan akan segera membuat pemeriksaan sekiranya lambat datang bulan.
Kami doakan Dira dan suami tabah menerima dugaan ini. In sha Allah ada
rezeki untuk mendapatakan cahaya mata nanti!
Tasha Shilla Tolak Lelaki Melayu?
BARU-baru ini pelakon
cantik Tasha Shilla mengaku hatinya sudah tertawan dengan lelaki
baharu. Mudah kata cintanya kini sudah beralih kepada lelaki lain.
Kalau dahulu dia berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Sekarang tidak lagi.
Cinta Tasha kini milik peninju Muay Thai bernama Hans. Kalau dilihat
secara luaran, penampilan Hans lebih maskulin dan hebat. Badan
berketul-ketul siap bertatu lagi!
Selidik punya selidik rupa-rupanya Tasha memang tak suka lelaki Melayu. Sebab cita rasa Tasha lebih kepada lelaki berketurunan Cina. Sebab itu dia tolak cinta Mahali.
Ramai peminat di luar sana yang meminta Tasha jangan mempermainkan
perasaan orang lain. Sebab kalau hari ini kita buat orang, satu hari
nanti orang akan mempermainkan kita semula. Macam hukum karma!
[PANAS]: Kurang Ajar & Biadap! Tunjuk Perut, Hisap Rokok Depan Sekolah Agama
KURANG
AJAR DAN BIADAP! Itulah yang boleh dirumuskan daripada perbuatan wanita
dalam gambar di atas. Perlakuan wanita terbabit seolah-olah memerli
agama Islam. - See more at:
http://sensasimalaysia.com/kurang-ajar-biadap-tunjuk-perut-hisap-rokok-depan-sekolah-agama/#sthash.q2YhoV8l.dpuf
KURANG AJAR DAN BIADAP! Itulah yang boleh dirumuskan daripada perbuatan
wanita dalam gambar di atas. Perlakuan wanita terbabit seolah-olah
memerli agama Islam.
Memang nampak sengaja sangat dia berdiri di depan papan tanda 'Zon
Menutup Aurat Dan Berpakaian Sopan' lalu mengangkat baju menampakkan
perut, tangan buat isyarat lucah sementara rokok terkepil di bibir.
Gambar melampau ini dipercayai diambil di Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor. Agaknya perempuan ini tak ada rasa malu langsung kalau perbuatanya ini disaksikan anak-anak kecil yang sedang menuntut ilmu akhirat di sekolah tersebut. Tak kiralah sama ada beragama Islam atau pun tidak, jelas pelakunya mempunyai perangai yang buruk dan masalah moral kronik
[TAHNIAH]: Izzue Islam Selebriti Tempatan Popular 2013 di Google
Pelakon Izzue Islam berada di kedudukan paling atas dalam senarai
selebriti Malaysia yang menjadi topik perbincangan menerusi enjin carian
Google.
Mengikuti rapat ialah pelakon popular Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Nelydia Senrose dan Ashraf Muslim.
Antara topik yang membabitkan pelakon Izzue Islam adalah majlis perkahwinannya yang berlangsung pada awal Jun lalu.
Izzue yang juga ahli kumpulan Forteen turut membintangi filem-filem popular antaranya Ular, Hantu Tok Mudim dan banyak lagi.
Di Anugerah Blokbuster 2, Izzue memenangi gelaran Hero Baru Terhebat.
[TAHNIAH]: Selamat Pengantin Baru Raja Azrey!
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengarah, Raja Azrey telah pun
selamat bergelar suami kepada Rozita Rahim dalam majlis pernikahan yang
diadakan semalam.
Majlis ini telah berlangsung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah tepat jam 5
petang dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan
dibalas dengan tujuh dulang. Majlis resepsi pula akan diadakan pada
malam ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan
bertemakan bangsawan.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
[TAHNIAH]: Uqasha & Pekin Umum Tarikh Kahwin?
