Pages

Thursday, January 30, 2014

[PANAS]: Bukit Aman Nafi Beri Latihan UTK Kepada Farid Kamil


KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.



PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini denganapa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarangkekeliruan

Akhbar itu pada Jumaat melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.

Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selamatiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negaraini.


No comments:

Post a Comment