Pelakon veteran, Nasir Bilal Khan tidak kisah dan tidak
berkecil hati apabila wataknya dalam drama bersiri "Tanah Kubur"
dijadikan bahan jenaka oleh sesetengah pelawak.
Saya tiada masalah apabila ada pelawak yang
menjadikan gaya percakapan lakonan saya dalam drama tersebut sebagai
satu bahan jenaka kerana ia tidak membawa maksud apa-apa. Bagaimanapun jangalah sampai ia memberikan keburukan kepada saya atau penonton sudahlah
Dalam pada itu, aktor berusia 54 tahun ini berkata, lakonannya sebagai
Tok Adi dalam "Tanah Kubur" banyak memberi kesan dan pengaruh dari aspek
kerohanian dalam kehidupan sehariannya.
Sudah 13 musim bersama "Tanah Kubur" ia banyak memberi pengajaran dan
kesan besar kepada kerohanian dan saya berharap penontonturut merasai
perkara sama
Dalam perkembangan lain, Nasir, bakal muncul dengan filem terbarunya "Laga" yang akan ditayangkan pada 23 Januari ini.
No comments:
Post a Comment