Setelah hubungan dengan buah hatinya, Uqasha Senrose, 21, kembali pulih,
pelakon Pekin Ibrahim, 32 nampaknya tidak mahu menunggu lama lagi untuk
menyunting aktres itu sebagai isterinya yang sah.
Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose kahwin
Beritahu Pekin kepada pihak media, tarikh pernikahannya sudah
ditetapkan. Bagaimanapun pihak keluarganya tidak membenarkan dia
mendedahkan pada umum.
InsyaAllah kami akan kahwin tahun depan. Tarikhnya dah ada tapi
famili tak bagi dedahkan
Pekin
dan Uqasha mula menjalinkan cinta sekitar awal tahun ini. Kemudian
pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
Bagaimanapun pada Oktober lalu pasangan kekasih mencetuskan kontroversi.
Menerusi laporan sebuah akhbar menyebut, Pekin mendakwa tunangya itu
mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga
menyebabkan ikatan pertunangan mereka hampir berakhir. Namun selepas
hampir dua minggu bergaduh besar gara-gara hal itu, Pekin dan Uqasha
kembali berbaik semula.
Tahniah buat Pekin dan Uqasha. Semoga tiada lagi gosip membabitkan
pasangan ini nanti!
[GEMPAR]: Wanita Didakwa Skandal Adi Putra Dicerai Talak Satu
Wanita yang dikaitkan dengan skandal bersama pelakon Adi Putra,
Nooraida Abd. Mutalib telah diceraikan secara lisan oleh suaminya,
Amiruddin Othman sejak dua hari lalu. Amiruddin menceraikan isterinya
dengan talak satu pada 19 Disember, jam 4 pagi di kediamannya di Johor
Bahru.
"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi
kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran.
"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia
semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.
"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa
teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya di sidang
media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara,
Putrajaya, pagi tadi.
Friday, December 20, 2013
Janda 13 Tahun Dinasihat Lapor Polis
Janda berusia 13 tahun, yang dicerai
talak tiga 11 November lalu dinasihat membuat laporan polis berhubung
dakwaan dirinya dianiaya dalam perkahwinan. Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat
berkata, berdasarkan laporan media termasuk dakwaan remaja itu dirogol
empat bulan sebelum perkahwinannya tahun lalu, ada kemungkinan berlaku penganiayaan dan dia berhak mendapat pembelaan.
“Kami melihat kes ini sebagai satu diskriminasi hak kemanusiaan di
mana daripada cerita dilaporkan media, ada pihak mengambil kesempatan
atas sikap tolak ansur pihak perempuan yang pada awalnya sanggup
menggugurkan laporan dakwaan rogol sebelum dia dikahwinkan bertujuan
untuk menutup aib.
“Namun setelah hampir setahun berkahwin, remaja perempuan itu dikatakan tidak mendapat layanan sewajarnya,” katanya.
Menurutnya, jika laporan itu benar, pembelaan seharusnya diberikan.
“Kalau benar perkara ini berlaku, kami anggap ia sebagai tragedi
kepada remaja perempuan tersebut dan dia perlu diberi pembelaan apatah
lagi melibatkan kes rogol secara berkumpulan,“ katanya.
Dalam pada itu, SukaGuam turut menawarkan khidmat sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kes ini.
“Walaupun ia dianggap sebagai satu perkara serius,
namun tidak wajar perkara ini diperbalahkan secara terbuka kerana ia
mengaibkan tambahan pula ia melibatkan keluarga Islam,” katanya.
[PANAS]: Tak Terkejut Aidil Nak Kahwin, Nafkah Anak Jangan Lupa – Rita Rudaini
Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tidak
terkejut mendengar berita bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abdul
Radzak yang bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zarema
Zainal.
Gosip mengenai
perhubungan Aidil serta Zarema sudah lama diperkatakan sebelum dia
bercerai dan berita perkahwinan itu sekali gus membuktikan bahawa khabar
angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.
