Pages

Thursday, March 6, 2014

Air Asia Minta Maaf Iklan Persenda Jururawat?


Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsiaIklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses.”


Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururawat di seluruh Malaysia. Selepas didesak supaya minta maaf, hari ini Air Asia memohon maaf di atas tindakan tidak prihatinnya menyiarkan iklan berbaur sensitif yang dikatakan menghina profesion jururawat yang terpampang dalam beberapa pesawat syarikat itu. Untuk itu, AirAsia mengambil langkah untuk menarik balik iklan Tune Insurance dari semua pesawatnya serta merta.

Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami terutamanya kepada mereka yang berkhidmat dalam profesion kejururawatan bahawa segala langkah telah diambil untuk menarik kembali iklan tersebut dari pesawat kami


AirAsia menjelaskan bahawa mereka menghormati profesion jururawat dan tidak pernah terniat untuk menyakiti atau menghina pekerjaan tersebut.


No comments:

Post a Comment