Pages

Tuesday, January 28, 2014

[GAMBAR]: Aksi Comel Anak Tomok Bercuti


Tomok sekeluarga serta One dari kumpulan Sofazr dan isterinya telah bertolak ke London untuk makan angin sejak 15 Januari lalu. Tomok bawa bersama anak sulungnya Arrianshah Akid.


Yang menarik pasal anak Tomok ini ialah, sejak beberapa bulan anak sulung Tomok lahir, si kecil bernama Arrianshah Akid itu lebih mendapat perhatian peminat daripada bapanya sendiri.


Malah ramai yang mengaku mereka mengikuti perkembangan Tomok di laman sosial semata-mata untuk melihat kecomelan Arrian. Jika sebelum ini video rakaman gelagat Arrian ditonton oleh ribuan peminat, kini gambar-gambar si comel itu pula yang sering dinanti-nantikan.


Lebih menarik lagi, Tomok sendiri kelihatan tidak lokek berkongsi foto dan perkembangan terbaru Arrian bersama para peminat. Terbaru, Arrian sekali lagi membuatkan ramai pengikut Tomok di laman Instagram jatuh cinta apabila si ayah memuat naik fotonya seorang diri di tengah-tengah kota London.


Lengkap bergaya dengan jaket, penutup kepala dan but, Arrian kelihatan cukup seronok melihat sekawan burung merpati yang jinak di Buckingham Palace. Malah ada yang berpendapat Arrian mirip pelakon utama filem Home Alone iaitu Macaulay Culkin sewaktu kecil.









No comments:

Post a Comment