ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon Nur Fathia
Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar. Khabarnya, teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal
sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal
skrip.
Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’
hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan
kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali. Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.
Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew
produksi, tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang
sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain. Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu,
pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif,
Jalena Rejab.
Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London. Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan
untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa
minit.
Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:
“Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas
pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku
dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang
urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia
tentu malu.
Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan
sikap Fathia!
“Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada
dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia
tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati
si Fathia ni…”
Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya
bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA. Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga
pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon
bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya. Kami sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini.
Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam
industri ini.
No comments:
Post a Comment