KUALA LUMPUR : Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat pada
Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak dapat
menyusukan anaknya akibat kecederaan pada payudara selepas didera
majikannya, sepuluh tahun lepas.
Nirmala, 29, dalam pernyataan saksinya berkata dia tidak dapat
menyusukan kedua-dua anak lelakinya, masing-masing berumur empat tahun
dan setahun ketika mereka masih bayi akibat kecederaan yang dilakukan
Yim Pek Ha selaku defendan pertama, pada kedua-dua belah payudaranya.
Nirmala berkata, kejadian itu berlaku sekitar Mac atau April 2004
selepas diadiminta Yim supaya membuka coli dan baju sebelum meletakkan
seterika panas padapayudara di sebelah kiri dan kanannya apabila baju
yang digosoknya menggunakan seterika kurang licin.
“Saya mengalami parut akibat daripada kecederaan itu dan disebabkan
kejadiantersebut saya mengalami tekanan emosi serta takut untuk
bekerja,” katanya dalam perbicaraan hari pertama kes saman yang
difailkan terhadap Yim dan suaminya, HiiIk Tiing kerana mendera dan
mencederakannya dengan seterika dan air panas.
Ibu dua anak dari Desa Tuapakas di Kota Kupang, Indonesia itu berkata
selaindicederakan dengan seterika panas, defendan pertama juga
menyimbah air panas pada paha kanannya dan memukulnya sehingga
menyebabkan kecederaan pada dahi, bibir dan hidungnya.
Dalam pada itu, wanita Indonesia itu berkata, dia diminta oleh
defendan pertama untuk menandatangani diari yang telah ditulis olehnya
(defendan pertama) mengandungi barang-barang yang dikatakan telah
dirosakkan oleh pembantu rumah itu termasuk baju, cawan, pinggan dan
mangkuk.
“Defendan pertama yang menulis kandungan dalam diari itu dan saya
diminta menandatanganinya,” katanya ketika menjawab soalan peguam M.
Kavimani, yang mewakilinya.
Namun, Nirmala berkata, barang-barang yang rosak itu tidak
disengajakannya dan seingatnya ada baju yang rosak semasa dia menggosok
baju berkenaan menggunakan seterika.
Sementara itu, Nirmala tidak bersetuju dengan cadangan peguam Chan Vy
Sing, yang mewakili Yim dan suaminya bahawa dakwaan dia didera oleh
defendan sebenarnya tidak pernah berlaku kerana dia tidak pernah
melarikan diri atau menghubungi agensi pekerjaan sekiranya didera,
meskipun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
Nirmala juga tidak bersetuju dengan cadangan Chan bahawa kecederaan
yangdialaminya adalah akibat perbuatannya sendiri dan bukan orang lain.
Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan
Hii, 48, selepas didakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim,
antaranya denganmenggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya
pada Januari 2004.
Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada
pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di
sini pada September 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang
isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan
perubatan yang sewajarnya kepada dia.
Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang
dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan
pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan
ditaksirkan oleh mahkamah.
Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah
Tinggi yangmenjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang
didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala. Yim, yang kini berada di Penjara Kajang turut hadir pada prosiding
pada Isnin,diiringi pegawai penjara dalam keadaan tangannya bergari. Perbicaraan di hadapan Hakim, Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Selasa. –