Pages

Saturday, January 18, 2014

Senarai Perceraian Artis Sepanjang 2013




‘KU sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari..’. Perumpamaan ini barangkali sesuai untuk menggambarkan perkahwinan beberapa selebriti tanah air yang berakhir dengan penceraian.

Biarpun tiada siapa yang mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akan terlerai akhirnya, namun siapalah kita untuk melawan suratan. Mari kita lihat antara selebriti yang bercerai bagi 2013.



Rita Rudaini 

Selepas hampir dua tahun prosiding perceraian dibicarakan, Aidil Zafuan telah menceraikan Rita Rudaini Mokhtar, 37, dengan talak satu.

Biarpun telah bercerai, konflik mereka dilihat masih berterusan apabila Rita kini menuntut nafkah yang sepatutnya daripada Aidil.

Enot

Dikhabarkan Enot telah memfailkan perceraian terhadap suaminya di Jabatan Agama Islam Kajang, Selangor, setelah diibaratkan digantung tidak bertali. Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mendirikan rumah tangga pada 21 November 2008.

Sebelum itu, Enot juga pernah berkahwin dengan seorang lelaki dan bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan tersebut, Enot dikurniakan dua anak iaitu Andria Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6.

Benjy

Pelakon yang mencetuskan kontroversi kerana pernah didakwa atas tuduhan kes dadah, Khaery Benjamin atau Benjy sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah.

Perceraian ini adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu. Mereka mendirikan rumah tangga sejak 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 7 tahun.

A. Aida

Pelakon dan penerbit A.Aida telah bercerai dengan suaminya Deputi Superintendan (DSP)  Suffian Sulaiman dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu bercerai secara baik dan bersetuju  menjaga anak tunggal bersama, namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida.

Aida dan Sufian bernikah pada 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 4.

Noniswara

Ikatan perkahwinan yang dibina selama lima tahun antara Noniswara dan Datuk Rosman terputus di tengah jalan apabila pasangan ini bercerai secara taklik.

Nonis membuat tuntutan cerai selepas suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah.

Pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya dan Rosman pula yang sebelum ini berstatus duda mempunyai lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Zahnita

Model terkenal Zahnita Dorothy Hussein Wilson mengakui yang beliau sudah memfailkan tuntutan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor pada 18 November lalu selepas lapan tahun berkahwin.

Mengakui rumah tangganya bergolak semenjak penghujung 2011, Zahnita dan suami telah menghadiri kaunseling sebagai langkah untuk menjernihkan keadaan. Namun, sayangnya semua usaha itu tidak berjaya.


Noh Hujan Terpaksa Tunda Umrah Demi AJL 28



Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh akui dia terpaksa menunda pemergiannya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama isteri dan keluarganya selepas lagu ciptaannya "In Love With You" kolaborasi bersama Aizat Hamdan berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28).


Sebenarnya tarikh penerbangan asal yang kami terima pada 20 Januari. Kami dapat tarikh itu sebelum pihak AJL umumkan tarikh pertandingan akhir. Sudah tentu saya akan memilih untuk menunaikan umrah tambahan pula ini kali pertama kami pergi bersama dengan kedua belah keluarga. Jadi semuanya terpulang kepada Aizat sama untuk teruskan atau tidak

Tambah Noh lagi, dia bersyukur kerana isteri dan keluarga memahami situasi dan kariernya dan bersetuju menundakan tarikh umrah sehari selepas malam akhir AJL 28.

Kalau ikutkan, saya memang tidak kisah untuk menarik diri, tapi Nina dan keluarga menundakan tarikh penerbangan supaya saya terus bertanding. Tapi hati saya memang lebih teruja untuk tunaikan umrah.



[GOSIP]: Adakah Ini Kekasih Baru Remy Ishak?


Dengarnya Remy Ishak kini sedang rapat dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Budicitawan. Ini adalah kerana sekeping foto yang dimuatnaik ke dalam Instagram menunjukkan Remy dan wanita itu bersama-sama bergambar dengan pengantin lelaki yang dipercayai kawan rapat mereka memetik sumber Kosmo! semalam. Dan kebetulan lagi, mereka masing-masing memuatnaik gambar itu bersama-sama di dalam akaun Instagram masing-masing.  



