Pages

Saturday, November 30, 2013

Saya Tak Perlukan Teguran Daripada Sesiapa – Nabila Huda

Nabila Huda, Instagram dan gambar seksi sememangnya tak boleh dipisahkan. Kalau diperhatikan, Nabila Huda seringkali berkongsi gambar-gambar terbaru mengenai aktiviti-aktiviti anak seninya di situ. Namun adakalanya  gambar yang dikongsikan menonjolkan pakaiannya yang sangat 'daring' sehingga kadang-kala berlaku pertelingkahan mulut antara peminat-peminat Nabila Huda. Terbaru, Nabila berkongsi beberapa gambar dirinya melakonkan watak Saloma yang kelihatan agak seksi dan telah ditegur oleh beberapa orang peminat.


Tidak tahan menerima teguran dan kritikan menerusi gambar yang dikongsi, Nabila Huda tampil memberikan komennya sendiri:-

i dont need any teguran from anybody.u should appriciate all of my photos.awk ada dgn sy tak bila sy penat berkerja?time korang tgh berehat senang lenang goyang kaki kt rumah,sy pulak tgh bekerja keras buat yg terbaik utk tontonan anda semua.tapi apa yg korang buat,kecikkan hati sy.kejam sungguh manusia ni kan?sorry sy tak penah sentap because i know what im doin.sy sentiasa maafkan semua yg menyakitkan hati sy.. @seraalys
 


Apabila ditarbiyahkan mengenai dosa dan pahala, Nabila Huda membidas:-

Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it’s supposed to be P&C, so tolong la hargai

Mungkin Nabila Huda rasa kurang dihargai apabila kritikan yang diterima dan bukan sokongan terhadap kerjayanya. Inilah dugaan yang terpaksa diterima apabila bergelar artis. Nabila Huda adalah seorang yang mempunyai pendapat, pendirian dan percaya dengan apa yang dilakukan. Jadi biarkanlah sahaja Nabila.








[GAMBAR]: Hanez Suraya Dikatakan Tiru Fesyen Selebriti Lain?

Sejak menjadi duta sebuah produk pemutihan kulit, kulit pelakon cantik jelita Hanez Suraya Abdul Aziz semakin putih berseri, bukan begitu? Namun, admin merasakan kulit putih yang dimiliki oleh Hanez Suraya memang asli, bukan dengan bantuan produk pemutihan. Baru-baru ini Hanez Suraya ada memuatnaik gambar-gambarnya percutiannya ke Hong Kong di laman Instagramnya.





Pelakon yang semakin popular ini berpakaian ringkas saja, namun melalui komen-komen di Instagram, ada yang mengatakan Hanez kelihatan seperti seorang selebriti yang juga merupakan pelakon cantik juga.

Khabarnya, para peminat selebriti yang lagi satu tidak berpuas hati kerana penampilan Hanez kelihatan seakan-akan selebiti pujaan mereka itu. Malah, selebriti lagi satu itu juga telah memuat naik imej di Instagram meminta agar stailnya berhenti ditiru.

Kami tidak pasti sama ada ‘peniruan’ itu sengaja atau secara kebetulan. Tetapi bila ada melihat gambar-gambar ini, adakah anda melihat Hanez seperti selebriti popular lain?










Azad Jazmin Kena 13 Jahitan

Pelakon Azad Jazmin telah menerima kemalangan apabila terjatuh ke dalam longkang sewaktu pergi ke sebuah kedai runcit di sekitar Puchong. Daripada akibat terjatuh itu, Azad menerima 13 jahitan di kaki. 

"Lebih kurang seminggu lalu, saya ke kedai serbaneka di sekitar rumah saya. Sewaktu saya meluru untuk memasuki kedai tersebut, sedar-sedar saya telah jatuh ke dalam longkang. Sebelah kaki saya ada di atas, sebelah lagi dalam longkang. Nasib baik di sebelah kedai tersebut ada klinik. Saya terus ke klinik dan mereka memberikan rawatan kepada saya. Akibatnya, kaki saya yang cedera menerima 13 jahitan," 

Dengarnya dia ke kedai itu untuk beli rokok. Gara-gara sekotak rokok, pelakon Azad Jasmin terpaksa menahan sakit dan menerima 13 jahitan di bahagian kaki setelah terjatuh ke dalam longkang.

“Dia tanya saya macam mana boleh jatuh dan bila dia tahu saya jatuh kerana beli rokok, dia terus marah saya.

