WASHINGTON : Michelle Obama baru menyambut ulang tahun ke-50 semalam,
namun hari ini timbul spekulasi bahawa rumah tangganya dengan Presiden
Barack Obama sedang berantakan. Malah mereka berdua juga dikatakan sedang menuju perceraian, demikian
lapor National Enquirer yang mendapat sumber dalaman sebagai menyokong
dakwaan sensasi berkenaan.
Bagaimanapun media Washington tidak mempedulikan kisah berkenaan kerana ia disifatkan sebagai gossip semata-mata.
Sejak dipilih sebagai Presiden, dua buah buku yang diterbitkan
mendakwa bahawa pasangan itu hampir bercerai ketika awal perkahwinan
mereka dengan Michelle telah merangka dokumen perceraian setelah
mendapati cita-cita politik Obama menghancurkan kebahagiaan mereka.
Pada 2009, seorang wartawan veteran Washington, Richard Wolffe
mendakwa perkahwinan itu telah berkocak sembilan tahun lebih awal. Ketika itu Michelle baru menjadi ibu kepada Malia dan Sasha yang kini masing-masing sudah berusia 15 dan 12 tahun.
“Mereka jarang bercakap. Michelle marah terhadap sikap penting diri
dan karier sementara Obama pula menyifatkan isterinya itu sebagai dingin
dan tidak berterima kasih,’’ demikian tulis Wolffe.
Malah bekas Wanita Pertama Perancis, Lady Carla Bruni telah
mendedahkan dalam bukunya bagaimana dia bertanya kepada Michelle
mengenai kehidupannya sebagai isteri Presiden.
“Jangan tanya. Ia adalah neraka. Saya tidak tahan!’’ demikian jawapan
Michelle kepadanya namun kemudian ia dinafikan oleh Michelle sendiri.
Pada 2012, penulis politik, Edward Klein mendakwa Obama amat tertekan
dengan kegagalan perkahwinannya pada 2000 hinggakan rakan-rakan bimbang
dia akan membunuh diri. Dalam satu temubual yang diterbitkan sempena hari jadinya, Michelle
menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mahu berdikari selepas
bertahun-tahun memperuntukkan masa untuk karier suami dan membesarkan
anak-anaknya.
Michelle yang sering digambarkan sebagai tulang belakang Obama menyatakan bahawa dia mahu menjadi seperti ibunya.
“Dia mahu menjadi seperti ibunya yang melalui hari-hari tanpa perlu meminta maaf.’’ kata laporan itu.
No comments:
Post a Comment