POKOK
SENA - Kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di sini, hampir
mencetuskan kekecohan di depan kilang berkenaan bagi mendesak majikan memanggil
bomoh atau sami kononnya untuk menghalau hantu yang didakwa menyebabkan
kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.
Ketua
Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Superintenden Mat Akhir Jaafar
berkata, pekerja terbabit mengadakan perhimpunan bermula jam 8.30 malam
kelmarin, kerana mereka dipercayai bimbang mungkin menjadi mangsa seterusnya.
“Kebanyakan
warga Nepal yang bekerja di situ masih memegang kepercayaan karut dan
menganggap hantu menyebabkan rakan mereka mati dalam masa singkat. Mujurlah
perhimpunan itu tidak sampai menjadi rusuhan," katanya.
Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.
“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
Mat Akhir berkata, dalam pada itu beliau turut difahamkan kebanyakan pekerja di kilang berkenaan sering mengambil minuman keras tidak berjenama hingga berkemungkinan boleh membawa maut.
Tambah beliau, di samping itu, faktor lain antaranya pemakanan, kediaman serta persekitaran yang tidak baik menyebabkan kehidupan mereka terdedah kepada masalah kesihatan.
Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan dan memuaskan hati pekerja warga asing itu, pihak pengurusan kilang turut membenarkan mereka menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang menurut kepercayaan mereka wujud di sekitar kawasan kediaman itu.

No comments:
Post a Comment