Saya memang dah jangka dia (Aidil) akan
berkahwin dengan wanita itu (Zarema) dan tidak terkejut dengan berita
perkahwinan mereka. Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar
Tambah Rita, dia enggan mencampuri urusan perkahwinan pasangan berkenaan
namun berharap agar Aidil tidak lupa memberikan nafkah kepada dua orang
anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini
berusia kira-kira setahun.
Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan
anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara
anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang bapa
[SENSASI]: Bangla Cabul Amoi Dalam Tandas Pasaraya
IPOH – Seorang gadis trauma selepas dia dicabul ketika menggunakan tandas di sebuah kompleks beli belah di sini Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa yang berusia 19
tahun memasuki tandas terbabit sendirian selepas membeli-belah bersama
tiga rakannya.
Mangsa berkata, dia menyedari dirinya diperhatikan seorang lelaki lengkap beruniform yang tercegat di hadapan tandas berkenaan.
Katanya, pada mulanya dia tidak menghiraukan lelaki yang dipercayai warga Bangladesh itu dan terus memasuki tandas wanita di situ tanpa mengesyaki apa-apa.
“Saya terkejut apabila selepas masuk dalam tandas, lelaki itu terus menutup lampu dan menerpa ke arah saya. Dia peluk dan cium mulut saya. Keadaan itu berlaku dalam sekelip mata.
“Saya terus tendang dan menolak lelaki itu ke pintu utama tandas dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan,” katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam dengan ditemani Adun Bercham, Cheong Chee Khing.
Mangsa berkata, dia menyedari dirinya diperhatikan seorang lelaki lengkap beruniform yang tercegat di hadapan tandas berkenaan.
Katanya, pada mulanya dia tidak menghiraukan lelaki yang dipercayai warga Bangladesh itu dan terus memasuki tandas wanita di situ tanpa mengesyaki apa-apa.
“Saya terkejut apabila selepas masuk dalam tandas, lelaki itu terus menutup lampu dan menerpa ke arah saya. Dia peluk dan cium mulut saya. Keadaan itu berlaku dalam sekelip mata.
“Saya terus tendang dan menolak lelaki itu ke pintu utama tandas dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan,” katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam dengan ditemani Adun Bercham, Cheong Chee Khing.
Remaja itu berkata, seorang lelaki mendengar jeritannya dan cuba mengejar suspek namun dia berjaya melarikan diri.
“Saya telah membuat laporan kepada pihak pengurusan kompleks beli belah dan dapat mengecam lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kerana dia tidak memakai topeng," katanya yang membuat laporan mengenai kejadian menimpanya itu di Balai Polis Sungai Senam.
Menurutnya, pihak pengurusan kompleks beli-belah turut memberitahu bahawa lelaki terbabit merupakan bekas pekerja penjaga tandas di situ yang diberhentikan kerja sejak dua minggu lalu.
Sementara itu, Chee Khing berkata, orang ramai diminta lebih berwaspada ketika menggunakan tandas awam walaupun di kawasan yang sering menjadi tumpuan.
“Kejadian tidak diingini sering berlaku di lokasi yang kita tak sangka. Ia memberi pengajaran terutama kepada remaja dan wanita untuk lebih berhati-hati kerana mereka mudah dijadikan sasaran penjenayah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan remaja terbabit dan memaklumkan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
“Kita juga akan menyiasat aduan mangsa terhadap pegawai penyiasat dan Bahagian Siasatan Jenayah diarahkan memberi keutamaan kepada kes sebegini.
“Kita juga akan mengesan lelaki terbabit dan cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya
Disangka Wanita Lelaki Cantik ini Dipuja di Korea
Siapa
yang menyangka jika wanita bertubuh langsing dan berwajah manis ini
ternyata seorang lelaki . Lelaki comel yang baru beranjak 18 tahun ini
bernama Yiming Zhao .
Yiming berjaya menarik perhatian banyak pengguna Weibo , Twitter versi
China , setelah dirinya memuat naik beberapa fotonya . Ciri wajahnya
yang feminin dan senyumnya yang menawan berjaya menipu banyak pengguna internet di negaranya .