Pakwe GIGIT Bahu Makwe Sebab Kes Nak Minta Putus

AYER KEROH : Kemarahan yang mendorong seorang penganggur menampar dan menggigit bekas kekasihnya membawa padah apabila didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Ahmad Syahmi Ibrahim, 19, dari Kampung Ali, di sini, mengaku salah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman dan diarah menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda.



Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada Pustika Ramadani, 20, dengan menampar pipi kanan dan menggigit bahu kanan mangsa di sebuah rumah di Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, di sini. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8.30 malam pada 20 November lalu dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabila Nizam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Rayu Hukuman Diringan

Terdahulu, ketika merayu hukuman diringankan, Ahmad Syahmi memohon supaya tidak dijatuhkan hukuman penjara dengan alasan tidak bekerja dan perlu menanggung keluarga, selain menyesal terhadap kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, Nabila memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh kerana kesalahan dilakukan adalah serius hingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.


Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga bekas teman lelaki mangsa didakwa datang ke rumah wanita itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Pustika memutuskan hubungan mereka sebelum menampar pipi dan menggigit bahu kanan pengadu.


[Gambar]: Sami Buddha Solat Di Surau?


Terkejut bila tersebar beberapa keping gambar menunjukkan sami buddha menunaikan solat dalam sebuah masjid. Dalam gambar ini, kelihatan dua lelaki berpakaian seperti sami Buddha dilihat ikut sama bersolat jemaah di sebuah surau.


Jika dilihat memang benar 2 lelaki tersebut sami buddha dengan pakaian yang dipakai mereka. 

Sumber memetik kejadian berlaku apabila sami-sami Buddha tersebut takjub melihat surau yang berada dalam pasar di Rantau Panjang, Kelantan tidak terjejas dalam kebakaran besar baru-baru ini hingga terbuka hati untuk mendalami Islam. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.


Apa yang pasti, dua lelaki yang bersolat dan berada dalam saf ini sememangnya berpakaian seperti sami namun tidak diketahui jika mereka sudah memeluk Islam atau pun tidak.



Rakyat Amerika Tidak Suka Yuna Di Sebabkan Imej Berhijab?


Sebuah portal tempatan yang mempersoalkan kejayaan penyanyi kebanggaan negara, Yuna. Tambahan dengan pencalonan awal lagu Yuna dalam anugerah berprestij dunia, Oscar, dan juga disenaraikan sebagai salah-satu daripada ’20 penyanyi yang harus didengari’ dalam ‘Huffingtonpost.com’s top 20 artists’, memang semakin banyak persoalan yang timbul.


Pihak portal tempatan ini tertanya samada kejayaannya di Amerika Syarikat adalah benar kerana bakatnya atau hanya kerana nilai eksotiknya?


Apa yang dimaksudkan mereka dengan nilai eksotik adalah kerana imej Yuna yang berhijab bersama gaya yang ‘funky’ dan mengikuti rentak fesyen dan membawakan lagu berbahasa Inggeris dengan baik. Dengan penyebab utama di mana pernah sebelum ini, 9/11 serangan ke atas Amerika Syarikat dikaitkan dengan Iraq dan Afghanistan yang sememangnya mempunyai penduduk wanita yang berhijab dan beragama Islam.

Jadi boleh dikatakan penduduk Amerika mempunyai rasa tidak selesa dan ada yang menentang orang-orang yang beragama Islam di negara mereka tambahan yang berhijab. Mereka ini digelar ‘Islamophobic’.
Disebabkan ada pihak yang cuba memulihkan keadaan ini, maka kemunculan Yuna yang berhijab dan beragama Islam ini dikatakan strategi pihak Amerika untuk menunjukkan mereka ini bukan lagi ’Islamophobic’. Jadi, portal tersebut mempersoalkan adakah benar Amerika membuka mata menerima Yuna kerana bakatnya atau sekadar menggunakan strategi ini?

Mengakui bahawa Malaysia kekurangan bakat-bakat yang bertaraf antarabangsa, maka Yuna masih boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai pakej bakat, kerja keras dan dedikasi untuk berkarya dalam bidang muzik walaupun bukanlah sehebat mana.


Pada kami, elok untuk Yuna membawa karakter yang menunjukkan diri sebagai seorang Muslimah walau jauh ke Amerika. Kalau memang benar sekali pun Amerika menerima beliau kerana faktor lain dan bukanlah bakat, itu adalah nasib dan rezeki beliau. Setiap rezeki sudah diatur Tuhan dengan cara yang berbeza. Dan mungkin ini adalah cara rezeki Yuna diturunkan.



