SEBELUM ini difahamkan, gambar serta nama anak sulung selebriti
ini hanya akan didedahkan buat pertama kali kepada umum melalui sebuah
program televisyen khas.
Program eksklusif tersebut juga khabarnya hanya akan ditayangkan
pada Januari depan. Bagaimanapun baru-baru ini melalui laman Instagram
@yasminhani milik Yasmin Hani Richardson, 34, sudahpun didedahkan wajah
dan nama anaknya yang lahir pada 12 November lalu.
Kalau diikutkan tindakan itu mampu
membuatkan dia dikenakan tindakan undang-undang memandangkan Hani sudah memberitahu hanya saluran
televisyen berkenaan sahaja yang boleh memaparkan wajah anaknya.
Menjelaskan hal itu, kata Hani, dia dan suami tidak pernah
mengesahkan mana-mana televisyen yang akan menyiarkan program tersebut.
Malah kami juga tidak ada menandatangani apa-apa surat perjanjian.
Memandangkan syarikat produksi yang menyiapkan program ini adalah
Blublack milik suami, jadi kami tidak mempunyai masalah menyiarkan
gambar anak kami dahulu di laman sosial
Menurut Hani dia dan suaminya
kini masih mencari saluran televisyen yang akan bekerjasama dengan
mereka untuk peryiaran program ini.
Saya tidak akan disaman, dan kami ada hak untuk berkongsi gambar
anak kami. Buat masa ini kami masih lagi mencari saluran yang sesuai,
walaupun kami sudah memaparkan nama serta gambar anak kami tidak
bermakna program ini nanti akan hilang nilai eksklusifnya
MUngkin Yasmin Hani sudah memikirkan hal ini semasak-masaknya. Seperti orang lain, selebriti juga turut teruja berkongsi gambar anak masing-masing di laman sosial. Mak mak ini, teruja dia lain macam sikit. Tak begitu?