Mesti
ramai yang mengikuti pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM)
mengetahui kehebatan lawak-lawak yang dipersembahkan oleh kumpulan Shiro
dan Sepahtu. MLM 2013 kini hampir ke kemuncaknya. Boleh dikatakan setiap
peserta ada peluang untuk muncul sebagai juara.
Di
sebalik kemeriahan dan kehangatan MLM 2013 timbul desas desus mengatakan kumpulan
Shiro dan Sepahtu bergaduh di belakang pentas. Kedua-dua kumpulan
pelawak popular itu dikatakan berselisih faham dan berdepan tekanan hebat dalam
pertandingan itu sehingga membawa kepada perbalahan di antara mereka di
belakang pentas, baru-baru ini.
Shahrol
atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 30, berkata, dakwaan mengatakan mereka
bergaduh tidak berlaku walaupun dia mengakui persaingan berbaki dua minggu
dalam MLM2013 semakin sengit. Shahrol berkata, suasana dan semangat
pertandingan kali ini berbeza berbanding tahun lalu kerana persaingan kuat
antara peserta.
Kalau
nak kata bertekak atau bertumbuk itu memang tak ada. Setakat berdiam diri, tak
bercakap itu mungkin. Saya akui ada tekanan tinggi dalam pertandingan ini.
Mungkin kalau tertekan sangat persiapan masing-masing kami tak bertegur sapa
dan berdiam diri walaupun berselisih. Tapi nak kata sampai kami bergaduh,
bertumbuk atau meninggi suara itu memang tak berlaku. Tekanan kali ini sangat
tinggi. MLM2012 dulu kami seronok dan santai, tapi tahun ini persaingan lain
macam. Tempoh pertandingan dilanjutkan ke 13 minggu berbanding 10 pada tahun
lalu mempengaruhi tekanan antara kami. Tahun lalu, kalau gaduh pun antara saya
dan Ajak (Shiro) saja, tapi tahun ini tekanan kuat jadi mungkin sesama peserta
rasa impaknya
Sementara
itu, Jep Sepahtu atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, tiada konflik
atau perselisihan faham berlaku seperti didakwa kerana hubungan mereka akrab
seperti biasa.
Semua
okey dan tak ada apa-apa kot. Hubungan kami memang rapat dan tak tahu pula
kalau benda (gaduh) itu berlaku (ketika) saya tak ada di situ. Setahu saya
benda itu tak betul. Kami bertegur baik macam biasa saja. Letihlah dengan
tuduhan macam ini, tapi inilah cabaran dalam pertandingan
No comments:
Post a Comment