Filem Tempatan Terlaris 2013!


Kutipan pecah panggung filem-filem tempatan semakin merudum. Sekalipun tahun 2011 menampakkan jualan tiket yang rancak dengan filem paling laris "KL Gangster" mengaut RM11.74 juta, 2012 mula menunjukkan para penonton mula bosan, apabila filem terlaris, "Adnan Sempit 2" hanya berjaya mengutip RM6.82 juta.

Kini jumlah tersebut turun lagi. Malah, daripada 73 buah filem yang ditayangkan pada tahun 2012, hanya 71 buah filem ditayangkan pada tahun 2013, enam daripadanya filem-filem Tamil, lima filem Mandarin, dan sebuah filem Kantonis-Inggeris.

Tahun ini juga menyaksikan semakin banyak sekuel, trikuel, komedi, dan filem seram yang mengungguli carta, manakala filem-filem lain gagal untuk menarik perhatian penonton. Filem-filem berbajet besar seperti "Vikingdom", "Tanda Putera" dan animasi "RoboKicks Bola Kampung the Movie" malah tidak menerima sambutan yang diinginkan.

Adakah ini tanda para penonton semakin kecewa dan sinikal dengan hasil produk tempatan? Atau adakah ini tanda industri perfileman tempatan semakin kehabisan idea dan masih tidak memahami selera penonton?
Kami senaraikan filem-filem paling laris tahun 2013: 


Husin, Mon & Jin Pakai Toncit


Filem ketiga seram-komedi Trilogi Kampung Pisang Mamat Khalid ini berjaya mengaut RM5.89 juta di pawagam. Selain membariskan pelakon asal termasuk Awie, Usop Wilcha, dan Allahyarham Zami Ismail, penyanyi Ezlynn yang melakonkan watak Mon dari filem pertama, "Zombie Kampung Pisang" juga turut kembali untuk filem ketiga ini. Sekalipun mendapat tempat pertama, ia masih tidak sehebat kutipan filem keduanya, "Hantu Kak Limah Balik Rumah" yang berjaya mengumpul RM7.90 juta.



KL Gangster 2


Sekalipun filem pertamanya berjaya menjadi filem terlaris tahun 2011, filem prekuelnya tidak berjaya menghasilkan keputusan yang sama. Filem arahan Syamsul Yusof ini berada di tempat kedua dengan kutipan RM4.96 juta, sekalipun dengan barisan pelakon popular seperti Aaron Aziz, Ady Putra, dan Syamsul sendiri.



The Wedding Diary II & Once Upon a Time


Dua filem bahasa cina, "The Wedding Diary II", sekuel kepada "The Wedding Diary" arahan Adrian Teh, dan "Once Upon a Time" arahan Silver Chung berkongsi tempat ketiga dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM4.61 juta.


Kedua-duanya merupakan filem komedi. "The Wedding Diary II" yang dilakonkan Aniu dan Ellaine Kwong merupakan filem komedi romantik tentang pasangan yang harus berdepan dengan cabaran sebagai pasangan suami-isteri, manakala "Once Uopn a Time" merupakan komedi sains fiksyen tentang trio dari 6000 tahun lalu yang muncul di Malaysia secara tidak sengaja.


Rock Ooo! Rimba Bara Kembali 


Sebuah lagi filem arahan Mamat Khalid, "Rock Ooo!" menduduki tempat keempat dengan hasil kutipan RM3.95 juta.


Filem ini merupakan kesinambungan filem komedi muzikal pertamanya, "Rock". Sekalipun bintang utamanya Hasnul Rahmat tidak kembali untuk filem kedua, para pelakon asal lain seperti Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan dan Norazmi Bahron kembali sebagai kumpulan Rimba Bara, selain menampilkan para pelakon lain termasuk Pekin Ibrahim dan Syamsul Apek.


Adnan Sempit 3


Sebuah lagi filem trikuel, "Adnan Sempit 3" lakonan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana berada di tempat kelima dengan kutipan RM3.94 juta. Namun begitu, filem tersebut dikira kurang berjaya berbanding filem asalnya yang berjaya mengutip sebanyak RM7.5 juta, dan filem keduanya yang mengaut RM6.82 juta. Sebuah lagi spin-off, "Wawa Semput" turut dihasilkan tetapi gagal mengutip jualan yang memberangsangkan.


