Pelakon
Fauzi Nawawi akui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya
dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati yang mula
berangkat ke tanah suci pada hari ini.
Saya
lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada
saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian
agar dapat melihat kebenaran
Pasangan
ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah. Sengekata
antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon
ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu
untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.
Bagaimana
pun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala
kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di
sana.
Jika
saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami
Lisdawati
terdahulu mendakwa telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama
bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu. Selain
diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan daripada
aktor itu. Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah
membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
No comments:
Post a Comment