“Malah dia turut jelaskan saya bahaya rokok dan ketika diberi jahitan, dia tidak bius saya. Tetapi bila dengar dia bercerita, saya terus lupa kesakitan dijahit itu,” katanya.


Friday, November 29, 2013

[GAMBAR]: Fesyen Rambut Terbaru Stacy

Fesyen rambut memang menjadi trend bagi kaum wanita zaman sekarang ni. Stacy adalah individu yang mahu melakukan rambutnya sentiasa segar dengan fesyen terkini. Ada orang berpendapat yang dia meniru rambut dari selebriti terkenal Barat, Miley Cyrus, yang juga hampir mirip wajah mereka dengan fesyen rambut terkini kedua-duanya. Nampaknya Stacy sudah kembali langsing, kerana kali terakhir admin lihat beliau di kaca tv semasa Anugerah Juara Lagu, beliau agak berisi. Terkejut juga melihatnya. Namun sekarang sudah nampak perbezaan yang ketara. Mungkin Stacy boleh berkongsi tips rahsia beliau berjaya mengurangkan berat badan.








[PANAS]: Saya Dengan Shila Hanya Sebagai Adik dan Abang - Johan As'ari

Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu dan dia kini dikatakan sudah bersedia untuk menyunting aktres seksi, Lana Nodin, 34, sebagai isterinya.


Dalam masa yang sama, Johan mendedahkan keluarga Shila sudah terlebih dahulu mengetahui keputusannya untuk memperisterikan Lana. - See more at: http://sensasimalaysia.com/ibu-johan-asari-tidak-merestui-anaknya-memilih-lana-nordin-apa-kata-shila-amzah/#sthash.HlQPFfWt.dpuf
Dalam masa yang sama, Johan mendedahkan keluarga Shila sudah terlebih dahulu mengetahui keputusannya untuk memperisterikan Lana. Bila bertanyakan mengenai hubungan rapatnya dengan Shila Amzah, Johan menegaskan bahawa mereka rapat seperti adik dan abang.

Sebelum ni saya sudah menjelaskan, keakraban saya dengan Shila hanya sebagai adik dan abang. malah, ibu Shila yang selama ini menganggap saya sebagai anak, sudah saya maklumkan. 


Kalau sudah menganggap Shila Amzah seperti adik, bukan kah lagi bagus kalau Johan mengeluarkan perkataan 'abang-adik' ini ketika wartawan bertanyakan hubungannya dulu. Di saat Lana Nordin muncul di-tengah-tengah hubungan mereka, baru Johan hendak mengishtiharkan bahawa mereka ibarat abang adik. 


Dalam masa yang sama, Johan mendedahkan keluarga Shila sudah terlebih dahulu mengetahui keputusannya untuk memperisterikan Lana. - See more at: http://sensasimalaysia.com/ibu-johan-asari-tidak-merestui-anaknya-memilih-lana-nordin-apa-kata-shila-amzah/#sthash.HlQPFfWt.dpuf

[Gosip]: Kamal Adli Terkilan Sikap Fizz Fairuz Abaikan Komitmen

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi hingga menyebabkan Kamal Adli terkilan dengan sikap Fizz Fairuz. Rasa ketidakpuasan hati Kamal Adli berpunca daripada sikap Fizz Fairuz yang mengabaikan komitmen beliau dalam melaksanakan rancangan Liga Lawak Superstar (LLS). Dalam rancangan tersebut, sepatutnya Kamal Adli akan bergandingan dengan Fizz Fairuz dalam satu kumpulan, Apa Kasih Toq (AKT). Bagaimanapun, baru-baru ini Fizz memberitahu melalui Twitter yang dia telah disingkirkan dari program itu, sedangkan TV3 memberitahu Fizz telah menarik diri. Menurut Kamal Adli:

Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.

Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia.

Kamal Adli sememangnya terkejut kerana Fizz Fairuz telah ke Cardiff kerana sepatutnya beliau yang sepatutnya menyertai rombongan tersebut tetapi terpaksa menolah kerana mempunyai komitmen dengan LLS. Tidak sangka pula tempat beliau diganti dengan Fizz Fairuz.


Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil


Tempat Fizz telah digantikan dengan Syafiq Kyle, namun Fizz turut menyatakan melalui Twitter yang Syafiq Kyle sepatutnya tidak boleh menyertai kumpulan itu dan ‘pentingkan diri sendiri’ sekiranya tetap menggantikan tempatnya dalam kumpulan itu yang juga dianggotai oleh Didie Alias.