Highland Tower 


Masih sedia mencuba dengan genre seram, pengarah Pierre Andre menghasilkan filem "Highland Tower", yang diinspirasikan daripada tragedi runtuhan yang berlaku pada tahun 1993.

Filem yang menggunakan teknik found footage/mockumentary dan mempertaruhkan barisan pelakon yang kurang dikenali ini mengutip jualan tiket sebanyak RM3.52 juta di pawagam.


KL Zombi 


Pengarah indie yang popular dengan karya seperti "The Elephant and the Sea", Woo Ming Jin memilih adaptasi novel tulisan Adib Zaini, "Zombijaya" untuk menghasilkan sebuah filem escapism lakonan Zizan Razak dan Siti Saleha. Filem ini bercaya memasuki carta kutipan pecah panggung dengan jumlah keuntungan sebanyak RM2.95 juta.


Juvana 


Drama bersiri yang menaikkan nama pelakon Zahiril Adzim ini mempersembahkan versi filemnya pada Januari 2013, dan berjaya mengutip RM2.86 juta di pawagam seluruh Malaysia. Selain daripada barisan pelakon asal seperti Zahiril Adzim dan Johan As'ari, filem ini juga dibintangi Sharnaaz Ahmad yang mendapat pujian melambung untuk karakternya sebagai Lan Todak.


Bikers Kental


Menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Zul Ariffin, Bront Palarae, Amerul Affendi berserta bintang Thailand seperti Pornwippa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem, filem Mohd Helmi Yusof terbitan Astro Shaw/Tayangan Unggul ini berada di tangga kesepuluh dengan keuntungan RM2.72 juta. Filem 'road trip' ini berkisar tentang Bidin yang menyertai sebuah kumpulan motosikal dalam konvoi mereka ke Thailand, tanpa sebarang pengalaman tentang perjalanan sedemikian.


Friday, January 17, 2014

[GEMPAR]: Guru Lelaki Kena Culik Dan Liwat Oleh Mat Pakistan?


Baru kira-kira setahun berada di negara ini, namun empat lelaki warga Pakistan yang pada asalnya mencari rezeki dengan menjual permaidani sudah berani ‘naik tocang’ dengan mengubah kerjaya menjadi penjenayah.


Rakus mendapatkan wang dengan cara mudah, empat mat karpet itu nekad menculik seorang guru lelaki dan mengaut wang tebusan RM10,000 daripada mangsa.


Sepanjang menjadi tebusan, mangsa bukan saja dibelasah hingga cedera, malah seorang daripada suspek turut meliwat lelaki berusia lewat 30-an itu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku antara jam 7 hingga 8 malam sekitar Cheras pada 16 November lalu dan mangsa dikurung selama 36 jam di sebuah rumah berjaya meloloskan diri.


Menurutnya, selepas sebulan berlalu dan ketika keempat-empat suspek leka berfoya-foya dengan wang tebusan, polis yang tidak berhenti memburu mencekup mereka. – HMetro


[Gambar]: Majlis Aqiqah Anak Kedua Nana Tema Singa?


Nana Mahazan atau nama sebenarnya Nurul Hana binti Che Mahazan telah mengadakan majlis aqiqah anak keduanya, Aaqib pada 14 Januari lalu. Majlis Aqiqah bertemakan singa dan berlatarkan warna oren itu telah diadakan di sebuah Homestay milik Fara Fauzana yang terletak di Shah Alam



Jika anda masih ingat, bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama ini pernah mengadakan majlis baby shower beberapa bulan lepas bertemakan Safari.


Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Nana di laman sosial, majlis tersebut telah berlangsung dengan cukup meriah dan diserikan lagi dengan buaian berendoi yang disewa khas buat anak keduanya, Aaqib.



Jom layan beberapa lagi foto menarik ketika majlis aqiqah berlangsung!








Guru Wanita Jadi Mangsa Seksual Anak Sendiri


KOTA BHARU – Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun. Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu. Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.


“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.

“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan, menurut sumber Sinar Harian.


“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.


[GOSIP]: Jep Sepahtu Bangga Diri?


