KUALA LUMPUR : Laporan Bernama yang dikemas-kini sebentar tadi
memaklumkan bahawa pendaki wanita berusia 25 tahun yang terjatuh ke
dalam gaung sedalam 60 meter di Bukit Tabur hari ini telah meninggal
dunia di Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi.
Soleha Abd Rahman dilaporkan terjatuh kira-kira jam 10.40 pagi tadi. Dia mendaki bukit itu bersama lapan rakannya sebelum tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung.
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pasukan
penyelamat berjaya menyelamat dan mengeluarkan Soleha dari gaung
tersebut kira-kira pukul 2 petang.
Awal bulan ini, Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan
Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk menyelamat seorang
wanita yang terjatuh ke dalam gaung bukit yang sama.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi 5 Januari itu, mangsa Noor
Hasmahani Hashim, 28, dari Kampung Baru dipercayai mendaki secara
bersendirian sebelum tergelincir ke dalam gaung sedalam kira-kira 10
No comments:
Post a Comment