Syafiq Kyle memberitahu dia ada membaca tweet itu, tetapi membiarkan saja kerana dia menyertai LLS atas jemputan TV3.

Pada pendapat kami, mengabaikan komitmen bukan saya kepada majikan, malah kepada rakan yang memerlukan kerjasama kumpulan untuk menonton perlawanan bola sepak juga perbuatan pentingkan diri sendiri.

[GOSIP]: Almy Nadia Mengaku Sudah Bertunang Dalam Rancangan Betul Ke Bohong



Walaupun Almy Nadia lebih suka mendiamkan diri soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah mengenalinya sejak tujuh tahun lalu, ramai yang ingin melihat pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz mendirikan rumahtanggan. 

Setelah terbongkar pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, Fizz Fairuz telah kembali semula kepada Almy Nadia dan berjanji ingin melamar gadi tersebut. 
Kisah pertunangan itu semestinya membuatkan Almy begitu kecewa dan ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti. 

Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’.

[WOW]: Angelina Jolie Beli Pulau Untuk Brad Pitt



NEW YORK: Brad Pitt akan menyambut hari lahirnya yang ke-50 pada 18 Disember ini dan pasangannya, Angelina Jolie dilaporkan membeli sebuah pulau bernilai AS$20 juta sebagai hadiah ulang tahun. Pulau berbentuk hati itu dilaporkan merupakan hadiah sempurna bagi Pitt kerana memiliki dua buah rumah yang direka idolanya, Frank Lloyd Wright. Pulau eksklusif dengan keluasan 11 ekar itu turut dilengkapi helipad.


Johan As'ari Telah Berjumpa Keluarga Lana Nordin

Baru beberapa hari sahaja industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita mengenai lamaran Johan As’ari terhadap artis kontroveri Lana Nordin hanya selepas tiga hari berjumpa. Walaupun kisah tersebut belum reda kerana hal tersebut melibatkan banyak pihak, terutama kepada ibu Johan As'ari dan Shila Amzah, Lana dilihat telah memuatnaik sekeping fotonya bersama keluarga yang ditemani oleh Johan As’ari ke laman sosial Instagram.

Di dalam gambar tersebut, kelihatan Lana dan keluarganya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran dan kelihatan kelibat Johan As'ari juga. 

love all of u cos u all never judge people from d outside but accept them who they r…respect them…support n always be there for me no matter what decisions i’ve made…tq mak ? All of u for understand me well… @mazwin_awin @shashabahari 



Walaupun dihimpit dengan persoalan dengan hubungannya bersama Johan As'ari, dan yang terbaru kesediaan ibu Johan menerimanya, Lana dilihat sangat positif dan menerima banyak respon positif daripada pengikut laman sosial



[GEMPAR]: Kahwin Kerana Telah Diperkosa, Kata Bapa Remaja Cerai Talak Tiga

KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”

Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.


Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.



Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.


-AstroAwani-

Thursday, November 28, 2013

[GOSIP]: Michael Ang Tidak Kisah Tweets Azwan Ali

Ketika ini sedang berlangsungnya rancangan masakan yang menampilkan peserta-peserta Masterchef yang pernah disingkir pada musim-musim lepas. Nama Azwan Ali dan Pengarah Michael Ang sememangnya cukup sinonim dengan ‘percakaran’ dalam rancangan tersebut. Mana tidaknya, mereka sering bergaduh mulut dalam program Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) yang sedang ditayangkan di Astro Ria.



Adegan perang mulut di dalam Masterchef semestinya menimbulkan persoalan adakah mereka benar-benar bergaduh atau gimik untuk menaikkan rating rancangan tersebut. Michael Ang memberitahu kepada AstroGempak:

Saya dah malas nak jawab bila orang tanya tentang Azwan Ali. Kalau nak tahu pergi lah tanya dia…tapi saya profesional dan tak kisah pun bila diberitahu Azwan Ali ada bersama dalam MCMAS.


Biarlah dia nak kata apa pun…laman twitter dia kan…tak payah lah orang lain nak sibuk-sibuk…dia punya twitter, dia punya sukalah.