Lucunya , salah satu forum internet
di Korea Selatan memasukkannya ke dalam senarai gadis China dengan
wajah terindah . Wajah super imut itu rupanya didapati Yiming dari kedua
orang tuanya , yang juga mempunyai paras yang cantik dan kacak .
Namun , penampilan Yiming sama sekali tidak berpengaruh terhadap
orientasi seksnya . Dia bukanlah seorang gay atau pecinta sejenis .
Seperti yang dilaporkan oleh rocketnews24 , Yiming sedang menjalin
hubungan asmara dengan seorang gadis comel berpenampilan tomboy .
Thursday, December 19, 2013
[PANAS]: Nooraida Mengaku WhatsApp Adi Putra Terlebih Dahulu
Umum sedia maklum tentang perjalanan kes skandal melibatkan pelakon Adi
Putra dan seorang wanita berstatus isteri orang ini. Biarpun kes telah
digugurkan suami kepada Puan Nooraida ini telah membuat keputusan untuk
membuka semula kes dan masih mahu mencari kebenaran.
Ditanya kepada Puan Nooraida tentang isu ini, dia sendiri mengakui
bahawa dirinya yang terlebih dahulu mengirimkan mesej melalui aplikasi
WhatsApp kepada Adi Putra dan teruja kerana mesej itu balas pelakon
lelaki tersebut.
Saya mengirimkan mesej menerusi WhatsApp kepadanya (lelaki yang
dipercayai Adi) terlebih dahulu. Ketika itu, dia akan berangkat ke
Mekah untuk menunaikan umrah. Saya mengirimkan ucapan selamat
kepadanya dan mendoakan agar doanya dimakbulkan di sana.
â€Å“Selepas itu, kami sering berbalas-balas mesej.
Dia romantis,
pandai pujuk saya, saya pun ada kirimkan gambar berbentuk 'selfieâ'
tapi gambar tersebut tidak keterlaluan. Apa yang membuatkan saya
betul-betul terkejut apabila dia mengirimkan gambar-gambar lucah
yang dipercayai adalah dirinya.
Dalam pada itu, suami Nooraida, Amiruddin Othman menjelaskan yang dia
sudah memberikan peluang kepada orang yang dipercayai sebagai Adi Putra
sebelum ini untuk menjelaskan keadaan.
Selepas saya dapat tahu Nooraida berhubung dengan dia, saya
hubunginya untuk bersemuka secara baik. Saya bagi tempoh dua minggu
kepada dirinya tetapi dia enggan. Lalu saya membuat laporan polis.
[GEMPAR]: Adakah Ini Bakal Suami Linda Onn?
Penyampai radio popular Linda Onn sahkan bakal berkahwin 27 Disember ini
dan dikatakan calon suaminya adalah dari kalangan kerabat diraja.
Kami kongsikan wajah yang dikhabarkan
sebagai bakal suami kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn.
Menurut sumber, bakal suami Linda adalah berketurunan kerabat bernama
Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.
Menerusi laporan dalam sebuah akhbar, Linda mengesahkan bakal mengakhiri
zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan
akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli
keluarga terdekat sahaja.
Sebelum ini, Linda juga dipercayai telah mendaftarkan perkahwinan mereka
di pejabat agama di Johor Bahru.
Penyampai
radio popular Linda Onn sahkan bakal berkahwin 27 Disember ini dan
dikatakan calon suaminya adalah dari kalangan kerabat diraja. - See more
at:
http://sensasimalaysia.com/adakah-ini-bakal-suami-linda-onn/#sthash.eWZu1Oda.dpuf
[GOSIP]: Nora Danish Terasa dengan Lawak Boboi
Pelakon Nora Danish tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja lawak Mega yang berlangsung pada Jumaat lalu. Boboi
yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak
sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai
pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.
Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah. Jujurnya
saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan
mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir
sedemikian
Bagaimanapun
Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru
profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu
persembahan pada episod seterusnya.