Kumpulan Sepahtu ada ramai pengikut. Sejak mereka bermula sebagai Sepah lagi kebolehan Jepp, Shuib dan Mamat tidak boleh dipertikaikan. Bila Mamat keluar, Jep dan Shuib meneruskan kerjaya menerusi kumpulan Sepahtu dan terbaru mereka meneruskan kemaraan menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013).

Yang tak berapa nak sedap bila ada peserta lain komplen tentang mulut Jep yang over bila mereka sama-sama terlibat dalam rancangan tersebut. Kata salah seorang peserta, Jep memang kawan yang baik tetapi ada kalanya membangga diri sebab dia yang menggerakkan Sepahtu.




Bila dia cakap macam itu sudah tentu orang lain pandang sinis pada dua lagi rakan Sepahtu, Shuib dan Rahim. Apa mereka yang lain tak menyumbang apa-apa ke untuk Sepahtu dalam MLM2013? Mungkin Jep tak sedar tentang perkara berkenaan tetapi bagi orang yang selalu sangat mendengar cerita yang sama mula rasa lain macam dan pelik dengan perangai Jep.


Mungkin juga ini strategi mereka untuk terus memburukkan Jep. Dalam pertandingan kan ada macam-macam perangai untuk buat orang lain jatuh. Tak gitu?


[TAHNIAH]: Kekasih Zul Ariffin Sedia Masuk Islam


Pelakon kacak, Zul Ariffin memberitahu bahawa kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai, 38, yang merupakan Naib Presiden Astro Shaw itu sudah bersedia untuk bergelar isteri dan mahu memeluk agama Islam sebelum mereka diijabkabulkan.

Gayatri meminta saya memaklumkan kepadanya lebih awal sekiranya saya sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri agar dia boleh buat persediaan awal untuk menjadi seorang mualaf


Menurut aktor berusia 28 tahun itu, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami tetapi dia sedikit bimbang kerana keadaan kewangan yang belum kukuh untuk bergelar suami.

Jujur saya katakan saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pada masa sama membimbing Gayatri menjadi seorang wanita Muslimah. Tidak ada masalah untuk itu. Cuma apa yang saya bimbangkan, kerjaya sebagai pelakon ada masanya naik dan turun. Risau dengan kedudukan kewangan sendiri selepas berumah tangga kelak. Mujurlah Gayatri faham dengan situasi saya ini 


[PANAS]: Luna Maya Beraksi Panas Di Dalam Kapal Terbang




Dikatakan seorang pelakon telah beraksi gairah semasa dalam penerbangan tetapi tidak dapat diketahui siapakan gerangan artis yang telah di khabarkan didalam surat khabar metro itu namun ramai pihak mengatakan artis tersebut adalah luna maya.

 

Thursday, January 16, 2014

Kalau Sudah Jodoh Kami – ‘Pilih Pucuk Muda Bukan Lagi Isu’


Benarlah kata orang, cinta itu buta. Bukan setakat buta, tapi pekak dan bisu juga. Ramai wanita berdepan dilema, antara menurut kehendak hati atau bimbang dipandang pelik. Lihat beberapa artis kita yang melalui saat bahagia itu. Abby Abadi dan Farhan, Awin Nurin dan Izzue Islam, Maizawati dan Mohd Yassin Ben, Fiza Elita dan Adam AF, Raja Azmi dan Eddie CRK, Ella dan Azhar (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka bahagia hingga ke hari ini, malah ada diantaranya bakal bergelar ibu tidak lama lagi.


Isu ‘pilih pucuk muda bukan lagi isi’. Rasullulah SAW sendiri berkahwin dengan wanita yang lebih berusia daripada dirinya iaitu Siti Khadijah.

Ada sebab mengapa wanita berusia memilih jejaka muda sebagai pasangan hidup dan tidak aneh bila si teruna sahut cinta mereka.

Jom kita lihat beberapa artis kita yang berkahwin dangan seerang yang lebih muda darinya:



Perasaan kasih dan cinta hadir dalam jiwa dua insan ini. Ella, 44 dengan suaminya, Azhar, 31. Perbezaan umur bukan satu halangan untuk bercinta. Mereka kini bahagia dan sedang menanti kehadiran si comel dalam hidup.


Adam AF, 30 tidak kisah status yang dipegang Fiza Halim, 32 iaitu janda anak dua. Bagi Adam dia terpaut dengan Fiza kerana sikapnya yang lemah lembut dan memahami dirinya.


