Mendapat semangat serta aura postif daripada ribuan penonton yang hadir
memenuhi Stadium Bukit Jalil semalam, kumpulan Hyper Act begitu teruja
dan terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua Anugerah
Juara Lagu ke 28 (AJL 28).
Kata Ronnie selaku vokalis utama kumpulan tersebut ketika ditemui selepas AJL 28 berakhir pada Ahad:
Saya gembira sehingga mengalirkan air
mata apabila penonton yang hadir semalam turut sama menyanyikan lagu
'Hanya Aku'. Rasa terharu dengan sokongan dan sorakan yang diberikan
kepada kami
Kejayaan Hyper Act meraih gelaran naib juara itu membolehkan kumpulan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 bersama trofi. 'Hanya Aku' merupakan karya Hyper Act bersama penulis lirik, Frozen.
Sama sekali tidak menyangka dengan kemenangan tersebut, Hyper Act merasa cukup berbangga kerana diletakkan sebaris bersama artis-artis berbakat yang turut bertanding dalam AJL kali ini. Namun, Hyper Act berharap agar kemenangan yang diperoleh ini tidak terhenti di sini, malah mampu membawa mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ronnie mengakui 'Hanya Aku' menjadi siulan ramai selepas terpilih sebagai runut bunyi drama bersiri 'Teduhan Kasih'.
Dipilih menjadi 12 finalis AJL pun sudah cukup baik untuk kami. InsyaAllah kemenangan di AJL 28 ini akan kami jadikan batu loncatan baru kerana AJL merupakan anugerah berprestij. Ini kejayaan cukup besar untuk kami
No comments:
Post a Comment