Saya
rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab
kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas.
Jujurnya, saya syangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai'
dalam industri ini. Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu
Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula
berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi
kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.
Menjadi
perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu
menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan
situasi tersebut. Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?
Khloe Kardashian & Lamar Odom Bercerai
Status rumah tangga pasangan selebriti Hollywood, Khloe Kardashian dan
suaminya Lamar Odom akhirnya terjawab apabila bintang realiti ini
memfailkan peceraian selepas empat tahun hidup bersama.
Dalam permohonan cerai yang dibuat pada 13 Disember lalu, perbezaan
yang tidak dapat diselesaikan menjadi sebab perpisahan tersebut. Malah
dia tidak akan meminta bantuan kewangan dan turut menghalang Lamar
memfailkan perkara yang sama daripadanya.
Selain itu, Khloe juga membuat permohonan untuk membuang nama Odom daripada namanya.
Pasangan ini telah berkahwin pada 27 September 2009 selepas berkenalan selama sebulan.
[GAMBAR]: Imej Terbaru Syamsul Yusof Yang Kini Berhijrah
Syamsul Yusof bersama Ustaz Azhar Idrus dan Pieere Andre. Sejak kecewa dengan kes ‘rompakan’ KL
Gangster 2, nampaknya pengarah dan pelakonnya, Syamsul Yusof seakan
menyepikan diri daripada bidang hiburan.
Dia kini dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan di sekitar Lembah Klang. Memang satu perubahan yang positif!
Tahniah Syamsul, semoga terus kekal dengan imej sebegini dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup anda. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Teruskan istiqamah dalam perubahan yang dilakukan
Raja Azrey Kahwin Lagi Demi Anak-Anak
Raja Azrey bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Rozita Ibrahim yang juga merupakan pengurus peribadinya.
Diminta menceritakan detik mula perkenalan mereka, Azrey agak keberatan, namun setelah dipujuk akhirnya dia membuka mulut.
Sejak kebelakangan ini saya banyak terlibat dengan aktiviti seni sama ada
untuk drama mahu pun persembahan pentas. Rozita banyak membantu
kerja-kerja promosi dan menguruskan kerjaya saya. Apabila sudah kerap
bersama, saya dapat melihat keikhlasannya dan seterusnya membawa
hubungan ini ke tahap yang lebih serius. Namun, apa yang lebih penting adalah perkahwinan ini disebabkan oleh
anak-anak. Setiap kali hujung minggu adalah giliran saya untuk menjaga
anak-anak dan secara tidak langsung mereka sudah mesra dengan Rozita.
Malah sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, saya ada
menerangkan dengan anak-anak. Semua keputusan dibuat agar kehidupan
anak-anak dapat diuruskan dengan baik
Dalam pada itu, Azrey juga menjelaskan bekas isterinya tiada sebarang masalah dengan keputusannya untuk berkahwin lagi.
"Kini kami mempunyai kehidupan masing-masing. Tidak perlulah saya komen banyak-banyak tentang perkara ini. Kami berpisah secara baik dan hingga kini hubungan kami kekal begitu."
Sama-samalah kita mendoakan agar perkahwinan kali kedua Raja Azrey kekali hingga ke akhir hayat. Amin
Lana Nordin Sudah Mula Bertudung Labuh?
Wah, mendadak nampaknya perubahan pelakon seksi ini. Sejak bercinta dengan Johan As’ari ini, nampaknya Lana Nordin semakin rancak menunjukkan tanda-tanda untuk mula berhijab.
Paling menarik, baru-baru ini telah
dipaparkan gambar beliau bersama artis-artis lain yang masing-masingnya
kelihatan manis berhijab untuk latihan teater ‘Bahayanya Wanita’.
Tiga keping gambar yang dikongsikan Lana
di laman Instagram miliknya empat hari lepas telah menarik perhatian.
Nampak Lana begitu anggun, menawan dan sangat berbeza rupanya berbanding
ketika berpakaian seksi. Ada cahaya ‘nur’, orang kata.