Beza 8 lapan tahun tidak bermakna tidak boleh berkahwin. Itulah yang berlaku pada ahli Forteen, Izzue Islam, 23 dan isterinya Awin -urin, 31. Meskipun kedengaran cakap -cakap belakag, pasangan ini tetap mendirikan rumahtangga dan kini sedang menikmati hidup dengan bahagia.


Riuh satu Malaysia bila pelakon wanita popular, Rozita Che Wan, 42 akan berkahwin dengan pelakon kacak Zain Saidin, 29. Hubungan yang sudah terjalin selama tiga tahun, bakal ke jinjang pelamin juga. Perbezaan umur, 13 tahun bukanlah masalah kerena mereka salin cinta mencintai dan selesa bersama.

Apapun berbaliklah kita kepada ketentuanNya kerena jodoh pertemuan itu adalah rahsiaNya. Kepada masyarakat, usah melihat itu suatu yang pelik, lebig penting perkahwinan itu dibina atas rasa cinta dan saling menyukai antara pasangan. Doakanlah mereka. Usia itu hanya angka, yang penting hati bahagia.


[PANAS]: Julia Ziegler Ditipu RM8,333


Pelakon Julia Ziegler ditipu oleh bekas pengurus Intan Ladyana sebanyak RM8,333 bagi urusan membuka syarikat hartanah. Julia, 29, berkata, dia tidak menghalalkan wang yang ditipu oleh individu yang dikenali sebagai Nor Ain.


Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman. Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pengemis pula

Menurut Julia, wanita itu menghubunginya dengan menawarkan perniagaan, malah turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan bagi menyakinkannya.

Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut. Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal


Julia mula menyedari ditipu selepas menghubungi beberapa artis lain yang pernah bekerjsama dengan Nor Ain yang turut menerima nasib yang sama. Dalam pada itu, Julia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan polis pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran. Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan


Aeril Zafrel Bakal Urus Karier Isteri


Selepas dilanda kontroversi tahun lalu, aktres jelita Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bakal kembali aktif dalam bidang lakonan di bawah syarikat pengurusan artis milik suaminya, Aeril Zafrel.

Perkara ini dimaklumkan oleh Aeril sendiri yang turut memberitahu isterinya itu sudah pun menerima beberapa tawaran lakonan selepas berehat selama setahun daripada sebarang aktiviti seni.



Sebelum ini Wawa mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh tumpuan pada anak kami, Ahmad Fakharuddin Attar (berusia empat bulan). InsyaAllah untuk tahun 2014, Wawa akan kembali dengan beberapa projek dan semua itu adalah di bawah pengurusan pihak saya


Pemilik nama sebenar Suhairil Suhari ini turut memberitahu dia sedang sibuk dengan penggambaran filem serta dua penggambaran drama bersiri yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Aeril turut sempat berkongsi perasaannya selepas bergelar bapa pada 24 Ogos 2013.

Apabila menjadi seorang ayah, saya semakin menghargai dan memahami pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang mereka yang sudah bergelar 'ayah'. Detik indah yang saya lalui iaitu saat menidurkannya. Kemudian apabila anak sudah pandai tersenyum dan tergelak kecil melihat saya ketika sedar daripada tidur adalah sesuatu yang amat bermakna


Polis Buka Semula Siasatan Kes Rogol Nor Fazira Dan Mohd Fahmi


Masih ingatkah anda tentang perkahwinan pasangan muda yang sebelum ini gempar? Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu. Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.


Berhubung kejadian penceraian itu janda berusia 13 tahun, yang dicerai talak tiga 11 November lalu dinasihat membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya dianiaya dalam perkahwinan. Polis akan membuka semula siasatan tentang kes rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki yang dikatakan perogolnya, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu.

“Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga.

“Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis,” kata Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya.


“Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong,” katanya.


[PANAS]: Buat Lawak Panggil Menteri ‘Pak Mentua’ Shiro ‘Digam’ Di RTM?



Kumpulan pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak ‘bodoh’ dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.


Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.

Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas. Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.



Ya…kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu


Bagaimanapun, mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut. Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan.


Bekas Sarjan Dipenjarakan 18 Tahun, Lakukan Seks Dengan Anak Tiri?



Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.


Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.

Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011.

Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. –BERNAMA