Pages

Wednesday, January 1, 2014

[PANAS]: Fazura Sindir Neelofa Di Twitter..?

Seperti yang peminat sedia maklum, hubungan di antara Fazura dan Neelofa memang tidak berapa baik sejak dari dahulu lagi ketika Fazura sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air. - See more at: http://sensasimalaysia.com/fazura-sindir-neelofa-isu-ditangkap-khalwat/#sthash.A6wEWMDU.dpuf
Seperti yang peminat sedia maklum, hubungan di antara Fazura dan Neelofa memang tidak berapa baik sejak dari dahulu lagi ketika Fazura sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air.


Semalam, kita dikejutkan dengan cerita khalwat pelakon dan pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor dengan seorang ahli korporat. Namun, Neelofa sendiri telah menepis dakwaan ini dan pengurusnya juga telah menafikan perkara ini serta meminta wartawan supaya tidak lagi menulis atau menyebarkan perkara yang dianggap fitnah ini.

Apa yang menariknya, selepas berita itu tersebar meluas di dada-dada akhbar, seorang lagi pelakon jelita yang kini sedang bercuti di Los Angeles iaitu Fazura sempat memuat naik status yang seakan-akan memerli seseorang di laman Twitternya, awal pagi tadi.

Twitternya berbunyi : “rasanya sudah sampai masa orang di luar sana mengetahui perkara sebenar tentang kamu dan juga suami M seperti mana yang kami tahu. ALLAH maha besar. shameonyou”.


Adakah tweet itu ditujukan buat Neelofa dan seorang tokoh perniagaan yang merupakan suami kepada seorang selebriti popular itu? Ramai yang membuat spekulasi bahawa status ini ditujukan kepada Neelofa. Namun, tiada siapa yang tahu kesahihan spekulasi ini melainkan Fazura sendiri.


No comments:

Post a Comment