Ada juga gambarnya bersama kekasih hati, Johan As’ari di sisi yang mengenakan serban di kepala dan pakaian jubah putih.
Apa pun, kami doakan semoga terbuka hati untuk Lana dan kesemua
artis-artis jelita didalam gambar ini untuk terus bertudung. Pasti
manis~
[GOSIP]: Linda Onn Langsung Pernikahan 27 Disember Ini?
Deejay radio popular, Linda Onn, 36, atau nama sebenarnya Rozlinda
Onn dipercayai akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini
dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Bagaimanapun, media tidak berjaya mendapatkan kenyataan Linda setelah telefon bimbitnya gagal dihubungi. Namun, deejay stesen radio
Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di
kampung halamannya di sini secara sederhana dan hanya menjemput sahabat
handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula
akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di sini Johor Bahru
Disebat 104 Kali, Gengster Taubat
Kuala Lumpur: “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.
“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi,
hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53,
yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan
rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.
Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak
Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara
banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api
pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan
selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000
selepas mendapat pengampunan.
Wednesday, December 18, 2013
[GAMBAR]: Pra-Perkahwinan Raja Azrey Dan Rozita
Tahniah diucapkan kepada pelakon yang dikenali melalui telefilem Blok
404 dan kini pengarah teater, Raja Azrey Raja Kamaruzzaman, 35, kerana
bakal melangsungkan perkahwinan dengan pengurus kerjayanya, Rozita Rahim, 28. Memang klasik sungguh pakaian yang dikenakan semasa photoshoot pra-perkahwinan ini di ambil. Tidaklah terlalu menjolok mata. Pasangan Raja Azrey pun memang nampak manis bertudung.
[GEMPAR]: Madonna, Brahim Berpisah
PENYANYI popular, Madonna,
55, adalah antara individu terkenal yang diketahui umum menjalinkan
hubungan cinta dengan jejaka yang berusia jauh lebih muda, Brahim
Zaibat, 25. Terbaru, pasangan ini dikatakan sudah berpisah dan Madonna mengambil
tindakan tersebut setelah Zaibat membuat keputusan menyertai sebuah
rancangan realiti tarian di Perancis.
Menurut laporan portal perezhilton.com, Madonna tidak bersetuju
dengan pilihan kekasihnya itu dan merasakan perkara tersebut adalah
sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.
Sungguhpun demikian, terdapat satu cerita lain berhubung perpisahan
pasangan ini iaitu Madonna merasakan dirinya hanya dipergunakan oleh
lelaki tersebut. Penyanyi popular itu sedar Zaibat hanya bersamanya
untuk mendapatkan sebahagian kemewahan yang dimiliki. Selain itu, jarak
jauh percintaan mereka membuatkan perpisahan berlaku
Pasangan itu dikhabarkan mula menjalin hubungan sejak 2010 lagi
apabila Zaibat terlibat sebagai salah seorang penari latar untuk siri
konsert jelajah Madonna. Sejak itu, pasangan ini dikhabarkan bercinta walaupun jarak usia antara mereka berbeza 30 tahun.
[GEMPAR]: Rihanna Dihalau Depan Masjid Abu Dhabi
Penyanyi terkenal dunia, Rihanna sekali lagi berdepan kontroversi
apabila diarah meninggalkan perkarangan Masjid Besar Sheikh Zayed yang
terletak di Abu Dhabi selepas mengadakan fotografi yang dianggap tidak
menghormati tempat suci bagi umat Islam itu.
Walaupun mengenakan pakai sopan sepanjang fotografi itu dijalankan,
kehadirannya mengundang rasa kurang senang pihak berkuasa memandangkan
reputasi penyanyi itu yang dikenali dengan imej seksi.
Sebelum ini, kehadiran Rihanna di Abu Dhabi adalah untuk persembahan
konsert jelajah dunianya sempena pelancaran album terbaru,
'Unapologetic'.
Subscribe to:
Posts (Atom)