Kemelut antara pihak pengurusan artis Metrowealth
International Group (MIG) dan pelakon Wawa Zainal nampaknya masih belum
menemui jalan penyelesaian berhubung tindakan pelakon itu mahu keluar
dari MIG. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkata, dia meminta Wawa datang berbincang mengenai perkara itu.
Saya menerima surat permohonan daripada Wawa, namun saya meminta agar
dia datang berbincang secara baik seperti yang telah dilakukan. Sebenarnya, siapa yang ganggu siapa? Saya bukan ganggu mereka dan
sekiranya perbincangan itu dilakukan, saya tidak ada masalah untuk
melepaskan Wawa
Tambah David, sehingga kini, status pelakon itu bersama MIG masih
tergantung dan syarikat itu tidak dapat memberikan sebarang projek
ataupun tawaran lakonan.
Mungkin ada tawaran yang sesuai untuk Wawa, namun jika dia tidak
datang, macam mana nak dapat? Lagipun, sebelum ini dia pernah berjanji
untuk kembali. Tetapi saya perlu akur dengan kerenah manusia di sekeliling yang sering
kali lupa apabila sudah senang ibarat, kacang lupakan kulit
Sementara itu, David berkata, dia akan memberikan sedikit masa lagi untuk Wawa datang bersemuka berbincang dengannya.
Saya akan memberikannya sedikit masa, namun sekiranya dia masih enggan
berbuat demikian, kita akan selesaikan melalui surat hitam putih. Namun dalam masa terdekat ini, saya belum fikir mahu memfailkan saman
terhadapnya. Tetapi untuk masa yang akan datang belum pasti lagi. Oleh itu, saya minta Wawa fikir masak-masak sebelum buat sebarang keputusan
No comments:
Post a Comment