Semenangnya kalau tiada dua selebriti ini, memang agak 'sunyi' juga rancangan tersebut. Penyeri suasana katakan. Kalau tak, suram sahaja. Kadang-kadang kelakar jugak apabila diperhatikan gelagat mereka berdua di Masterchef All Stars

 

[GOSIP]: Almy Nadia Nafi Status WeChat Tentang Fizz Fairuz

Berhubung kenyataan Fizz Fairuz untuk masuk meminang Aimy Nadia, akhbar Kosmo! melaporkan bahawa sehinggan sekarang tiada perkembangan berhubung Fizz Fairuz yang ingin menghantar rombongan merisik Almy Nadia. Tambah menguatkan kenyataan Kosmo!, beberapa hari lalu, Aimy telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia telah kecewa seolah-olah ditipu oleh seseorang. Status ini telah di printsreen oleh seseorang dan disebarkan. Ekoran status itu, menimbulkan spekulasi bahawa ia merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.


Setelah melihat status beliau tersebar, Almy menafikan status itu dimuat ke laman sosial, tapi diambil dari WeChat beliau.

Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.

Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya ‘terima’ untuk berkawan.

Almy memberitahu yang dia cukup kesal dengan penyebaran status WeChat itu kerana pelbagai spekulasi telah timbul mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktor tersebut berhubung pekara itu.

Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk.



Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.

Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya.

Almy juga enggan memberikan komen berhubung soal perkahwinannya dengan Fizz:-

Saya tahu apabila orang masih lagi bertanya mengenai diri saya, itu bermakna saya masih lagi diingati dalam industri ini.

Tapi, untuk perkara seperti ini, saya memang tidak mahu berkongsi. Sebab, jika saya bercakap pun, orang akan bercakap juga.

Jadi, lebih baik saya tidak perlu berkata apa-apa. Jalan yang paling baik sekarang adalah dengan berdiam diri.

Mungkin Almy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana merasakan itu tindakan selamat untuk diambil. Ialah, sebagai seorang wanita, Almy pasti akan dikritik jika dia kelihatan melebih-lebih. Apa pun bersama kita doakan pasangan ini akan bersanding di jinjang pelamin jua satu hari nanti.

[GAMBAR]: Diana Danielle & Farid Kamil Di Monsoon Cup 2013

Monsoon Cup adalah acara tahunan wajib yang diadakan di Terengganu apabila tibanya musim tengkujuh. Sukan layar ini memang akan diadakan setiap tahunan dan penyertaan adalah dari seluruh dunia. Tidak ketinggalan menyaksikan pertandingan ini ialah pasangan suami isteri Diana Daniele & Farid Kamil.







Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin

Rasanya tahun 2013 banyak memaparkan kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Terbaru, siapa sangka Johan As’ari yang sinonim mempunyai hubungan istimewa dengan Shila Amzah akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir bahawa wanita yang dilamar bernama Lana Nordin. Memang betullah jodoh itu rahsia Allah. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah memandang kedua-dua buah keluarga sudah saling mengenali, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu.



Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa, kecuali kontroversi  mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana:

Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu

menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.

Johan dan Lana kini semakin romanti apabila pasangan ini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Apabila beliau dilamar Johan, Lana juga sudah nekad untuk tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-

Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.

Diharapkan selepas berumahtangga, Johan As'ari dapat mendidik Lana Nordin dengan baik. berdasarkan pemerhatian admin, ramai yang suka Johan melamar Lana. Mungkin ini salah satu cara yang membolehkan Lana Nordin berubah kepada individu yang lebih baik.

[PANAS]: Shila Amzah Padam Gambar Bersama Johan As'ari

Nampaknya kisah percintaan Lana Nordin dan Johan As'ari berjaya mencantas populariti berita perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Di sebalik kegembiraan yang dikecapi saat Johan mengishtiharkan lamarannya terhadap Lana Nordin, nampaknya ada juga insan yang terluka.



Kalau dulu kisah cintanya bersama Sharnaz Ahmad kecundang di tengah jalan, nampaknya sekali lagi nama Shila Amzah disebut dek kerana cinta tak jadinya bersama Johan As'ari. Kalau dulu selepas putus hubungan dengan Sharnaz, Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang sering meluahkan perasaannya di laman sosial hingga mencetuskan spekulasi. Nampaknya, perkara yang sama turut berlaku apabila mendapati Johan As'ari telah memilih Lana Nordin. 

Biarpun tidak diluahkan secara terus, namun daripada bait-bait perkataannya seperti dapat meneka tentang perasaannya kini selepas hubungan cinta Johan As'ari dan Lana Nordin tersebar. Bukan itu sahaja, Shila juga turut mula memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambarnya yang bersama Johan di laman sosial Instagramnya, tetapi memuatnaik sekeping gambarnya terbaru bersama ibu kepada Johan dengan caption:

Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:*